![]()

Buku ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang belum percaya kepada adanya perkara ghaib, hantu dan syaitan dan gejala seumpamanya yang sentiasa cuba mengganggu kehidupan manusia. Saya, seperti anda, dahulu tidak percaya kepada perkara seperti ini, menganggap hal ini adalah tahyul, tidak boleh di buktikan dengan cara saintifik, kerana kita dimomokkan dengan kecanggihan sains dan teknologi, hingga menafikan apa saja yang tidak saintifik. Setelah terkena sendiri, pandangan saya berubah. Bagi saya sekarang, sains dan teknologi tidak boleh menafikan keujudan dimensi selainnya. Keduanya ujud seiring. Memang,hantu dan syaitan tidak menyerang semua orang, anda mungkin belum dijadikan mangsanya. Kerana anda belum menerima serangan, tidak bermakna gejala itu tidak ujud, cuma anda belum dihidunya. Ya, berdoalah supaya anda tidak diserang, tapi jangan menafikan ujudnya. Selamat membaca.
Kepada yang sudah percaya, buku ini boleh menjadi tambahan kepada koleksi anda.
Buku ini mengisahkan satu kisah benar yang dialami oleh penulis sendiri sepanjang perkahwinannya yang berlangsung selama hampir dua belas tahun. Apa yang mahu diceritakan ialah kejadian-kejadian anih dan pelik yang berlaku sepanjang tempoh itu. Penulis juga memasukkan beberapa peristiwa yang bukan pelik atau anih tetapi mungkin boleh dikaitkan dengan kejadian-kejadian yang anih dan pelik itu.
Penulis berpendirian untuk tidak mendedahkan diri untuk menjaga nama baik pihak-pihak yang berkaitan dengan kisah ini. Pembaca mungkin boleh membuat tekaan atau andaian tetapi andaian dan tekaan itu adalah diluar pengetahuan penulis dan penulis tidak bertanggungjawab keatasnya. Seeloknya penulis meminta pembaca supaya tidak membuat tekaan atau andaian berkenaan pihak yang berkaiatan dengan kejadian-kejadian anih dan pelik yang dipaparkan dalam buku ini.
Pada pandangan penulis sendiri, buku ini tidaklah hebat. Apa yang penting ialah kesahihan cerita ini, dan bilangan peristiwa-peristiwa anih yang banyak yang berlaku dalam hanya satu rumahtangga. Penulis berani berkata bahawa fenomena ini begitu jarang berlaku pada rumahtangga lain, berdasarkan tiada buku seumpama ini diterbitkan, sepanjang pengetahuan penulis.
Saya berharap para pembaca bersabar dengan gaya bahasa penulis jika anda dapati ianya kurang lancar. Ini adalah karya penulis yang pertama (dan mungkin yang terakhir) dalam penulisan kisah misteri. Jadi, penulis bukanlah biasa menulis buku seperti ini dan sudah tentu juga kurang mahir dengan teknik dan tektik penulisan kisah-kisah misteri. Inilah sahaja kisa-kisah misteri yang penulis alami, dengan sebenar-benarnya, dimana penulis berpendapat kisah ini perlu dikongsi bersama orang lain semoga dapat dijadikan iktibar dan panduan.
Dulu saya memang tak percaya adanya mahluk-mahluk yang boleh mengganggu orang, maklumlah dulu masa zaman saya muda, memang tengah ada satu macam suasana anti-tahyul. Dikatakan, ini zaman sains dan teknologi, mana ada benda-benda ghaib, kata kebanyakan orang masa itu. Tetapi bila saya sendiri mengalami, sekarang saya 100% percaya. Kalau ada orang cakap pada saya dia tak percaya perkara tahyul, saya hanya gelak dalam hati - kadang-kadang saya berharap sendiri agar dia mengalami sendiri satu masa nanti, baru padan muka. Nasihat saya kepada orang yang tidak percaya ialah supaya anda percaya dan berdoalah supaya anda tidak mengalaminya atau diganggunya.
S ialah bekas isteriku. Sepanjang perkahwinan dengannya lah kami mengalami banyak kejadian-kejadian anih dan pelik, samada dalam rumah atau di luar rumah.
Semasa aku mengenali S, aku tinggal di Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur.
Aku mengenali S melalui seorang yang aku kenali secara tidak langsung. Ketika itu aku sedang duduk-duduk sambil minum seorang diri di satu gerai minuman di Kompleks Ipoh di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Seorang lelaki meminta izin untuk duduk semeja dengan aku. Aku setuju. Kami pun berbual-bual. Dalamasa berual itu lah dia menyatakan dia boleh memperkenalkan saya dengan seseorang. Dia mengatakan, akan menghubungi gadis berkenaan untuk menemukan dengan saya.
Selepas seminggu, dia menghubungi aku dan menyatakan dia telah menghubungi gadis berkenaan dan gadis itu bersetuju untuk bersemuka denganku.
Pada hari yang ditentukan, aku sampai dulu ke pejabat lelaki berkenaan selepas pulang dari pejabat di Jalan Duta dalam pukul 6 ptg. Tidak lama kemudian, gadis itu pun sampai. Kami diperkenalkan.
(Pada masa aku menulis buku ini, aku sudah lupa nama lelaki berkenaan. Kami hampir tidak berhubung langsung).
(Hmm.. tiada apa yang pelik dalam bab ini, hanya saya menceritakan detik satu perkenalan).

Selepas kami diperkenalkan, kami pun membawa diri. Kami masuk ke sebuah restoran berdekatan dan berbual-bual disana. Restoran itu mempunyai bilik-bilik bercermin khusus untuk mereka yang mahu privacy.
Setelah duduk, saya agak terkejut bila mendapati S mengeluarkan kotak rokok lalu mengambil sebatang dan memasang api rokok kemudian menghisapnya. Dia kemudian bercerita tentang tugas dan kerjanya dan kami pun berbual-bual. Sambil berbual-bual saya perhatikan bahawa S bukanlah perokok sebenar, berdasarkan cara dia memegang puntung rokok dan cara dia menghembuskan asap rokoknya. Saya fikir mungkin dia mahu menghilangkan gemuruhnya. Saya tidak pula bertanya samada dia seorang perokok kerana saya percaya saya boleh mengetahuinya bila telah lama berkenalan nanti.
(Memang benar, setelah beberapa bulan berkenalan dan berjumpa banyak kali, saya tidak pernah nampak lagi dia menghisap rokok).
Saya memasukkan tajuk ini kerana saya syak tentang adanya hubungkait berikut : Kemungkinan S menghisap rokok dan menghembuskan asap rokok sebagai cara untuk ‘menangkap’ saya supaya saya suka terus kepadanya. Dia mungkin mendapat petua ini daripada neneknya. Anda akan mendapat beberapa cerita lagi tentang nenek in kemudian nanti.
Setelah lama berbual, saya menghantar S pulang ke rumahnya di Kawasan Melayu, Petaling Jaya.

Satu hari saya diajak oleh isteri ke kedai makan kepunyaan nenek saudaranya itu di satu medan selera di Seksyen 14 Petaling Jaya.
Setelah sampai, kami pun menempah makanan lalu duduk. Dipendekkan cerita, isteri saya memberitahu bahawa nenek itu mempunyai kebolehan istimewa untuk menarik pelanggan ke kedainya. Tidak lama kami menjamah makanan, nenek itu yang dari tadi sibuk melayan pelanggan, duduk di meja kami. Isteri saya berbual-bual biasa dengan nenek.
Satu ketika, isteri saya berkata kepada nenek : “Cuba yang tu”. Saya tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh isteri saya. Bagaimanapun, isteri saya melihat kepada seorang lelaki yang baru memasuki medan selera itu. Nenek menjawab : “Boleh”.
