Penangan wanita bertaqwa
Dalam suatu rombongan (kafilah) ada seorang lelaki telah terpikat kepada seorang perempuan.
Setelah hari sudah jauh malam, dia mula menghampiri perempuan itu untuk menggodanya. Perempuan itu pun berkata,"Lihatlah adakah orang-orang itu telah tidur semuanya?"
Gembiralah lelaki itu kerana menyangka harapannya akan dipenuhi. Setelah mengelilingi rombongan kafilah tersebut, didapatinya semua orang telah tidur. Dia pun berkata,"Betul, semua orang telah tidur,"
Perempuan itu bertanya,"Bagaimana pendapatmu mengenai Allah SWT. Tidurkah ia di saat ini?,"
Lelaki itu tersentak, lalu menjawab,"Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah tidur dan tidak pernah mengantuk!"
Perempuan itu pun berkata,"SESUNGGUHNYA Tuhan memang tidak tidur dan memang tidak pernah tidur. Dia akan melihat kita, walaupun manusia tidak melihat-Nya. Maka lebih tepat kalau kita takut akan Dia."
Lelaki itu sedar dan terus menionggalkan niat jahatnya itu lantaran takut kepada Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Dia bertaubat dan kembali ke rumahnya.
Setelah dia mati, ada orang bermimpi bertemu dengannya, lalu bertanya,"Bagaimana keadaanmu?' Lalu dijawab,"Allah telah mengampuni aku sebab takutku kepada-Nya dan meninggalkan perbuatan dosa itu"[/size]
Inilah contoh seorang wanita bertaqwa yang dirinya bukan sahaja tidak merosakkan iman lelaki, malah telah menyelamatkan seorang lelaki yang hampir terjerumus ke dalam Neraka.
Masalah rumahtangga memang tidak pernah habis-habis. lebih-lebih lagi jika suami itu seorang yang tidak bertanggungjawab, membiarkan anak isteri tanpa memberi nafkah yang mencukupi, membiarkan isteri sendirian sakit dirumah tanpa berusaha mendapatkan rawatan yang sepatutnya, membiarkan isteri sendirian bergelut menghadapi masalah anak dan lain-lain lagi. Kalau iman lemah, tentulah si isteri akan marah-marah, malah ada yang sampai mengajak suami bertarung didalam mahkamah.
Kalaulah hal ini berlaku kepada kita, bagaimana sepatutnya seorang wanita solehah menyelesaikan masalah yang dihadapatinya? Sebenarnya, wanita yang solehah itu ialah wanita yang sangat cerdik. Cerdiknya dia ialah kerana dia faham apa maksud Tuhan di sebalik kejadian yang menimpa dirinya itu. Cerdiknya dia ialah kerana dia lihat Akhirat yang kekal abadi itu lebih besar dari dunia yang fana ini. Cerdiknya dia ialah kerana dia memahami perkara-perkara tersirat yang tidak difahami oleh wanita biasa. Cerdiknya juga kerana dia bertindak untuk jangka masa panjang dan bukan untuk jangka masa yang sementara. Dan cerdiknya juga kerana dia tidak turut menyakiti suami yang telah "menyakiti"nya itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Bukankah baik kalau hubungan di antara suami dan isteri itu dikekalkan intim? Kalau dicari penyelesaian dengan secara merungut dan meminta-minta sehingga suami naik bosan, atau secara bergaduh-gaduh sama ada diluar atau dalama mahkamah, bukankah ini akan meretakkan lagi hubungan suami isteri itu sehingga boleh menyebabkan perceraian? Pendek kata, cara ini ialah cara penyelesaian jangka pendek yang dicari oleh wanita yang kecil jiwanya, yang tidak tahan dengan sedikit tujuan demi mendapatkan hasil yang baik. Walhai, wujudnya institusi keluarga yang aman damai itu adalah asas kepada perpaduan dan pembangunan sebuah masyarakat yang aman dan makmur. Apabila seorang wanita solehah dilanda masalah, dia tidak akan terus bertindak mengikut akal dan emosinya, tetapi dia akan terus "merujuk" kepada Tuhan dengan melakukan beberapa perkara yang utama iaitu:
i) bertaubat atas dosa.
ii) merintih kepada Tuhan.
iii) melakukan perkara-perkara yang disukai Tuhan.
Sumber : Abuyazid (Conqueror) http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=149372&fpage=1