Lihat asap yang keluar dari ekzos. Kalau putih ok, kalau hitam tak ok.
Jika ada bunyi 'piiiiiiingggggggg' pada enjin pada kelajuan tinggi, mungkin minyak hitam tak cukup kuantiti.
Periksa tekanan angin pada tayar.
Jika ada air berkocak dalam penghawa dingin, ini berlaku kerana anda suka buka inlet yang membenarkan angin dari luar masuk kedalam. Angin luar membawa habuk yg boleh menyumbat salur air-conditioner.
Ingin tahu bila tayar anda dibuat ? Lihat pada tepi tayar. Disitu ada tertulis contohnya 0902 bermakna tayar dibuat pada September 2002. Anda mungkin beli tayar baru tapi dah lama dikilangkan.
Periksa kabureta. Kabureta sumbat boleh menyebabkan kereta kurang kuasa pecutan atau tersenggut-senggut. Kabureta boleh sumbat kerana maklum saja minyak mengandungi sedikit unsur air yang boleh menyebabkan kabureta karat dan karat yg luntur itu boleh menyebabkan saluran kabureta tersumbat.
Periksa minyak injin. Tukar bila perlu. Guna minyak murah + additive = minyak mahal.
Tukar minyak gear
Periksa minyak brek. Tambah bila perlu.
Kegagalan kipas penghawa dingin boleh menjadi punca kepada kerosakan pada alat-alat lain pada sistem penghawa dingin. Kerosakan kipas menyebabkan tekanan pada saluran dan peralatan, kemudian boleh menjadi punca kebocoran saluran, kerosakan compressor dan sebagainya.
Jika Petunjuk suhu naik : 1. Periksa penutup radiator. 2. Periksa getah-getah penyalur air, mungkin ada kebocoran.
Jika Minyak injin kerap berkurangan : cuba Tukar Valve Injin dulu sebelum melakukan top-overhaul atau complete overhaul.