Nenek itu pun nampaknya seperti memfokus pada lelaki tadi yang sedang masuk kedalam medan selera. Isteri saya berkata kepada saya : “Abang tengok ya, lelaki tu pasti akan datang makan ke kedai nenek”. Saya pun menunggu. Saya masih kurang pasti apa yang dimaksudkan.
Lelaki tadi mula-mula bergerak menjauhi gerai nenek kearah hujung medan, melewati beberapa gerai lain, kemudian berpusing semula, lalu duduk disalah satu meja dikawasan kedai nenek. Pekerja gerai nenek kemudian melayan lelaki itu dengan bertanyakan makanan yang mahu dipesannya.
Saya dan isteri tidak berkata apa-apa. Kami menghabiskan makanan, kemudian berbual sebentar lalu meminta diri beredar. Saya tidak pasti samada ini benar hasil ilmu nenek atau hanya kebetulan.

Semuanya menggembirakan hati dari tarikh berkenalan hingga bertunang. Begitu juga sehingga pada pagi hari aku patut bertolak dari rumah (di Muar) ke majlis bernikah (di Melaka). (Keluarga S berpindah ke Melaka dari Petaling Jaya setelah ayahnya berpencen Telekom).
Pada jam dimana rombongan mahu bertolak, aku mula merasa panas dalam badan. Pandangan saya mulai sedikit berpinar. Bagaimanapun aku masih dapat mengawal keadaan dan melakukan perkara yang perlu serta bersembang atau bergurau dengan ahli-ahli rombongan yang rata-rata adalah saudara-mara sendiri. Perasaan gelisah juga dapat saya kawal.
Jarak perjalanan dari rumah di Muar ke destinasi di Melaka lebih kurang 50 kilometer. Sepanjang perjalanan, aku semakin resah kerana dalam badan terasa panas dan tak keruan. Dalam otak seperti ada kebas-kebas dan sekeliling mata berpinar. Sekeliling dahi terasa kebas dan susah nak berfikir.
Apabila sampai lebihkurang 300 meter dari rumah bakal pengantin perempuan, keluh-kesah dan resah saya semakin tidak tertahan. Ada dorongan dan bisikan dalam dada dan kepala supaya saya tidak meneruskan pernikahan. Panas dalam badan berterusan.
Saya berkata kepada pemandu kereta yang saya naiki : “Berhenti”. Dia bertanya : “Kenapa ?”. Saya kata lagi : “Berhenti. Berhenti”. Lalu dia pun memberhentikan kereta di bahu jalan. Tiga buah kereta lain yang mengiringi turut berhenti dibahu jalan.
Selepas berhenti, saya berkata : “Kita patah balik”. Pemandu saya bertanya : “Kenapa ni ?”. Saya kata : “Patah balik”. Pemandu keluar dan berbincang dengan anggota rombongan yang lain. Keadaan saya masa tu memang berterusan tidak keruan, panas, risau, rimas, fikiran kusut dan macam-macam lagi.
Seorang demi seorang ahli rombongan berjumpa saya dan memberi nasihat. “Tak baik buat macam ni, kesian dia orang dah bersiap sedia. Lagi pun dah dekat sangat ni. Teruskan saja lah.”. Itulah antara nasihat yang masuk dek akal saya. Saya pun kata “Ye lah” tapi mereka memang tak faham dengan apa yang sedang saya alami. Saya tidak tahu apa yang menyerang badan dan fikiran saya. Saya bukan mahu mempermainkan sesiapa.
Selepas itu, rombongan pun bergerak kerumah pengantin perempuan. Sampai disana, kami diminta pergi ke mesjid berdekatan kerana upacara nikah akan diadakan di masjid. Dipendekkan cerita, upacara nikah pun selamat diadakan di mesjid sekitar jam 11 pagi dan kami pulang ke rumah pengantin perempuan untuk majlis bersanding pula. Kami ditempatkan disebuah rumah jiran untuk menunggu masa makan dan bersanding jam 3 petang nanti.
Sepanjang tempoh itu, badan saya berterusan panas dan rimas dan menjadi letih, seakan-akan jadi zombi pulak.

