Bahasa Malaysia
Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Malaysia, bukan lagi Bahasa Melayu.
Bahasa Malaysia adalah kepunyaan penduduk Malaysia, bukan etnik Melayu sahaja.
Di masa depan, etnik-etnik Cina, India, Iban, kadazan dan sebagainya boleh berjuang untuk memasukkan suku-suku kata dalam bahasa masing-masing kedalam Bahasa Melaysia.
Orang-orang Melayu mestilah bersedia untuk menerima kehadiran perkataan-perkataan Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya kedalam Bahasa Malaysia. Jangan lupa juga, istilah-istilah agama yang dianuti oleh orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan berada dalam kamus Bahasa Malaysia.
Sebuah badan yang serupa seperti Dewan Bahasa Dan pustaka perlu diujudkan untuk bertanggungjawab terhadap perkembangan dan standad Bahasa Malaysia. Selama ini DBP bertanggungjawab keatas Bahasa Melayu, jadi tidak mungkin DBP akan terpaksa mengendali dua bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia).