Sumbangan anda.


Memahami sekular...

Jika ada sesuatu isu, orang sekular suka menggunakan alasan "xxx bukan lah jalan penyelesaian" jika idea penyelesaian itu bertentangan dengan nafsu mereka. Mereka juga biasanya tidak memberi cadangan bagi penyelesaian tapi lebih suka memantau idea-idea penyelesaian. Ini adalah sikap hipokrit mereka walaupun mereka tidak suka orang lain hipokrit.
Sekularist itu ialah perkataan moden bagi munafik.
Orang sekular berkata bahawa orang islam lemah kerana perlu didorong dengan pahala melakukan sesuatu perkara yang baik. Mereka kata mereka tidak perlukan dorongan pahala untuk melakukan perbuatan baik. Mereka melakukan perbuatan baik itu semata mata sebagai matlamat, bukan mahukan pahala dan balasan.
Orang Sekular berkata agama adalah soal peribadi. Menanya apa agama mereka adalah satu soalan paling sensitif. Bagi mereka agama adalah satu 'convenience' atau alat dalam mereka melayari hidup, sama seperti tukul, diambil bila mahu, disimpan bila sudah digunakan.
Orang Sekular suka mempersenda orang beragama walaupun tidak sebaliknya.
Orang sekular kata hukuman sebat itu tak bertamadun.
Orang sekular menganggap pengebom berani mati sebagai bunuh diri, kerana mereka beranggapan setiap yang hidup bila kena bom akan mati. Mereka lupa bahawa hanya Allah yang menentukan cara seseorang itu akan mati. Lagi, orang bunuh diri itu matlamatnya untuk dirinya, tapi pengebom berani mati itu matlamatnya untuk ummah dan agamanya.
Orang Sekular tidak puashati kerana orang kafir walaupun baik akan masuk neraka. Mereka mahu orang kafir yang baik layak masuk syurga.
Change the term, change the language, change the people, change society. This is social engineering....dajjalsystem
Orang sekular tidak suka menerima nasihat. "Eleh, macam pandai sangat", begitulah reaksi mereka jika diberi nasihat atau seumpamanya. Bagi mereka, diri mereka tidak perlu dicampuri oleh orang lain.
Dasar orang Sekular ialah "Awak buat hal awak, biar saya buat hal saya. saya tak tegur apa-apa tentang awak, awak jangan tegur apa-apa tentang saya."
Perkara dunia besar maknanya bagi orang Sekular dan perkara akhirat kecil maknanya bagi mereka.
Orang Sekular percaya semua agama mengajar kebaikan. Mereka sengaja lupa bahawa bagi agama orang Yahudi, mereka adalah kaum pilihan Tuhan dan mereka tidak berdosa jika menipu orang yang beragama lain. Ini kebaikan kah ? Ya kebaikan bagi Yahudi sahaja, tapi bukan kebaikan untuk semua.
Orang Sekular menganggap orang beragama adalah orang yang dibius fikirannya iaitu tidak lagi mahu berfikir tetapi cuma menggunakan semula fakta yang telah sedia ada (recycling opinions). Mereka menganggap diri mereka sebagai manusia yang sentiasa berfikir tanpa batasan dan dengan itu merekalah orang yang pandai berfikir.
Orang sekular mempromosi Kebebasan melahirkan perasaan dan fikiran selagi kebebasan itu tidak mengenai batang hidung mereka sendiri. Mereka biasanya hipokrit.
"We've had our days of rock n' roll and going to the discos, but we've turned out to be alright" - Prof Dr Farida Habib Shah (NcWO ICT Commission member + Director of the Melaka Institute of Biotechnology. Begitulah sikap selfish mereka. Mereka fikir, semua orang sama macam mereka.
"Why the obsession with dressing and women being the target, while we allow corruption to take place ? That (corruption) is immoral to me." - Prof Dr Farida Habib Shah. Bagimana seorang profesor boleh tak nampak bahawa korupsi juga sedang diperangi ? Tapi, begitulah mereka, suka berfikir sambil menutup sebelah mata.
Definisi (Definition) adalah umpama agama baru bagi sekular. Mereka cuba bermati-matian mendefinisikan sesuatu, untuk dijadikan pegangan mereka, sedangkan mereka gagal menyedari bahawa definisi buatan manusia itu tidak akan lengkap, akan dipengaruhi masa dan zaman atau individu, untuk kepentingan mereka semasa mereka masih hidup.
