KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian 
tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. 
Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas 
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau 
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif 
dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu 
setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu 
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap 
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor 
ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu 
yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita 
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat 
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan 
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah 
itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang 
berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan 
kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh 
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif 
akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. 
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita 
akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh 
kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, 
kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan 
penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas 
ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. 
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang 
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas 
berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi 
ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga 
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita 
kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang 
dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan 
lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi 
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang 
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 
rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang 
berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang 
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak 
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang 
banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah 
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam 
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di 
sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan 
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun 
malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama 
yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu 
mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu 
merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, 
dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sumber : CDRW di http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=60204

Ada satu kajian yg dibuat di barat yg mengatakan bahawa di kepala kita ada
satu kawasan yg mana darah takkan sampai. cara utk darah mengalir kebahagian
tu adalah dgn melakukan perbuatan sujud. profesor neurologi yg menjalankan 
kajian ini, kagum dgn cara sembahyang cara Islam dan akhirnya memeluk islam.

Peredaran darah ke bahagian itu sgt penting utk mengurangkan lagi kanser otak