e-mel ibh1@time.net. my
Sudut agama..
AlQuran mengandungi 6666 ayat. Hadith pula beratus ribu. Perasankah kita bahawa sepanjang tempoh hidup kita kehari ini, hanya beberapa kerat ayat Quran dan hadith yang disebut sebut, itu pun berulang-ulang, oleh para para penceramah agama di radio dan tv kita. Hadith dan ayat Quran yang gemar disebut oleh mereka ialah yg berkaitan dengan poligami. Apakah ayat ayat yang lain itu tidak relevan ? Apakah terdapat kesepakatan oleh para ilmuan agama untuk menyembunyikan sebahagian ayat-ayat dan Hadith yang lain ? Atau sebenarnya kita memang belum mempunyai para ilmuan yang lebih canggih ilmunya dan yang ada setakat ini takut atau tidak mampu untuk menyebut dan mentafsir ayat ayat yang lain itu ?
Perasankah kita, para ilmuan agama ini, dalam ceramah agama mereka, lebih banyak melahirkan pendapat mereka sendiri dari menyebut ayat Quran dan hadith. Kalau sejam ceramah mereka, hanya dua tiga ayat yang dibaca, selebihnya pendapat dan ulasan mereka, seolah olah ulasan mereka lebih relevan dari ayat Quran itu sendiri, sedangkan mereka sebagai ilmuan disuruh menyampaikan, kerana ayat Quran dan hadith itu mudah difahami, tidak begitu perlu ulasan yang berjela-jela.
Orang islam wajib patuh penguasa dan bersabar dengan karenah mereka ?
Islam adalah agama yang mesra-alam : tiada pembakaran yg mengeluarkan asap dalam mana mana upacara keagamaan (seperti dalam agama Hindu dan Buddha) atau pemotongan pokok-pokok (seperti dalam agama Kristian bila menyambut Krismas).
Pihak berkuasa India berjaya mengenakan undang-undang menghalang pemberian Dowry sedangkan ia adalah salahsatu ciri agama Hindu. Moga-moga tidak berlaku hal-hal seperti itu kepada agama islam di Malaysia.
Dalam beragama, kesusahan yang dialami bukanlah satu hukuman.
Jika kita menutup rahsia orang, Tuhan akan menutup rahsia kita.
Selepas kita berangan-angan jangan lupa memohon kepada Allah moga moga angan-angan kita itu jadi kenyataan.
Tidak berdosa kita berjanji nak kahwin dengan seseorang kemudian kita tak menunaikan janji tersebut kerana janji nak kahwin adalah termasuk dalam janji yang tidak sah.
Kita boleh mengira umur kita kerana ada putaran bumi dan matahari (yang konsisten).
Mendasarkan sesuatu kepada Allah adalah puncak keikhlasan.
Jenis darah anak tidak mengikut keturunan ibu atau bapanya.
Semasa kita di tadika dan belajar ABC, kita tak faham sikit pun apa guna ABC. Malah pengetahuan ABC semata mata memang tak berguna langsung. Tetapi, guru sebagai orang yang lebih mengetahui tetap juga mengajarkan pada kita. Guru tahu apa kegunaan ABC tapi bukan kita yang masih budak masa itu. Begitu juga dalam hal sembahyang dan lain lain rukun agama. Kalau nak difikirkan, memang kita tak tahu apa guna sembahyang dan lain lain rukun. Tidak ada kaitan saintifik, kata kita. Tapi, kalau kita belajar dari pengalaman masa tadika tadi bahawa Tuhan itu maha mengetahui, maka kita akan teruskan patuh melaksanakan rukun-rukun itu kerana Yang Maha Mengetahui itu lebih mengetahui kebaikannya untuk kita (
dan banyak kebaikannya telah pun diberitahu kepada kita).
