Komen Lirik Lagu
Dalam lagu yang dinyanyikan oleh Misha Omar dan (penyanyi lelaki tak ingat nama) terdapat senikata : "Bintang-bintang dimalam gelap, memberi cahaya, menyinari segala ....". Ini adalah fakta salah tentang bintang-bintang. Bintang-bintang dimalam gelap sebenarnya tidak memberi cahaya dan tidak menyinari bumi kita. Sepatutnya penulis lirik betanya dulu dengan pihak-pihak yang berkenaan sebelum melepaskan liriknya untuk dinyayikan dan didengar oleh orang ramai. Kalau lah lirik salah fakta ini di dengar oleh kanak-kanak yang masih sekolah, ini tentu menggangggu sedikit sebanyak pembelajaran sains mereka dan markah ujian mereka jika soalan ada kena mengena dengan cahaya bintang. Janganlah kerana sedap semata-mata, penulis lirik menyerlahkan kebodohan sendiri.