B E R I L A H M A S A U N T U K D I R I S E N D I R I
Apabila yang dicitakan tidak termakbul, berdoalah moga-moga ada kebaikan akan menyusul dikemudian hari.
I could not be nice all the time.
Death is only a matter of time, I die now, you die later.
Apabila kita melakukan dosa, sekecil mana pun, Tuhan akan membalasnya dengan bentuk yang tidak dapat kita jangka.
Saya tidak suka menggunakan ayat 'Saya ingin buktikan' atau 'saya telah buktikan' kerana ayat ini mengandungi unsur takjub kepada diri sendiri dan lupa kepada kuasa Allah SWT.
Kalau ada, bagus, kalau tak ada pun tak apa.
Kebolehan memujuk diri sendiri penting untuk mententeramkan diri.
Untuk dapat bersabar, kita hendaklah berkebolehan menilai dan menafsir situasi yang berlaku.
"Aku bukan orang yang paling teruk dalam dunia ini." - konsep t-shirt
Aku tidak pandai memujuk, mempengaruhi atau 'impress', tapi aku tak mudah dipujuk, dipengaruhi atau cuba di 'impressed'.
Hidup ini begitu rapuh. Allah lah yang menetapkannya.
Awasi 'Emotional Engineering'.
Melayu hendaklah jadi macam pokok atau gajah, bukan macam lalang terbang ditiup angin.
Bersyukur dengan apa yang kita punyai dan dengan apa yang kita tak punyai.
Teringin nak belajar jadi doktor bila jumpa doktor yang tanya kita sakit apa, kemudian setelah kita beritahu sakit apa, dia beri ubat yang bukan penawar sakit yang kita beritahu. (Terjadi, semasa mengalami sakit tekak, jumpa doktor. Dia tanya sakit apa. Saya cakap sakit tekak. Dia tanya lagi, tak ada sakit lain. Saya jawab tak ada. Dia tanya lagi, selsema ?. Saya cakap tak ada. Bila keluar untuk ambil ubat di kaunter, saya diberi ubat selsema !.).
"Kalau awak tak boleh menyukai saya, macamana awak fikir orang lain boleh ?"
No matter how good you are academically, when it comes to judgement, you could be wrong, and remember, judgement is not taught in any university. A lay man may give better judgement than you. Dont get big headed.
"I tell you what, you want all the women in the world, take it !".
In a relationship, you may give a time frame.
My appetite is slowly loosen up.
I am calculated but not calculative.
Ramai yang mahu menolong orang yang susah, tapi tak ramai yang mahu menolong orang yang tertindas.
I dont expect people to listen to what I say, only to see my point.
Semasa mengalami sedikit gegaran gempa pada 26 Disember 2004, suasana pada masa itu ialah ruang kotak fikiran masing-masing hanya berfikir tentang diri sendiri, tidak peduli dengan orang lain. Seperti ada perasaan kesyahduan, kengerian, kekerdilan bercampuraduk. Terbayang gambaran ten tang padang mahsyar seperti yang dipelajari dulu...
Most of the time, I live by restraining from spending.
"I know, my marriage life is not as fortunate as you."
"Untukmu hiburanmu, untukku hiburanku. Aku tidak merasa terhibur dengan apa yang engkau rasa terhibur, dan engkau tidak merasa terhibur dengan apa yang aku rasa terhibur".
Si Pengecut ialah orang yang mempertahankan dirinya sendiri sahaja.
"Sahaja aku berlapar, harus kerana Allah Ta'ala".
Kau bukan untukku dan aku bukan untukmu.
Dimana-mana, ada orang yang cemburu atau sakit hati pada kita, walaupun sebabnya terlalu kecil, sedangkan jelas orang itu lebih berjaya dan lebih kaya dari kita. Dasar manusia, sukar untuk bersyukur dengan kejayaan diri sendiri.
Adakah perkataan kita pada hari ini merupakan bayangan apa yang akan berlaku pada kita di masa depan ?
