Teknik menipu
Kebanyakan orang mudah ditipu kerana sifat tamak mereka atau mereka dalam keadaan terdesak.
Semua peringkat orang boleh ditipu, samada orang itu berpelajaran tinggi atau tidak.
Berikut ialah beberapa teknik menipu yang dipungut dari berita-berita akhbar.
Tidak semua teknik ini sesuai untuk semua orang (bakal mangsa).
1. Beritahu kepada mangsa bahawa kawannya sedang dalam bahaya dan dia mesti membayar RMxxx,xxx untuk menyelamatkan mereka.
2. Beritahu kepada mangsa bahawa beliau mempunyai hutang dalam hidupnya sebelum dilahirkan dan dia mesti membayar RMxxx,xxx untuk menyelesaikannya.
3. Beritahu kepada mangsa bahawa beliau akan mendoakan mangsa supaya menjadi kaya dalam tempoh sebulan dan mesti membayar RMxxx,xxx sebagai deposit yang akan di'pulangkan'.
4. Beritahu kepada mangsa bahawa beliau akan mendoakan mangsa agar bapanya tidak mati bulan depan dan mesti membayar RMxxx,xxx sebagai deposit yang akan di'pulangkan'.
5. Dalam satu kes, sekumpulan penipu menghampiri pengawal keselamatan yang baru saja mengeluarkan wang sebanyak RM 1 juta dari sebuah bank. Penipu itu sebelum itu menaburkan beberapa keping wang dalam jarak beberapa meter dari pengawal. Penipu itu memberitahu pengawal bahawa ada wang jatuh dari beg yang dibawa pengawal tersebut. Pengawal yang mudah tertipu itu terus pergi mengutip wang wang yang bertaburan dan meninggalkan beg yang mengandungi wang sejuta itu. Bila pengawal itu habis mengutip wang dan kembali ke lokasi dimana dia meletakkna beg itu, dia dapati beg beg itu sudah hilang. Penipu pun tak dapat dikesan. Senang kan nak nipu ?
6. Tawarkan kerja melipat apa-apa dirumah. Pelanggan mestilah membayar untuk mendapatkan bahan kerja. Janjikan gaji jika kerja siap. Selepas pelanggan membayar, cabut !
Mangsa mestilah diyakinkan dengan teknik :
1. Bahawa penipu adalah orang yang pandai dan berwibawa dalam bidang-bidang tertentu.
2. Bahawa orang-orang kaya, ahli politik, pegawai polis dan sebagainya telah mendapat khidmatnya.
3. Penipu adalah orang yang baik, kuat beribadat dan sebagainya.
Sila lihat Kes 1
Bersambung....