Peluang niaga
Lesen-lesen perniagaan sementara (musim puasa / musim haji/ hariraya/ dll) biasanya dikeluarkan oleh majlis-majlis tempatan/bandaran/bandaraya. Datanglah ke pejabat-pejabat mereka untuk mengetahui pelbagai lesen perniagaan.
Layari
edutrend portal untuk mengetahui peluang franchise pendidikan kanak-kanak.
Untuk mendapatkan pinjaman dan cara memdapat pinjaman perniagaan, anda boleh layari
www.iGuarantee.com.my.
Anda tahu kebanyakan kibod komputer di pejabat-pejabat adalah dalam keadaan kotor dan berdaki kerana jarang ada pengguna nya yang tahu cara membersihkannya, terutamanya daki dicelah celah kekunci. Ini adalah satu sumber perniagaan, iaitu perniagaan
mencuci kibod komputer.
Buka syarikat memberi perkhidmatan memeriksa
pili bomba
Cipta
payslip-kiosk untuk kegunaan syarikat-syarikat yang mempunyai kakitangan yang ramai.
Buat rumah atas pokok (dikampung atau bandar). Target : sewakan kepada orang yang mahu kelainan, seperti pelancung (pelancung dalam negeri dan luar negeri).
Peti emel untuk setiap rakyat. Buat cadangan kepada kerajaan supaya setiap orang di Malaysia diberi alamat emel. Server emel hendaklah dikendali oleh kerajaan. Kegunaan emel ini ialah khusus untuk digunakan oleh pihak kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada setiap individu.
pada masa ini, pihak kerajaan menyampaikan maklumat melalui surat atau iklan-iklan di surat khabar. Untuk menggunak, setiap orang hendaklah mempunyai password sendiri supaya peti emelnya tidak boleh dibuka oleh orang lain. Pengendali server hendaklah mempastikan bahawa hanya pihak kerajaan atau jabatan kerajaan yang boleh menghantar emel ke server itu. Pihak kerajaan boleh juga memperolehi pendapatan melalui iklan-iklan atau pihak-pihak bukan kerajaan yang menumpangguna server untuk menyampaikan maklumat atau mengiklan (perlu dihadkan). Kanak-kanak yang belum dewasa atau bayi baru lahir juga mesti diberi peti emel berdasarkan nombor kad pengenalan, bagaimanapun ibubapa lah yang bertanggungjawab membuka emel itu. Kerajaan hendaklah mewajibkan, melaui undang-undang bahawa setiap orang membuka emelnya (atau anak-anak dibawah jagaannya) sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Sistem ini boleh lah dipanggil Sistem Emel Negara (SEN). Kerajaan hendaklah mempastikan setiap orang mempunyai akses kepada komputer, internet dan boleh menggunakan emel.
Berniaga itu bermakna memenuhi keperluan orang lain dengan meminta ganjaran. Keperluan orang itu ada yang timbul secara harian, mingguan (hari tertentu dalam seminggu), bulanan (hari tertentu dalam sebulan), tahunan (hari tertentu dalam seahun), musim (panas, hujan, haji), masa (pagi, petang, malam, dsb), hari perayaan, impromptu (bila berlaku kejadian tertentu seperti pilihanraya). Keperluan orang itu ada dalam bentuk fisikal atau perkhidmatan. Keperluan orang itu boleh kita penuhi dengan kita sendiri melakukannya atau kita bertindak sebagai orang tengah. Oarng-orang yang kita mahu penuhi keperluan mereka itu boleh dikategorikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu seperti kaum, jantina, umur, tahap pendapatan. Kumpulan-kumpulan itu berada di satu-satu tempat tertentu, kadang-kadang menetap tapi kadang-kadang berpindah-pindah. Keperluan orang-orang itu timbul secara individu atau secara berkumpulan. Orang-orang yang berniaga itu juga saling memerlukan.