Adakah lintasan di fikiran tentang apa yang berlaku di masa depan adalah bayangan apa yang akan benar-benar terjadi ?
Berhati-hati dengan apa yang anda faham.
Orang baik melihat aku jahat, orang jahat melihat aku baik.
Dalam beragama, kita perlu melatih diri, sama macam main bolasepak.
Emotional Strength is my strength....
Aku tak pandai cari duit tapi aku pandai jaga duit (Insyaallah).
Seorang yang menyatakan dirinya 'open-minded' sebenarnya seorang yang hipokrit. Tak percaya ? Cuba mengenali seorang yang seperti itu. Dia akan bersikap 'close-minded' bila ia mendapati anda bertentangan pendirian dengannya.
"Belajarlah bercakap dengan tone serius - tunjukkan keseriusan anda - kerana wajah anda menampilkan ketidakseriusan walaupun dalam hati anda sebenarnya serius".
"Belajarlah bercakap dengan lebih-lebih-lebih lemah lembut... untuk menceriakan lagi hidup anda"
Banyak kebaikan atau pengetahuan yang berlaku atau yang kamu terima adalah secara kebetulan, bukan kerana usahamu. Itulah tanda rahmat Allah kepadamu.
Jangan benarkan diri anda dipermainkan oleh media.
I dont want to be missed by anybody.
T-Shirt Motto : Give no place for snobbish.
Rendahkan suara anda.. rendahkan suara anda... rendahkan suara anda.
Ya Allah, kurniakanlah daku pertemuan yang baik dan jodoh yang baik daripadanya.
Pandangan hidup kita pada hari ini adalah hasil pengaruh sejarah persekitaran kita. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk memantau pandangan hidup kita sendiri.
Aku sering terlambat seminit.
Muslim must be dare to be different from non-muslim.
Dari semasa ke semasa, Tuhan membuka pintu-pintu untuk orang Islam berjihad secara fisikal, contohnya sekarang ini di Afghanistan, Iraq dan Palestin.
Gerak-gerak di kelopak mata kiri biasanya menandakan ada seseorang mengingati anda, atau akan menerima rezeki tambahan. Berdoalah semoga ia mejadi kenyataan.
Gerak-gerak di kelopak mata kanan biasanya menandakan akan ada berlaku musibah seperti motor di rosakkan orang atau wang diperlukan untuk perkara luar biasa. Dari itu berdoalah semoga hal demikian tidak benar-benar terjadi.
Gerak-gerak diseluruh muka terutamanya di pipi dan bibir biasanya menandakan akan berlaku pertelagahan dengan seseorang. dari itu berdoalah semoga perkara itu tidak benar-benar terjadi.
Ada orang ketagih dadah. Ada orang ketagih provokasi. Ada orang ketagih sensasi. Ada orang ketagih kuasa.
Orang yang hanya menuding dosa orang lain tapi menyembunyikan dosa sendiri adalah ciri seorang penipu.
Mencari duit lebih mudah dari membuang dosa.
Berlaku bijak tidak sentiasa bererti kita mengikuti jalan yang lurus yang diredhai Allah.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Sehari satu sms, lama-lama kawin.
Jika inilah makna kebebasan, saya tidak mahukan kebebasan seperti ini.
Jangan bertuhankan kepada 'terkini', 'terbaru', 'latest' dan seumpamanya.
Nak tau cara nak jadi orang paling jahat ? Anda buat jahat pada seseorang, kemudian selepas anda tahu orang itu merasa sakit hati, anda cuba berbuat baik pada orang itu tapi jangan meminta maaf. Anda akan menambah sakit hati orang itu.
Untuk seronok berbual dengan perempuan yang anda minati, jangan berharap atau menjangka dia akan bercakap secara bijaksan tetapi terimalah saja apa yang di cakapkannya, disamping jangan pula anggap dia bodoh.
Ya Allah, Engkau berilah aku masa untuk membayar hutang-hutangku kepada manusia.
Tak suka menggunakan perkataan "Eleh" dan tak suka mendengar perkataan itu diucapkan oleh orang lain.