Pada pukul 3 petang, saya berada di rumah jiran pengantin perempuan. Di sana saya disiapkan oleh mak andam dengan memakai sepersalinan baju pengantin lelaki. Selepas memakai baju pengantin, acara seterusnya ialah diarak ke rumah pengantin perempuan dengan kumpulan kompang. Selepas itu bersanding. Bersanding agak lama, dan membosankan. Saya juga ingat, pada masa itu keadaan saya yang resah dalam badan masih tetap sama tapi saya masih mampu tersenyum. Acara bersanding kemudian siap, lalu kami pergi makan berdamai. Habis makan, kami pun menuju ke bilik untuk berehat. Masa itu lebih kurang dalam pukul 5 petang.
Setelah masuk ke bilik, saya pun membuka songkok dan tengkolok. Kemudian saya membuka kain sampin. Setelah meletakkan sampin, saya terseluk poket baju pengantin saya. Saya kata terseluk kerana bukan niat saya untuk mengambil apa-apa dari poket baju itu. Saya terasa ada sesuatu benda. Masa itu isteri saya telah keluar dari bilik untuk urusan keluarga. Bila saya keluarkan dari poket, saya dapati ada lima ikatan kain berukuran lebih kurang 2 sentimeter setiap satu. Anda boleh bayangkan ikatannya seperti dodol yang di ikat dengan daun upih yang dijual di pasaraya, bezanya cuma saiznya kecil iaitu cuma 2 sentimeter. Saya melihat kelima-lima benda tersebut. Saya tak terasa takut atau seram, cuma hairan. Tertanya-tanya apa benda ni yang menyerupai tangkal dan dari mana datangnya. Saya cuba mengingat-ingat dari mula saya memakai baju itu hingga saya membukanya. Saya ingat bahawa semasa saya mula memakai baju itu, saya tidak terasa ada apa-apa dalam poket baju. Semasa saya memakai sampin juga, yang sepatutnya saya tersentuh-sentuh dengan poket baju, saya tidak merasa ada apa-apa dalam poket baju. Jadi bilakah masa tangkal-tangkal itu masuk kedalam poket ? Adakah mak andam telah memasukkan dari awal, tapi untuk apa ? (Hingga sekarang, mak andam tak ada meminta apa-apa semula dari saya, jika ada barangnya tertinggal atau tangkal untuk penenang pengantin). Hairan, memang hairan. Nasib baik saya bukan seorang yang penakut.
Saya kemudian letakkan kelima-lima tangkal itu diatas katil sambil terus memerhati dengan keheranan, lalu terus menukar baju.
Tidak lama kemudian, isteri saya masuk ke bilik. Saya tunjukkan tangka-tangkal itu padanya. Dia mengambil tangka-tangkal itu lalu bertanya : “Apa ni bang”. Saya kata saya tak tahu. Saya beritahu saya jumpa dalam poket baju pengantin dan tak tahu bila ia masuk dalam poket itu. Dia kemudian berkata : “Nanti saya beritahu emak.”, lalu dia keluar dari bilik dengan membawa benda-benda itu. Saya tidak mengikutnya tapi saya faham dia akan memberinya kepada ibunya.
(Dua hari kemudian, saya bertanya kepada isteri dimana benda-benda itu. Pada fikiran saya, saya teringin untuk memiliki benda itu sebab saya yang jumpa dan berada dalam baju pengantin yang saya pakai. Malangnya isteri saya memberitahu bahawa ibunya telah membuang benda-benda itu ke dalam sungai. Saya tidak bertanya sungai mana, tapi sungai yang paling dekat ialah Sungai Melaka, lebih kurang 5 km dari rumah. Saya terasa kesal tapi tak meluahkannya. Kesal kerana kemungkinan untuk mendapat tahu punca kehadiran benda-benda itu telah tiada. Kalaulah benda itu masih ada, tentu sesuatu boleh dilakukan).