Kesan zina kepada masyarakat dan keluarga dalam jangkamasa pendek dan panjang : Apabila seseorang melakukan zina, selepas itu ia akan memikirkan bahawa ia adalah seorang yang berdosa dan tidak layak menasihati orang, samada anaknya sendiri atau orang lain. Ia akan membiarkan perbuatan orang lain yang seumpamanya. Bukan setakat dirinya yang enggan memberi nasihat, tetapi ahli keluarga terdekatnya juga, seperti ibunya, bapanya, pakciknya dan makciknya. Masing-masing akan memikir ' siapakah aku yang akan memberi nasihat sedangkan ahli keluarga ku juga tidak betul. '. Akibatnya akan hilang budaya nasihat menasihati dikalangan ahli masyarakat. Apabila hilang budaya nasihat menasihati, maka pasti akan bertambah perbuatan perbuatan curang yang akan menghasilkan ahli ahli masyarakat yang sama bejatnya. Sebab itulah, antaranya, zina harus dihukum dengan seratus sebatan supaya jadi ingatan betapa seriusnya dan dalamnya kesannya, juga sebagai ganti bagi keengganan mulut mulut masyarakat untuk memberi nasihat.
Menutup kepala itu hukumnya Sunat (diberi pahala oleh Allah dan diamalkan oleh Rasulullah), tetapi ramai 'ulamak' moden yang enggan memakai penutup kepala kerana bagi mereka nilai pahala itu lebih rendah dari nilai seekor ikan bilis.
Teori dan penciptaan oleh seseorang tidak akan bermakna jika tiada respon dari orang lain. Siapakah yang 'mencipta' respon itu ?........jawapannya ialah Tuhan.
Bilal Bin Rabah adalah seorang yang 'bodoh' mengikut standad Islam moden terkini. Beliau disiksa kerana menganut Islam. Semasa disiksa beliau tak berhenti henti menyebut kalimah Allah. Kalau mengikut Islam 'Hadhari' sekarang, beliau sepatutnya berpura-pura dan hipokrit kepada orang-orang kafir yang menyiksa beliau. Beliau boleh berhenti dari menyebut nama Allah dan berpura-pura menjadi kafir supaya beliau dilepaskan. Tapi kerana dia 'bodoh' maka dia tak pandai bertektik dan berpura-pura. Malahan oran-orang Islam yangg lain pun tak cuba berbisik-bisik kepadanya supaya beliau berpura-pura sebentar. Malah suara orang 'bodoh' itulah yang kita tiru semasa orang Islam melaungkan azan sebelum mendirikan sembahyang.
Menasihati itu salahsatu cara kita beragama, tapi kita selalu mengelak dari memberi nasihat dengan alasan orang yang perlu dinasihati itu sudah besar panjang, sudah belajar tinggi dan sebagainya.
Sesuatu fakta itu benar pada ketika dan masa tertentu sahaja, walaupun ia memakan masa. Ia boleh menjadi tidak benar pada ketika dan masa lain. Fakta boleh berubah, hanya Tuhan yang tidak berubah.
Niat sangat penting. Usaha tanpa niat tak akan diberi pahala. Prinsip ini secara tidak disedari di amalkan oleh manusia sekular sekalipun, walaupun orang sekular tidak suka dengan konsep niat membawa pahala ini. Contohnya, dalam memberi hukuman kerana membunuh yang diamalkan oleh sekular, pesalah boleh jadi akan didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat atau membunuh dengan niat, dimana kadar hukuman akan berbeza berdasarkan niat. Begitulah pentingnya niat. Jadi kalau anda tidak puashati mengapa niat dipentingkan oleh agama, lihat diri sendiri dan manusia lain yg bertindak menghukum yang tidak berlandaskan agama.
Salah satu punca kita kurang khusyuk dalam sembahyang ialah sebab kita tergesa-gesa untuk menghabiskan sembahyang kerana mengejar masa. Sebenarnya jika kita sanggup meluangkan masa, Tuhan akan menggantikan masa itu dengan masa yang lebih baik.
"Syed Qutb mengulas dengan mengambil satu contoh Abdullah Ibnu Salam seorang pendita Yahudi yang menganut Islam meminta untuk beliau membaca kitab Taurat pada setiap hari sabtu seperti amalan sebelum. Nabi Muhammad s.a.w. merah padam dengan menyebut jika sekiranya Nabi Musa s.a. masih hidup nescaya banginda akan mengikut syariatku. Membaca kita Taurat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. pun salah,... (apatahlagi menggunakan corak pemikiran orang kafir sebagai asas pemikiran kita)" - Sumber : TranungkiteOnline.com
"Where was God" selalu ditanya oleh orang bukan Islam, samada Hindu atau Kristian dan lain-lain, apabila mereka ditimpa bencana, tetapi pertanyaan ini pasti tidak akan muncul dari mulut orang Islam, sebaliknya orang Islam akan terus saja berdoa memohon pertolongan Allah.