E-Melkan Sumbangan anda.

Asas Masak
Asas Tumis
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar + bawang putih + cili merah atau cili boh + ikan bilis + garam + ajinomoto. Bahan-bahan itu boleh ditumbuk sedikit dahulu jika anda mau. Goreng hingga keluar bau. Kegunaan tumis untuk menghasilkan rasa, menghasilkan bau, dan membuang bau bahan asal yg hendak ditumis.

Masak sardin
Buat Tumis dahulu. Masukkan sardin. Tambah air sepatutnya. Tunggu hingga masak.

Masak ikan asam pedas adabi
Buat tumis dahulu. Masukkan perencah asam pedas adabi. Tambah air. Masukkan ikan. Masak.

Masak kuah asam
Buat tumis dahulu. Bancuh air asam jawa. Masukkan air. Masak hingga mendidih.

Masak kuah asam + ikan
Buat tumis dahulu. Bancuh air asam jawa. Masukkan air. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.

Masak kuah bening
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Tambah air. Masak hingga mendidih.

Masak kuah bening + ikan
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Tambah air. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.

Masak kuah sup bunjut
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Tambah air. Masukkan sup bunjut. Masak hingga mendidih.

Masak kuah sup bunjut + kentang
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Tambah air. masukkan kentang. Masukkan sup bunjut. Masak hingga mendidih.

Masak kuah sup bunjut + kentang + ikan
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Tambah air. Masukkan kentang. Masukkan sup bunjut. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.

Masak kuah sup bunjut + kentang + ayam
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Tambah air. Masukkan kentang. Masukkan sup bunjut. Masukkan ayam. Masak hingga mendidih.

Masak kicap + ayam
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Masukkan kicap. Tambah air masak. Masukkan kentang. Masukkan ayam. Masak hingga mendidih.

Masak kicap + ikan
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Masukkan kicap. Tambah air masak. Masukkan kentang. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.

Masak kari
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Masukkan kari. Tambah air masak. Masukkan kentang. Masukkan susu yg tak manis. Masak hingga mendidih.

Masak kari + ikan
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Masukkan kari. Tambah air masak. Masukkan kentang. Masukkan susu yg tak manis. Masukkan ikan. Masak hingga mendidih.

Masak kari + daging
Tumiskan bawang + cili merah + garam + ajinomoto. Masukkan kari. Tambah air masak. Masukkan kentang. Masukkan susu yg tak manis. Masukkan daging. Masak hingga mendidih.
Saiz api adalah penting. Biasanya api yang terlalu besar menjadi punca masakan kita tak berapa sedap. Guna api yang kecil saja walaupun ini melambatkan sedikit tempoh masak.
Masak bubur nasi ayam

Bahan-Bahan:

1 pot beras
100gm daging ayam - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 ulas bawang putih - dicincang
1-2 ulas bawang merah-dicincang
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Daun bawang & bawang goreng - buat tabur

Cara:

1.Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia sampai wangi. Tuangkan air secukupnya dan didihkan.
2. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sampai menjadi bubur.
3. Bubuh daging ayam, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Hidangkan bubur nasi dalam mangkuk bubur dan taburkan daun bawang dan bawang goreng di atasnya.
5. Boleh dimakan panas atau sejuk utk sarapan pagi atau malam.

Sumber : http://mamaera.fotopages.com/?entry=1179453