Home
Sumbangan anda.

Binatang boleh berfikir...

Manusia dikatakan boleh berfikir. Bagaimanapun tiada bukti secara saintifik dapat diberi bahawa seseorang itu boleh berfikir. Kita mengatakan seseorang itu boleh berfikir berdasarkan tindak-tanduknya atau reaksinya. Dari itu, kita dapati binatang juga boleh berfikir berdasarkan reaksinya dan tindakannya yang kita lihat.


Burung-burung Raptor yang terbang berpindah dari utara bumi ke selatan bumi pada musim tertentu memilih Tanjung Tuan di Melaka sebagai tempat persinggahan di Malaysia dari tempat persinggahan sebelumnya di Sumatera. Antara Sumatera dan Tanjung Tuan adalah jarak terpendek yang merentangi Selat Melaka. Kebetulan atau berfikiran ?