Ya Allah, aku memohon kepadaMu, keselamatan bagi diriku, isteriku dan [anak]ku dalam perjalananku sepanjang hidupku.
Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, janganlah Engkau beri ujian yang Engkau tidak beri kemampuan bagi diriku untuk mengatasinya.
Ya Allah Ya Tuhanku, matikanlah daku dalamn keadaan tidak menyusahkan orang lain sebelum kematianku, kecuali orang orang yang menguruskan mayatku. Jadikanlah orang orang yang menguruskan mayatku sebagai orang orang yang Engkau rahmati.
Ya Allah, ketemukanlah daku dengan jodohku dalamasa terdekat ini dan jadikanlah aku suka kepadanya.
Ya Allah, berikanlah daku perasaan kasih, sayang dan cinta...
Ya Allah, jika engkau hendak memerintahkan malaikatmu mengambil nyawaku, ambillah ketika daku dalam keadaan sihat.
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dari limpah rahmatmu, ketenteraman dalam perasaan, jiwa dan hidupku.
Ya Allah aku memohon rahmatmu bagi setiap keputusan dan jalan yang aku pilih.
"Ya Allah, rasanya sudah tidak ada apa lagi yang aku mahu kejarkan di dunia ini, jadi, panggillah aku kembali kepadaMu. Jika Engkau mahu memanjangkan umurku, berilah akau rezeki yang baik dan jalan untuk memperbaiki amalanku dan jalan untuk berbakti kepada manusia."