Ummah..
Ramai pemuda enggan berkahwin walaupun telah lanjut usia kerana mereka berpendapat mereka tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk menyara isteri. Mereka berpegang pada pandangan bahawa adalah satu dosa jika gagal menyara isteri. Jadi, daripada berkahwin tetapi bergelumang dosa, lebih baik mereka membujang, sehingga mereka mempunyai pendapatan yang mencukupi. Tetapi, realitinya, walaupun mereka berusaha, pendapatan mereka sukar untuk mencukupi. Apakah peranan para ilmuan Islam dalam menangani pandangan mereka mereka ini. Apakah tidak ada jalan lain selain dari menerangkan tentang dosa gagal memberi nafkah ? Apakah tidak ada pandangan lain yang boleh mengalahkan pandangan ini, supaya mereka tidak terlalu taksub berpegang pada pandangan sepeti ini ? Atau memangkah para ilmuan Islam suka jika mereka yang terlibat untuk terus membujang, sedangkan para ilmuanlah yang memberi penerangan bahawa dosa jika gagal memberi nafkah. Janganlah hanya pandai memberi penerangan tentang dosa, tapi gagal memberi jalan keluar. Jangan anda saja yang mahu menikmati nikmat perkahwinan tetapi membiarkan mereka terkontang-kanting. Mereka juga manusia yang mempunyai keinginan untuk berkahwin.
Negara islam menurut UMNO ialah negara dimana rakyat Islamnya dilarang dari melanggar perintah agamanya dan dihukum jika melanggarnya tetapi pemimpinnya itu sendiri bebas mengeluarkan perintah dan membebaskan suasana walaupun perintah dan suasana itu bertentangan dengan agamanya. Begitulah 'double-standard' yang diamalkan oleh pemimpin yang menggelarkan diri mereka 'Masih Muslim'.
Kita manusia biasa yang berdosa ini jangan ingat akan masuk neraka bersendirian...ada ulama yang masuk neraka yang akan menemani kita...hehehe
Orang Islam disuruh patuh kepada pemimpin ataupun 'orang-orang yang berkuasa diantara kamu' walaupun pemimpin berlaku kejam pada rakyatnya. Ini adalah konsep yang dipegang oleh Islam Hadhari. Contohnya, rakyat Iraq tidak sepatutnya menentang Saddam Hussein kerana saddam adalah orang yang berkuasa diantara rakyat Iraq. Orang yang menentang Saddam adalah berdosa. Adakah pegangan kepada konsep ini bertentangan dengan prisip bahawa kita harus mengubah nasib kita dan Tuhan tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya ?