"Masa nak masuk kawasan sekolah, jangan lupa niat 'Sahaja aku masuk sekolah untuk belajar kerana Allah Ta'ala."
"Belajar rajin-rajin, hanya pelajaran yang dapat membantu mengubah nasib kita."
"Masa dalam kelas, beri tumpuan pada pelajaran."
"Anakku, jangan cepat percaya pada cakap orang lain, lebihkan percaya pada cakap keluarga sendiri".
"Anakku, sedarlah tentang umur kita. Umur anak sekarang sudah 11 tahun. Rasanya macam baru saja kan ?. Umur ayah sudah 60 ta5un. Umur 7 hingga 17 adalah umur belajar. Umur 18 hingga 23 adalah umur mencari hala tuju hidup. Umur 24 hingga 60 adalah masa untuk mencari rezeki. Umur 61 keatas adalah masa untuk ...."
"Anakku, masa kita kanak-kanak, kita ada kawan. Satu masa nanti, tiap-tiap seorang kawan akan ada hidupnya sendiri dan pergi jauh dari kita. Kita tidak boleh expect bahawa kawan kita akan sentiasa ada bersama kita. Begitu juga kita. Oleh itu, kita harus mempersiapkan diri untuk hidup dengan jalan kita sendiri. Untuk memprsiapkan diri adalah dengan belajar bersungguh-sungguh."
Wahai anakku, kita lahir ke dunia ini tanpa kita kehendaki. Yang mengkehendaki kita lahir ke dunia ini ialah Allah. Maka Allah jualah yang tahu mengapa kita di lahirkan ke dunia ini. Allah beritahu kita bahawa kita di lahirkan ke dunia ini ialah untuk memberi peluang kepada kita untuk mencapai masuk ke satu dunia lain yang lebih baik dan kekal dan lebih membahagiakan dari dunia yang ada sekarang. Dunia yang lain itu dinamakan syurga. Oleh itu gunakan peluang semasa hidup didunia ini untuk mencari bekalan untuk masuk ke dunia lain itu. Sama seperti sipereka baju, sibaju tidak tahu untuk apa dia direka, hanya pereka yang tahu. Bezanya baju dan kita ialah, walaupun sama-sama diciptakan tanpa kehendak masing-masing, tapi kita diberi matlamat.
Jangan buat jahat kerana berbuat jahat itu akan hanya menambah kejahatan.
jangan berkawan dengan orang jahat kerana orang jahat itu tidak boleh dipercayai.
Jika kamu bekerja dengan orang kafir atau berurusan dengan orang kafir, ketahuilah bahawa dasar sosial mereka berbeza dengan dasar sosial kita sebagai muslim. Oleh itu berhati-hatilah kerana mereka akan meyerlahkan dasar mereka yang bertentangan dengan dasar agama kita. Bukan mereka sengaja untuk mempengaruhi kita tapi, sudah menjadi lazim manusia untuk berlaku seperti apa yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu tidak perlu salahkan mereka. Tidak perlu juga kita meminta kita menghormati kita kerana menghormati orang lain bukan ada dalam dasar mereka. Kita yang harus berhati-hati dan kenali sempadan kita.
Berpada-pada dengan hiburan dan nyanyian. Jangan jadikan ia matlamat hidup.
Belajarlah dan berlatihlah memilih keutamaan, mengenalpasti yang mana lebih penting dan yang mana kurang penting.
Dulu baba rendam kaki dalam besen berisi air waktu malam masa belajar untuk menahan mengantuk.
Masa belajar, anggaplah diri bertanding sesama sendiri diantara kawan-kawan.
Jangan takut tentang rezeki.
Ucapkanlah "Alhamdulillah aku dapat belajar hari ini" bila sudah habis sekolah.
Dari semasa ke semasa beritahu anak-anak samada anda puashati dengan perangai mereka. kalau puashati, berikan hadiah untuk mereka seperti makan-makan, melancong dan sebagainya.
Beritahu anak tentang tempoh-tempoh dalam hidup seseorang dan bagaimana tempoh itu harus digunakan. Contohnya tempoh bayi, tempoh kanak-kanak, tempoh bersekolah rendah, tempoh bersekolah menengah, tempoh umur dua puluhan, tempoh kolej/universiti, tempoh tiga puluhan, tempoh 40an, tempoh 50an, tempoh 60an, tempoh tua, tempoh nak meninggal.
Jangan takut dengan apa yang belum terjadi.
Jangan ingat kita sahaja yang ada masalah, orang lain pun ada masalah.