Home
E-Melkan Sumbangan anda.

Cakap politik..

Rata-rata, orang ramai tidak peduli dengan malang yang berlaku kepada orang lain asalkan ia tidak berlaku kepada diri mereka sendiri. Fakta ini boleh dijadikan alat oleh pemimpin untuk menekan seseorang atau satu-satu kawasan asalkan jumlah orang yg terlibat dijangka tidak begitu ramai dan tidak boleh menggugat kedudukan masakini mereka.
Mengingati nasib penduduk Melayu Kg Tanah Merah Melaka yang dianiaya bangsa mereka sendiri.
UMNO adalah sebuah parti berasaskan kaum (bumiputra), bukan berasaskan agama, sebab itulah ia mengajak bumiputra bukan beragama Islam (seperti kristian) sebagai ahli, tapi tidak mengajak orang Islam bukan bumiputra sebagai ahlinya.
Saya mengenang Mahathir sebagai pemimpin yang secara tidak langsung berperanan membobrokkan akhlak rakyat Islam Malaysia. Sebagai perdana Menteri beliau tidak mengambil berat soal akidah orang islam. Kita dapat lihat betapa rosaknya akhlak rakyat Malaysia sebaik saja beliau berhenti dari jawatannya. Selain itu, beliau juga kurang mengambil berat soal kesihatan bagi rakyat dimana sekarang ini (berita pada 1 Jun 2004) negara kekurangan beribu-ribu doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan. Beliau adalah pemimpin yang gilakan nama dan kemegahan.
Pilihanraya adalah contoh perjudian. Buktinya jika kalah kalah, calon akan kehilangan wang pertaruhan. Islam ala-Malaysia.
Beratus tahun dahulu, rumpun Melayu menganggap mereka adalah satu rumpun, walaupun mereka saling bergaduh antara satu sama lain. Keadaan ini diiktiraf oleh orang Inggeris dimana mereka menganggap kepulauan ini adalah Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Selepas sesetengah kawasan kepulauan ini dijajah, maka sedikit demi sedikit timbullah perasaan pengasingan, bahawa mereka tidak serumpun. Di Malaysia, perasaan berasingan ini bertambah teruk setelah ramai orang bukan Melayu berkahwin dengan orang tempatan tetapi jiwa dan sikap mereka tidak sepenuhnya keMelayuan dan mereka menguasai prasada politik Malaysia. Mereka juga meniupkan semangat bahawa orang Melaysia adalah bukan rumpun yang sama dengan lain lain rumpun di Kepulauan Melayu. Keadaan ini lebih mudah dilakukan memandangkan kemajuan kebendaan di Malaysia mengatasi lain lain kawasan rumpun Melayu. Orang Melayu di Malaysia menjadi sedikit lupa daratan sekarang ini. Mereka sendiri sendiri cuba mengujudkan apa yang dipanggil bangsa Malaysia. Mereka semakain jauh lari dari perasaan keserumpunan dengan lain lain Melayu di Kepulauan Melayu. Malah sekarang ini hampir tidak tersebut istilah Malay Archipelago, tidak seperti Benua India atau Benua Cina yang masih utuh.
Sebaik saja merdeka, bidang komunikasi dan ruang udara di Malaysia dikuasai oleh orang Melayu 100%. Tetapi para pemimpin Melayu telah sedikit demi sedikit melepaskan kekuasaan ini kepada bangsa bukan Melayu, semata mata kerana mengejar nama. Mereka tergila gila mencari nama, nak jadi yang paling itu dan paling ini. Pemimpin 'kacukan' Melayu ini takut bila orang bukan Melayu dan negara lain mengutuk orang Melayu. Begitulah lemahnya Melayu bila jadi pemimpin.
Bagi menteri yang berpendidikan Inggeris, 'menginggeriskan' Melayu itu ok saja, tapi 'mengarabkan' orang Melayu tak ok.
Negara Islam ialah negara yang pemimpinnya seorang Muslim. Pemimpin ini memegang kepada dasar bahawa semua jenis maksiat boleh diperkenalkan kepada semua orang termasuk orang islam supaya orang islam dapat menguji setakat mana kuatnya keimanan mereka. Orang islam yang tak kuat iman (diketahui melalui perbuatan salah mereka) akan menerima hukuman (setimpal ?). Ya..negara Islam bukanlah negara yang menolong umat islam untuk mengelak diri mereka dari diganggu oleh unsur unsur maksiat tetapi ialah negara yang sentiasa menguji dan mengikis keimanan orang islam itu sendiri.
Orang bukan Islam biasanya bermati-matian mempertahankan hak mereka, contohnya dalam isu seorang nenek Cina yang dipakaikan tudung oleh kakitangan JPN untuk diambil gambar kad pengenalannya pada Mei / Jun 2004, dimana mereka heboh sekali menentang tindakan staff JPN itu, walaupun jika diteliti, memakai tudung bukanlah dilarang oleh agama atau budaya mereka, tetapi mereka menentang semata-mata kerana ada ciri-ciri Islam....
"In Politics, stupidity is not a handicap" - http://freeware.intrastar.net/ftp.htm
Benarkah orang Cina memiliki 60 % keluasan tanah di Semenanjung Malaysia ?
Malaysia ni, nama je sebuah negara Islam tapi rancangan TV dan radio berciri tak Islam.
Kerajaan harus tahu bahawa ada orang yang lemah iman dan ada yang kuat iman, sebagaimana ada orang yang kaya dan ada orang yang miskin. Sepatutnya orang yang lemah iman dibantu imannya bukan menyerangnya dengan bahan bahan media terutamanya tv milik kerajaan yang berusaha meruntuhkan terus iman mereka, sebagaimana kerajaan menolong orang miskin. Sebaliknya kerajaan menyalahkan pula orang yang lemah iman ini, tetapi tidak pula menyalahkan orang yang miskin kerana kemiskinan mereka. Double standard !
Bila ada orang Australia menegur Sistem pemberian kerja rumah kepada pelajar, cepat-cepat Menteri kita respon. Sedangkan hal ini telah berjalan sejak sekian lama dan tak ada pun komplen. Kalau ada pun komplen, tak kan Menteri akan respon. Rupanya kita masih dijajah pemikiran kita, bukan setakat diperingkat rakyat jelata, tapi diperingkat Menteri.
Calon bukan Melayu diletakkan di kawasan Melayu, boleh menang. Calon Melayu diletakkan di kawasan bukan Melayu, ada ke, berani ke ?... Siapa yang perkauman ?