Home
E-Melkan komen anda.


Sejarah jambatan batu 13

Ayah saya (arwah) dan pak cik saya Sidek (arwah) pernah menceritakan tentang peristiwa tahun 1946 (mungkin silap) semasa peperangan antara orang-orang melayu yang menetap di kampung Ayer Hitam Muar (6 batu dari pekan Bakri) dengan orang-orang cina komunis yang menetap di Bakri dan Muar.

Pada hari yang berkenaan, orang melayu telah mendapat tahu bahawa orang-orang cina akan melakukan serangan ke atas kampung. Orang-orang Cina itu akan bertolak dari pekan Bakri. Dengan itu, orang-orang kampung yang diketuai oleh Kiai Saleh telah berkumpul di bahagian jambatan batu 13 kampung kami dan menunggu kedatangan orang-orang cina. Apabila orang-orang cina itu telah sampai ke jambatan itu, Kiai Saleh telah melakukan sesuatu. Orang-Orang cina itu seolah-olah menyangka bahawa jambatan itu adalah sebatang sungai. Oleh itu mereka telah terjun keatas jambatan jalan berbatu. lalu luka parah lah mereka seorang demi seorang. orang-orang melayu tidak membunuh mereka tapi hanya memandang sahaja sambil membaca apa-apa yang disuruh oleh Kiai Saleh. Dengan keadaan seperti itu, tidak lama kemudian orang-orang cina berundur semula ke Bakri. Maka selamatlah kampung Ayer Hitam dari serangan orang-orang cina. Orang-orang cina itu tidak lagi cuba menyerang hinggalah sekarang.