Apa yang penting ialah masa sekarang. Masa yang lepas, sejarah dan masa depan (diluar hayat) adalah tidak penting.
'Rahmat' Tuhan tidak ada dalam kamus mereka.
Personal Choice adalah nama yang sesuai bagi agama sekular.
Secularist does not believe in helping each other in moral issue.
Sekular ialah orang yang berbangga dan percaya semata-mata dengan kebolehan berfikir mereka, hingga mereka ketagih berfikir, tapi mereka tidak pula terfikir dari mana datangnya otak mereka, fikiran mereka, apa gunanya dan bagaimana menggunakannya.
Orang Sekular bukanlah oarang yang melakukan self-audit keatas pemikiran mereka. Mereka terus percaya apa yang mereka fikirkan itu betul dan enggan memeriksa semula.
Orang Sekular enggan membaca apa yang di tulis atau mendengar apa yang diterangkan oleh 'musuh' mereka. Sikap mereka ialah 'peduli apa !'. Mereka sebenarnya penakut dan pengecut.
Orang Sekular keliru antara hak berfikir (right to think) dengan hak meluahkan fikiran (right of expression).
Orang sekular perasan bahawa merekalah sahaja orang yang bijak berfikir dan mereka sahajalah yang intelek dan rasional, tetapi sebenarnya apabila mereka diajak berfikir dan berdebat, lama-lama mereka akan bersikap menepis melulu dan melupakan dasar mereka sendiri yang mereka banggakan bahawa mereka itu bijak, intelek dan rasional. Mereka akan menggunakan perkataan seperti "Aaaaah sudahlah", atau 'Awaka tak dapat berfikir", atau "Awak bodoh", atau mereka melarikan diri perlahan-lahan.
Orang sekular suka mempersenda dan menyindir-nyindir orang beragama dan dasar-dasar agama.
Orang sekular mengagumi keindahan dunia dan alam semesta tapi tidak mahu memikirkan siapa penciptanya.
Orang Sekular begitu benci dengan orang yang menggunakan alasan-alasan berciri keagamaan dalam perbincangan atau tulisan-tulisan.
Orang Sekular gemar mengejek dan menggelar-gelarkan orang yang tidak disukainya terutamanya orang yang menggunakan agama dalam perbincangan. Contoh gelaran "intelectual midgets" yang digunakan oleh Marina Mahathir.
Analyst Syafii Anwar, executive director of the Jakarta-based International Centre for Islam and Pluralism, told The Straits Times that many in the country were simply against all Indonesian women appearing in public in revealing swimwear. He added: “There are other issues that Acehnese leaders should be concerned about, other than beauty contests. They should start thinking of how to eradicate poverty in the province, and improve the lot of the Acehnese.” — The Straits Times.

Jadi, bagi kamu sekular, kalau ada satu isu, maka isu itu mesti ditinggalkan jika ada isu yang lain. Bodoh bonar !
Pegangan mereka : "SeMUA ORAND boleh berfikir yang mana baik dan mana yang buruk" (ALL people are matured, they can think which is good and which is bad)".
"In case you don't know. When a person sin against God, it is for God to punish and not for you who is youself IMPERFECT to punish. Look at your own lives before telling others what to do. Serious, this is between people and God and you don't try to play god............" - chrisyong, October 23, 2009 http://mt.m2day.org/2008/content/view/28035/84/
Apabila orang Islam mahu menegakkan hal-hal yang berciri Islamik seperti penggunaan nama 'Allah', golongan sekular memandang sinis dengan menganggap itu hal remeh (trivial) tetapi mereka sebenarnya memandang penting kepada hal poligami sehingga mereka menyindir-nyindir amalan poligami sedangkan hal ini trivial bagi orang Islam kerana ia telah termaktub hukumnya. Ringkasnya, apa yang 'trivial' (remeh) bagi golongan sekular tidak sama dengan apa yang 'trivial' bagi orang Islam.