Pengorbanan Melayu..
Pengorbanan atau kebodohan atau kenaivan ?
Dengan gaji yang rendah, orang Melayu sanggup menggadai nyawa menjadi anggota polis dan tentera, menjaga keselamatan awam dan negara, tetapi bangsa lain enggan menjadi anggota tentera dan polis kerana gaji yang rendah. Sehingga ada ura-ura menaikkan gaji polis dan tentera semata-mata untuk menarik kaum lain menganggotainya, bukan kerana nilai sumbangan sebagai anggota tentera dan polis.
Banyak tanah dan harta melayu di ambil oleh kerajaan pimpinan melayu dengan pampasan sekelumit untuk dijadikan milik awam seperti jalanraya yang kemudiannya dinikmati oleh orang-orang bukan melayu. Mana ada kerajaan mengambil tanah orang bukan melayu untuk kemudiannya dinikmati oleh orang melayu.