Alam Kerja..
Selamat pagi bos. Kerja rajin-rajin ya bos. Kalau tak saya miss soru.
(Biarkan bos bekerja untuk kita).
Kadang-kadang, oleh kerana kita bekerja cepat dan pantas, kita dimangsakan oleh bos dan rakan-rakan.
Ada majikan yang berhempas pulas mencari punca penjimatan yang bernilai puluhan ringgit tetapi mengabaikan pembaziran yang bernilai beribu-ribu ringgit.
Bila kita mula bekerja di syarikat baru, diantara cabaran yang akan kita hadapi ialah ada diantara kakitangannya yang kuat menonjolkan diri bahawa mereka lebih 'senior' dari kita. Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu kelancaran tugas kita.
Kadang-kadang kita yang berjawatan lebih rendah perlu mendapatkan kerjasama dari seseorang yang berjawatan lebih tinggi. kalau dia enggan memberi kerjasama, kita boleh katakan padanya begini : "Ini bukan untuk saya tapi untuk syarikat".
Ramai beranggapan menurut arahan itu bukan tindakan bijak. Berusaha bagaimana mengatasi arahan itu dianggap tindakan bijak. Ramai yang mahu dianggap bijak.
Seorang pengurus atau ketua yang menipu akan meganggap staf bawahannya juga menipu, oleh itu dia akan lebih berhati-hati menaruh kepercayaan pada stafnya.
Ada kakitangan yang cekap dapat menghabiskan kerja awal tapi dihukum dengan melalukan kerja yang bukan kerja hakikinya.
Belajarlah memberi arahan sambil tersenyum.
Tidak semua pegawai bank, walaupun cukup senior, mahir dengan kerjanya. Satu hari, saya mahu memindahkan wang dari satu akaun bank A ke akaun bank B. Pegawai Bank A meminta saya mengemukakan salinan inbois. saya terpaksa menjelaskan : "Ini pindahan wang, bukan bayaran ". Dia menjawab : "Sori, dah lama saya tak buat proses ni".
Ada sesetengah pengurus yang tidak mahu menyimpan maklumat penting syarikat seperi nombor syarikat, nombor cukai pendapatan, nombor fax. Setiap kali dia nak pakai, dia akan tanya staf.
Ada bos yang berpegang pada motto : "Kakitangan kita ialah musuh kita."