E-Melkan Sumbangan anda.

Perkahwinan

Mengingati jasa dan sumbangan pasangan boleh memperbaiki sikap anda terhadap pasangan anda.
Bagaimana anda (isteri) boleh merosakkan rumahtangga anda : 1. Mintalah yg bukan-bukan, buat suami anda berusaha lebih tekun untuk memenuhi impian anda. 2. Cakaplah merepek-repek, membebel lebih dari sepatutnya. 3. Tarik muka masam sentiasa. 4. Lawanlah cakap suami anda. 5. Cara bercakap dengan suami macam suami anda tu kuli anda.
Dari seorang isteri, diambil dari satu laman web......" Menyentuh soal nafkah batin, seingat saya, sedari awal perkahwinan, tak lebih sepuluh kali dia meminta untuk melakukan hubungan kelamin. Selebihnya, saya yang memulakan. Dia beritahu saya, saya ni gila sex. Entahla... yang pasti, saya melakukannya kerana ingin mendapatkan perhatian yang sepenuhnya dari suami saya. Lagipun, saya percaya seks itu realisasi kasih sayang. Kalau saya nampak dia seperti tak bernafsu ke atas diri saya, bagaimana saya tahu dia menghargai saya sebagai seorang isteri atau tidak? "
Dengan perkahwinan itu, kita sebenarnya menyusahkan pihak yang satu lagi, untuk memenuhi tuntutan kita, oleh itu bersyukurlah dengan perkahwinan itu dan laksanakanlah mengikut pihak yang menginstitusikan perkahwinan itu, menyedari melalui institusi itulah kita berkahwin. Institusi itu ialah agama.
Bagi orang yang pernah berkahwin kemudian berlaku perceraian, ia tidak akan pernah menyesal dengan perkahwinannya dulu. Ia tidak akan pernah berkata 'Kalaulah aku tidak berkahwin dahulu'.