Awasi diri dari beranggapan bahawa orang lain bersikap sama seperti kita.
Untuk keharmonian hidup, sikap memahami atau cuba memahami akan lebih membantu.
Melaksanakan kata-kata adalah satu perjuangan.
Apabila seorang wanita telah menyerahkan dirinya pada anda secara haram dan anda hanya perlu satu tujahan untuk terus menikmatinya, tapi anda enggan dan terus memujuk wanita itu untuk tidak terus meminta ditujah, anda akan merasa bahawa anda terselamat dari bakal dikutuk dan dibalas Tuhan, dan banyak kebaikan akan anda terima selepas itu. Percayalah.
Tentang perkahwinan, aku bimbang memperoleh wanita yang : 1. Melarikan diri bila dalam kesusahan. 2. Menjadikan perkahwinan sebagai landasan mencari suami yang lebih baik. 3. Hanya tau meminta tapi tidak tau memberi. 4. Berpegang pada konsep Harta ku adalah hartaku, harta suami adalah hartaku jua. 5. Tidak tau bereterimakasih pada suami dan bersyukur pada Tuhan.
Dalam mencari pasangan hidup, aku memang memilih mau yang cantik. Tapi dari pengalamanku, yang cantik bagiku, tidak cantik bagi kawan-kawanku atau kerabatku. Jadi tidak salah kalau aku mau yang cantik kerana yang cantik itu hanya bagiku. Biarlah orang lain menemui kecantikan tersendiri.
Kasih sayang dan tanggungjawab adalah mencukupi untuk melayari sebuah perkahwinan walaupun tanpa cinta. Tiada rotan, akar pun berguna.
Tunjukkan kemesraan dan berseloroh pada semua orang.
Kepada orang bujang dan dara, jangan takut kahwin kerana takut gagal dalam perkahwinan. Kegagalan dalam perkahwinan membawa manafaat yang besar. Susah nak cakap apa manafaatnya tapi persepsi anda terhadap hidup akan lebih bermakna. Sebab itu ramai yang bercerai tapai masih nak kahwin lagi. Hidup dalam rumahtangga yang (sedikit) bermasalah lebih baik dari hidup membujang.
Janganlah cuba memuaskan hati semua orang. Puaskan hati orang yang sudi dipuaskan sahaja.
Berahi ada 2 jenis : Berahi disertakan nafsu dan berahi berserta cinta suci.
"Ya Allah, aku telah membuat keputusan ini, aku bermohon kepada Mu, berikanlah daku kemudahan dalam menjalani keputusanku."
Buangkan ciri-ciri akademik semasa berbual-bual.
Membuat provokasi kecil boleh membantu anda diingati oleh orang yang anda provok.
Belajar bercakap dengan perempuan sambil memandang matanya tanpa jatuh cinta. Ikhlaskan tujuan, jangan terpengaruh dengan fisikalnya.
Aku menyangka, dan mereka menganggap, bahawa mereka yang berpendidikan Inggeris tu bersikap 'open-minded', tapi dari pengalamanku, mereka inilah yang lebih bersikap 'closed-minded'.
Aku tidak perlukan orang lain merasuah aku untuk aku berbuat baik pada orang (rasuah itu banyak makna).
Menjalani hidup ini perlu bertaktik, tapi kadang-kadang tidak cukup masa untuk melaksanakan taktik.
Sesuatu kelihatan cantik samada kerana saiz kita atau saiz sesuatu itu. Tuhan menjadikan saiz kita sebegini untuk dapat melihat sesuatu yang sesuai saiznya nampak cantik.
Kita adalah apa yang kita baca.
Tuhanlah yang akan menolong aku, dan Tuhanlah yang akan menolong dia (Salsabila).
Professional ialah Perompak Berlesen.
Apabila kita mencintai seseorang, kita akan meringankan badan kita ...???
Hendaklah yakin (confident) dan kelihatan meyakinkan ! Keyakinan datang dari kejujuran pada diri sendiri. Kejujuran pula datang dari keikhlasan. Keikhlasan menjadikan kita berterusterang tentang hal yang kita tahu dan hal yang kita tidak tahu. Apabila kita berterusterang, kita nampak yakin dengan diri kita.
