Home
Sumbangan anda


Tentang kehidupan..

Ingredient to move forward : Eat your pride.
Jangan salahkan Tuhan kerana telah menciptakan anda hidup didunia ini.
Jangan salahkan ibu bapa anda yg telah menyebabkan anda lahir kedunia ini.
Jangan salahkan sistem dimana anda telah berada didalamnya.
Jangan salahkan zaman dimana anda telah berada didalamnya.
Kematian adalah perkara yang paling 'buruk' berlaku kepada kita. Oleh itu, apa apa perkara yang berlaku selain kematian, adalah perkara kecil. dan semasa kita mati, kita sudah tidak peduli samada ia perkara besar atau perkara kecil.
Kita tidak akan dapat mencipta perjalanan kehidupan yang sempurna, walaupun sesungguh mana kita mencuba, kerana sumber-sumber kita terbatas.
Ada orang yang suka menunjukkan kehandalannya berfikir, tapi untuk kepentingan dirinya sendiri, bukan untuk kegunaan awam.
Kadang kadang duit cari orang bukan orang cari duit.
Belajar buat tak tahu.
Belajar buat buat lupa.
Ilmu jaga kita, kita jaga harta.
Cuba fikirkan, apa yang menyebabkan kita hidup dengan cara kita hidup sekarang.
Kehidupan ini terlalu lebar atau terlalu dalam. Kita tidak tahu berapa lebarnya atau berapa dalamnya. Sejauh mana kita mahu menguji kedalamannya atau kelebarannya ?
Kekadang kita mengabaikan hati nurani kita semata mata kerana mencari bukti bukti saintifik.
Kadang kadang kita mahu ramai-ramai, kadang kadang kita mahu sorang sorang.
Ada orang seolah-olah dapat mencorakkan kehidupan dirinya dan orang lain, ada orang seolah-olah dapat mencorakkan kehidupan dirinya sendiri sahaja, dan ada orang yang tidak dapat mencorakkan kehidupan walaupun dirinya sendiri.
Ada orang hidupnya terbelenggu oleh pencarian kebanggaan. Dia mencari sesuatu untuk membanggakan dirinya sendiri, walau sekecil mana pun objek yg jadi kebanggaannya. Dia gelisah dan rendah diri dan melarikan diri jika kebanggaannya diatasi oleh orang lain. Bahagialah orang yang dapat melepaskan diri dari belenggu seperti ini.
Seringkali beruntung orang yang pandai buat tak tahu atau buat pekak badak
Kadang-kadang, hidup ini ialah satu pilihan sama ada kita tertipu atau menipu.
Orang tamak akan mengata orang lain kedekut. Orang kedekut akan mengata orang lain tamak.
Life is bigger than love
Orang yang merendahkan orang lain pada satu ketika, dia akan merasa rendah pada seorang lain pada ketika yang lain.
"Today is a gift, that's why it is called the present." - Source - Unknown
Hidup kita cuma dalam 3 hari - 1. Semalam 2. Hari ini 3. Esok
Hiburan Itu Tidak Mesti Membahagiakan Tapi Kebahagiaan Itu Sudah Pasti MENGHIBURKAN!
Berprasangka kah kita... Orang beribadah disangka riak. Orang relaks disangka malas. Orang berbaju baru disangka menunjuk. Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina). Orang makan banyak disangka pelahap. Orang makan sedikit disangka diet. Orang senyum disangka mengejek. Orang masam disangka merajuk. Orang bermuzakarah disangka mengumpat. Orang diam disangka menyendiri. Orang menawan disangka memakai susuk. Orang tampak ceria disangka ada membela... Orang belum kawin disangka dah kawin... Orang dah kawin disangka belum kawin...
Apa yang kita faham tak sama dengan apa yang orang lain faham dan sebaliknya.
Kemungkinan untuk kita jadi tak baik adalah lebih besar dari kemungkinan untuk kita jadi tak baik.
Kalau anda suka gurau kasar, cepat beritau yang anda cuma bergurau, atau pun tinggalkan terus bergurau cara kasar.
Pernahkah anda mencuba bermati-matian ?
Dari sejak lahir, kita adalah terperangkap dalam sistem yang diluar kawalan kita.
Kehidupan ini sungguh menarik...sesuatu yang tak disangka rupa-rupanya bermakna, lama selepas itu. Contohnya kita sesat ke satu tempat, rupa-rupanya kita akan perlu kesana satu masa nanti.
Mengurus perasaan sendiri kadang kadang lebih sukar dan mengelirukan dari mengurus barang dan benda, apalagi mengurus perasaan orang lain.
Kadang-kadang kita terpaksa membuang segala ilmu yang telah kita pelajari dan yang telah kita amalkan kerana kita perlu memilih jalan kehidupan yang berbeza.
Usikan yang sederhana itu boleh membuka pintu kemesraan.
Untuk menjadi penyabar, caranya ialah dengan berpegang pada pandangan bahawa setiap orang mempunyai cara berfikir dan kebolehan berfikir yang berbrza dengan kita.
Belajarlah untuk berkata "Ah, pedulikan dia !"
Untuk berbuat baik pada orang lain, tak perlulah kita meminta rasuah, contohnya hanya bila orang itu baik dengan kita.
Kadang-kadang kita tidak mahu dipedulikan, kadang-kadang kita mahu dipedulikan.
Terlalu banyak perkara yang mahu dilakukan tetapi terlalu sedikit masa yang ada.
Ada orang mahu menolong orang tapi tidak mempunyai kekuatan.
Semasa menghadapi masalah, kita ada 2 pilihan : 1. Rempuh dan menangi masalah itu. 2. Tinggalkan masalah itu.