Kasihan pada remaja hari ini, belum pun mereka menerima didikan yang cukup, mereka telah dirangsang dan ditarik pergi jauh dari ibu bapa mereka, kemudian mereka didedahkan dan dirangsang oleh media seperti tv3, tv2, rtm1, rtm2, tv8, tv8, suratkhabar dan majalah supaya melakukan perkara perkara yang dilarang, kemudian ada pula orang yang menyalahkan remaja remaja ini. Mereka telah diperkotak katikkan pada usia yang terlalu muda. Tak hairan, mereka menjadi keliru dan bertindak seperti orang yang keliru.
Kepada remaja perempuan, ingatlah mengenai sehelai kain baru. Apabila terkena walau setitis kopi, anda akan menganggap kain itu telah 'spoilt' atau rosak dan tidak baru lagi. Oleh itu, jagalah kehormatan diri anda supaya anda tidak rosak, sebab, bila rosak, anda tidak boleh menyalahkan orang lain jika mereka menganggap anda telah rosak, kerana anda sendiri mempunyai anggapan yang sama pada sehelai kain baru.
Kepada remaja lelaki, tahulah bahawa remaja perempuan itu kaum yang lemah, walaupun mereka sendiri menafikannya. Oleh itu, walaupun anda telah dihidangkan dengan sekatil daging mereka, tak perlulah anda mengambil kesempatan keatasnya, walaupun mereka menyatakan ia adalah bukti cinta mereka. Remaja lelaki adalah penjaga bagi remaja perempuan.
Kesan putus cinta lebih hebat dari kesan kena rogol keatas remaja perempuan ?
Anda ada girlfriend / boyfriend ? Fikirkan kemungkinan ini : 1. Anda akan berkahwin dengan dia. 2. Anda akan ditinggalkan begitu saja. 3.Anda akan ditinggalkan dengan beralasan. 4. Mak anda tak suka dia. 5. Mak dia tak suka anda. 6. Keluarga anda sudah ada pilihan sendiri. 7. Keluarga dia sudah ada pilihan sendiri. 8. Anda hanyalah pengisi sementara kesepian dia. 9. Dia hanyalah pengisi sementara kesepian anda. 10. Anda hanyalah percubaan baginya. 11. Dia hanyalah percubaan bagi anda.
Kita mungkin dapat mengelak daripada melakukan kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa kita dalam mendidik kita, tapi kita mungkin melakukan kesilapan yang lain pula kepada anak kita. Oleh itu jangan berlaku sombong kepada ibubapa kita.