Sumbangan anda.
Cadangan aje..
Sistem persekolahan setahun menyebabkan pelajar yang lahir pada hujung tahun agak rugi dibandingkan dengan yang lahir pada awal tahun. Perbezaan umur hampir setahun ini memberi kesan kepada keputusan peperiksaan. Tentu pelajar yang lahir dulu setahun atau 10 bulan lebih dewasa dan lebih pandai dari pelajar yang lahir kemudian. Tidak sesuai membandingkan keputusan peperiksaan antara mereka walaupun mereka mengambil peperiksaan yang sama. Yang lebih parah ialah ini memberi kesan kepada kelayakan menerima biasiswa dan lain-lain kemudahan pelajaran. Adalah dicadangkan sistem persekolahan dijadikan 6 bulan bukan setahun untuk mengurangkan jarak perbezaan umur supaya perbandingan hasil peperiksaan tidak terlalu menonjol.
Kalau boleh saya nak lihat notebook atau laptop yang mouse-pad nya di sebelah kanan supaya senang nak guna :
Jangan potong cuti umum tetapi potonglah cuti tahunan kakitangan awam yang berlambak-lambak itu. Pekerja swasta bukan hamba kepada kakitangan kerajaan.

Untuk menjimatkan penggunaan air, garispusat corong kepala paip hendaklah di kecilkan lagi dari saiz sekarang. Ini boleh dilakukan oleh pengilang-pengilang kepala paip. Kerajaan boleh mengeluarkan undang-undang yang menyatakan pengeluar kepala paip hendaklah mengeluarkan kepala paip yang saiz corongnya lebih kecil dari saiz sekarang.
How to deal with hunger strike :
1. Make it a law that hunger strike is illegal, just like suicide or injuring own-self. BTW Islam prohibits such actions, and Malaysia is a Islamic country.
2. Allow the authorithy to put food into the body of those persons, by injection or any other means.
Peti emel untuk setiap rakyat. Buat cadangan kepada kerajaan supaya setiap orang di Malaysia diberi peti emel. Server emel hendaklah dikendali oleh kerajaan. Kegunaan emel ini ialah khusus untuk digunakan oleh pihak kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada setiap rakyat.
Pada masa ini, pihak kerajaan menyampaikan maklumat melalui surat atau iklan-iklan di surat khabar. Untuk menggunakan, setiap orang hendaklah mempunyai password sendiri supaya peti emelnya tidak boleh dibuka oleh orang lain. Pengendali server hendaklah mempastikan bahawa hanya pihak kerajaan atau jabatan kerajaan yang boleh menghantar emel ke server itu. Pihak kerajaan boleh juga memperolehi pendapatan melalui iklan-iklan atau pihak-pihak bukan kerajaan yang menumpangguna server untuk menyampaikan maklumat atau mengiklan (perlu dihadkan). Kanak-kanak yang belum dewasa atau bayi baru lahir juga mesti diberi peti emel berdasarkan nombor kad pengenalan, bagaimanapun ibubapa lah yang bertanggungjawab membuka emel itu. Kerajaan hendaklah mewajibkan, melaui undang-undang bahawa setiap orang membuka emelnya (atau anak-anak dibawah jagaannya) sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Sistem ini boleh lah dipanggil Sistem Emel Negara (SEN). Kerajaan hendaklah mempastikan setiap orang mempunyai akses kepada komputer, internet dan boleh menggunakan emel.
Peti emel ini hendaklah percuma. Pengguna tidak boleh dibenarkan menghantar emel melalui sistem ini (Tiada kemudahan menghantar emel diberikan).