Sumbangan anda.

Tip Microsoft Excel

Kegunaan kekunci Scroll Lock di kibod : Untuk mengunci sel aktif. Jika satu sel sedang aktif, kemudian anda ketuk kekunci ini, kemudian anda ketuk mana-mana kekunci berkepala anak panah, skrin akan skrol tapi sel aktif masih tetap sama iaitu pada sel yang asal tadi. Kotak 'Name box' juga masih memaparkan alamat sel aktif itu. Setelah anda skrol ke lain-lain skrin lalu anda ingin kembali ke sel aktif tadi, tekan sekali lagi kekunci Scroll Lock diikuti dengan kekunci Enter. Jika anda tekan kekunci Enter sedangkan ada sel yang sedang terkunci, maka sel yang terkunci akan beralih kepada sel yang berikutnya.
Biasakan mengguna fungsi SUBTOTAL untuk menggantikan fungsi SUM.