Marriage should be fun !
Aku tak suka pujukan-pujukan yang tak mesra !
I want to share mine with whom ? I want to share whose ?
Jatuh cinta ialah sejenis angau. Anda tidak akan merasa cinta sepenuhnya jika anda tidak merelakan diri anda jadi angau.
Bersifat romantik itu bererti anda membuat seolah-olah dunia bergerak tersangat lambat atau berhenti sama sekali kerana anda memperhalusi butiran percakapan anda hingga seolah-olah anda nampak debu-debu sebutir demi sebutir.
Being loved is not necessarily nice if the person who loves you generate more trouble for you in the name of love.
"Ya Allah, rasanya sudah tidak ada apa lagi yang aku mahu kejarkan di dunia ini, jadi, panggillah aku kembali kepadaMu. Jika Engkau mahu memanjangkan umurku, berilah akau rezeki yang baik dan jalan untuk memperbaiki amalanku dan jalan untuk berbakti kepada manusia."
Mencintai itu umpama satu pelaburan, cuma ia adalah pelaburan perasaan. Anda mungkin untung banyak, mungkin untung sedikit, rugi sedikit atau rugi banyak.
I am not old enough to know everything.
Ramai orang mempunyai keinginan. Pelancongan cuba memenuhi keinginan-keinginan itu.
Just because you dont know, dont assume that others also dont know.
Sedap makanan itu hanya di tekak.
This is not my 'holier-than-you' attitude but your 'dirtier-than-me' attitude.
I love you but I also need to survive.
Romance is a state of mind you set up on the other person that make he/she feel good about you.
Melakukan kebaikan itu memerlukan kesabaran.
Discretion can lead to different interpretations.
"Ya Allah, jadikanlah dia seorang yang setia kepadaku dan aku setia kepadanya. Engkaulah yang maha menjadikan."
Religious understanding and mutual respect is a tactical tool to take over.
"Competitive edge" is our enemy, it is another tool to take over.
Cinta, kedatanganmu tidak diundang, janganlah pemergianmu tanpa disuruh.
Salsabila : Al-Insaan (surah 76) ayat 18.
Aku tidak suka menggunakan atau mendengar perkataan "Aku pantang" kerana ia berbau kesombongan diri, lebih-lebih lagi kalau ia disebut dengan intonasi yang mengesahkan kesombongan itu.
Jangan menambah kesilapan dengan kesilapan yang lain.
Jika tak mampu untuk berkorban, janganlah berkorban.
Apa yang kita ada boleh hilang kerana kesalahan kita sendiri.
Dont trust the road. Dont trust the other car. Dont trust the other driver. Dont trust the road sign.
Many time we wait for the West to act then only we act. We just ape the West.
Cari kelemahan diri, atau apabila menyedari kelemahan diri, cepat-cepat berdoa mohon pada Allah beri jalan untuk membuang kelemahan itu.
Semua yang ada padaku dan milikku akan hilang, akhirnya yang tinggal untukku hanya Allah.
Long winded argument does not mean it is correct. Most of the time it indicate the confusion of the speaker/writer about the subject matter at hand.
Kita menjadi panik, tensen dan kelam-kabut kerana gagal mengambil masa untuk mengagak atau mengukur masa yang akan kita ambil untuk menyelesaikan satu-satu hal.
Perasaan mahu memenuhi tangungjawab kepada isteri dan keluarga boleh memberi tekanan kepada seoarng suami dan boleh menjejas prestasi seksualnya.
Kebahagiaan hakiki itu dapat dicapai bila kita dapat memenuhi perintah dan larangan Allah.
Life is simple. Do not make it complicated.
Orang beragama itu berlapang dada, bukan berburuk sangka.
Mengumpat pada asasnya haram tapi dibenarkan dalam beberapa keadaan.
Mulut jangan terlalu cepat mengambil kesimpulan.