E-Melkan Sumbangan anda.

Pelbagai petua...

Ubat Selsema - Panaskan secerek air hingga menggelegak. Masukkan dalam satu besen. Masukkan sejemput serbuk teh atau serbuk kopi. Titiskan 2 titis minyak geliga. Ambil gebar dan selimutkan seluruh badan anda dan besen itu dengan gebar tersebut. Tunggu hingga 10 minit. Bernafaslah seperti biasa. Anda akan berpeluh-peluh. (Awas, jangan titiskan lebih dari 2 titik minyak geliga - nanti terlalu panas buat badan anda). Ini adalah petua makcik-makcik kaum India - sumbangan D.Jaya
Hilangkan bekas jerawat - Ambil seotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan. Sumber : Ruangan Petua Nenek Berita Minggu
Lawaskan buang air besar... Makanlah ulam Jering muda.
Turunkan tekanan darah... Makanlah ulam Jering muda juga.
Menghalau nyamuk... Letakkan pokok serai hidup dalam bilik yang berkenaan.
Jika anda dibenci oleh seseorang melampau-lampau atau tanpa sebab yang nyata, cuba sedekahkan Al-fatihah kepada orang itu. Insya-Allah, kebenciannya akan berkurangan atau hilang.
Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba baca ayat Kursi 7 kali, sekali hembus kekanan, sekali hembus kekiri, sekali hembus ke depan, sekali hembus ke belakang, sekali hembus ke atas, sekali hembus kebawah dan sekali sedut nafas sendiri. Insya Allah.
Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba tadah tangan seperti berdoa, kemudian hembus padanya sekali, kemudian baca al-fatihah sekali, kemudian baca al-ikhlas sekali, baca al-falaq sekali, baca an-nas sekali, baca ayat kursi sekali. Sapukan pada seluruh badan. Cara ini dipanggil Ruqyah. Insya-Allah berkesan.
Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba tadah tangan seperti berdoa, kemudian baca surah an-nas 3 kali, sapukan pada seluruh badan, bermula dari atas kepala hingga ke kaki. Insya-Allah berkesan.
Untuk mendinding diri dari buatan jahat orang, cuba baca ayat kursi 11 kali, kemudian baca surah Yaasin 3 kali, berhenti pada setiap ayat yang berakhir dengan mubiiin, kemudian berdoa pada tiap-tiap akhir ayat itu minta dipulangkan kejahatan kepada pemiliknya atau doa yang seumpamanya..
Jika anak perempuan anda yang berumur sekitar 5 atau 7 tahun mengalami sakit-sakit ketika nak kencing, kencing keluar sedikit sahaja dan sakit, menyebabkan dia enggan kencing, kadang-kadang mula pening kepala, ini kemungkinan tanda-tanda dia dijangkiti urine infection (jangkitan kuman pada saluran kencing). Salur kencing kanak-kanak perempuan memang sensitif, perlu sentiasa bersih dan kering selepas buang air kecil. Ubatnya ialah rebus barli dan beri dia minum air rebusan barli itu berulang-ulang hingga kesakitan hilang. Jika dia enggan minum kerana tak sedap, campurkan air rebusan barli itu dengan gula batu atau sirap. Selepas itu, pastikan dia kerap minum air. Badan kering juga punca mudah dijangkiti.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner).
Minum air hanya selepas 15-30 minit selepas makan.
Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang.
Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.
ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (erjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc.
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"
Jangan pukul jejari anak yang masih kecil, ini akan menyebabkan dia tidak dapat memegang sesuatu dengan kuat bila ia besar nanti (pegangannya selalu terlepas).
Jika anda mencari sesuatu benda tetapi tidak terjumpa kerana terlupa atau sebagainya, bacalah ayat 58 Surah Yaasin : Salaamun-kaulam-mirraa-bur_rahiiim : (Selamat, perkataan dari Tuhan yang maha pengasih). Insya-Allah anda akan mendapat petunjuk.
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Sumber : Anonymous email
Ubat resdung atau perit dalam hidung : Titiskan air garam ke lubang kiri hidung sambil menyengetkan kepala anda supaya air garam itu keluar melalui lubang kanan hidung. Ulang dari lubang kanan hidung pula. Ulang selama 3 hari. (Sumber : Jaya).
Menghilangkan bau busuk kaki atau menghilangkan gatal-gatal di tapak kaki : Anda biasa buat teh-o kan ? Kali ini, jangan minum teh-o itu tapi rendam kaki anda di teh-o yang suam-suam kuku selama 15 minit. Ulang selama 2 atau 3 hari. Anda boleh juga gantikan teh-o suam itu dengan teh=o ais. (Sumber : Jaya dan Carol).
Simpan air kosong dalam cawan dan tutup. Lakukan selepas maghrib. Minum air tersebut pada pagi esoknya. Amalkan setiap hari. Insya-Allah anda akan sihat dan segar. (Sumber : Silmi Fiza)
Doa ini untuk dibaca jika anda memohon diberi kemudahan dalam urusan : Rabbi Yassir wala tu'assir. Bacaan penuhnya ialah : Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin. (Sumber : Sabariah).
Untuk mengubat batuk dan selesema, bancuh serbuk kayu manis dengan madu dalam sesudu besar kemudian telan. Untuk membuat serbuk kayu manis, kisar atau blender bebatang kayu manis secukupnya. Jika anda tiada pengisar, boleh juga rendam kayu manis dalam air panas beberapa ketika sebelum mencampurkan dengan madu asli dan minum.
Untuk mengubat batuk, gaulkan kapur dengan madu, kemudian sapukan pada leher (tekak) anda. Ini akan segera menarik kahak dari kerongkong.
Jika anda sakit dikeliling pinggang disebabkan batu karang, cuba minum ice-cream soda. Insya-Allah sembuh.
Mengubat sakit kepala - campurkan minuman isotonik dengan air masak dan minum.
Mengubat sakit kepala - rendam kaki kedalam besen mengandungi air suam.

Hilangkan bulu ketiak - Celupkan ibu kunyit kedalam kapur sirih dan gosokkan di ketiak. Biarkan beberapa minit. Bilas. Ulangi beberapi kali (sehari sekali atau dua kali hingga beberapa hari).: Sumber : Kosmo 12.4.2010.
Merawat kencing kotor - Kisar lobak putih bersama garam bukit. Campurkan air. Minum. Lakukan sehari sekali atau dua kali. Ulangi hingga beberapa hari.: Sumber Kosmo 12.4.2010.
Haluskan bulu roma - Ambil dua ulas bawang merah. Tumbuk hingga lumat. Lumurkan pada tempat yang ada bulu roma. Biarkan beberapa minit hingga kering. Ulangi hingga beberapa minggu.