E-Melkan sumbangan anda.


Pasal Cikgu...

Ucapan favourite : "Awak buat kerja sendiri".
Tadi, pukul 11.15 pagi 24-4-08, kawan sekerja saya beritahu bahawa seorang guru sekolah anaknya bagi subjek xxxxxx sudah tidak datang mengajar selama dua minggu. Pada satu hari, Guru Besar sekolah telah lalu depan kelas dan mendapati tiada guru yang mengajar. Dia masuk ke kelas dan memanggil ketua kelas, kemudian memarahi ketua kelas : "kenapa awak tak cuba cari guru gantian subjek ini. Awak pergilah ke bilik guru dan cari kat papan kenyataan siapa guru yang sepatutnya mengajar hari ni. Lepas tu awak pergi cari cikgu tu". Ketua kelas pun pergi ke papan kenyataan di bilik guru dan mengetahui siapakah guru gantian. Dia dapati guru gantian tiada di bilik guru. Dia kemudian cari kat beberapa kelas.Tak jumpa. Dia jumpa cikgu tu tengah makan kat kantin. Lalu ketua kelas beritahu cikgu itu bahawa guru besar suruh cikgu masuk kelas. Cikgu itu menjawab : "Laaa kenapa awak tak cari saya awal-awal masa loceng bunyi tadi, kan sekarang saya tengah makan ni. Awak masuk dulu kat kelas".
Pada satu hari saya telah datang ke sekolah dan kerana ada hal telah masuk ke bilik guru. Bila masuk, saya dapati di satu sofa panjang ada seorang guru muda lelaki di kerumuni oleh guru-guru perempuan, satu dikirinya, dua dikanannya dan satu dari arah belakangnya, sambil bercakap-cakap yang agak meremangkan. Mereka duduk rapat-rapat dan sentuh menyentuh-menyentuh. Ada juga guru-guru lain di bilik guru di tempat duduk masing-masing tapi mereka nampak tak kisah dengan suasana lekat-melekat itu.