Setelah satu hajat atau keinginan diperolehi, akan timbul keinginan baru.
Ada manusia yang suka merenung pada kasut yang anda pakai.
Ada manusia yang lupa pada perkara yg asas bila terlalu taksub dengan perkara semasa , contohnya, lupa pada Tuhan yg menjadikannya bila sebok dengan urusan dunia, lupa pada kejahatan seseorang bila disebokkan dengan kebaikannya, dsbnya .
Kita selalu salahsangka bila melihat seseorang itu rajin sembahyang, maka kita menyangka dia seorang yang alim sedangkan dia hanya mencuba melaksanakan tanggungjawabnya pada Tuhannya, dan dia belum tentu terlepas dari melakukan maksiat.
Manusia suka kepada benda dan perkara yang baru.
Apabila perbezaan pendapat terlalu besar, manusia cenderung untuk berkumpulan berdasarkan pendapat yang sama atau hampir sama.
Ada manusia berpegang pada prinsip 'Tiada rotan ,akar pun berguna', dan ada juga yang berprinsip 'kalau tak dapat rotan, akar lagi lah tak mahu'.