Keesokan harinya, pada sebelah siang, kami sekeluarga dan beberapa orang saudara-mara menonton video majlis perkahwinan semalam. Salah satu perkara yang agak berlainan ialah bilamana didapati ayah mertua saya berjalan mundar-mandir di halaman rumah dengan kepantasan luar dari kebiasaan, seperti orang risau mencari-cari sesuatu. Sekejap berjalan ke satu arah kemudian berpatah balik dan begitulah berulang-ulang. Beliau tidak pula kelihatan bercakap-cakap dengan orang-orang yang bekerja di majlis itu.
Sebenarnya saya tidak begitu memerhati perkara ini sehinggalah salah seorang anak buah berkata : “Eh kenapa Pak Long macam tu.”. Selepas itu yang lain-lain pun perasan dan mengiakan bahawa gelagat ayah mertua pada hari itu memang agak berlainan. Isteri saya pun seperti agak merasa pelik dengan keadaan itu.
Sesungguhnya, bila saya fikirkan kembali sekarang ini, saya seperti mahu mengaitkan gelagat ayah mertua itu dengan kejadian-kejadian anih yang lain yang berlaku kepada rumahtangga saya, bagaimanapun kerana tiada bukti saintifik, hal ini saya pendamkan sahaja.

Saya mengetahui perkara ini sebulan selepas majlis bersanding, selepas saya terdengar ayah mertua marah-marah tetapi saya tidak jelas apa isunya. Dia sedang melahirkan kemarahannya di depan mak mertua, jadi saya tidak mahu campur kerana ini urusan orang tua. Dia bukan marahkan mak mertua tapi seseorang lain.
Sejam lepas tu, bila keadaan reda dan ayah mertua tiada di rumah, saya bertanya kepada isteri : “Kenapa tadi ?”. Isteri pun memberitahu saya. Dia memberitahu bahawa ayahnya marah pada seorang makciknya (sebelah maknya) kerana tidak mendengar kata-katanya. Ia berkenaan dengan beras yang digunakan semasa majlis perkahwinan dahulu. Ayah mertua mahu membeli sendiri beras itu tapi makcik itu berkeras supaya dia yang membeli. Apa yang berlaku rupanya ialah semasa majlis perkahwinan, ada satu kumpulan beras yang dimasak tidak mahu tanak. Ayah mertua menyalahkan makcik itu kerana membeli beras yang lama untuk dimasak. Akibatnya tukang masak membuang beras yang sedang di masak itu dan ayah mertua terpaksa membeli beras lagi dari kedai yang berdekatan. Selepas itu barulah nasi boleh ditanak.
Pada hari kejadian, ayah mertua telah merungut dan berkata sesuatu kepada makcik itu. Akibatnya, makcik telah tersinggung dan terus beredar dari majlis.
(Saya tidak mendengar kabar berita tentang makcik itu dalam tempoh yang lama, hampir sebelas tahun. Isteri saya dan keluarganya tidak pernah pergi ke rumah makcik itu dan begitu juga sebaliknya, walaupun semasa hariraya korban dan hariraya puasa atau ketika ada kenduri-kendara di rumah saudara-mara. Makcik itu boleh dikatakan telah menghilangkan diri. Bila saya tanya kepada isteri dimana makcik yang sorang ini, isteri saya sering berkata : “Tak tahu. Mungkin makcik E tahu”. (Makcik E ialah makciknya yang lain). Saya tanya balik : “Kenapa ?”. Dia menjawab : “Dia orang kan kawan baik.”. Saya tanya lagi : “Kalau makcik E tahu, tentu mak dan ayah pun tahu.”. Saya dijawab : “Entah”. Saya tak mahu pulak bertanya lanjut. Pada fikirain saya, mungkin kerana kemarahan keluarganya menyebabkan dia tak berminat untuk membicarakan perkara ini.
(Sebenarnya makcik ini janda dan tiada anak dan telah berumur sekitar 45 tahun pada masa itu. Dia bercerai setelah suaminya ditangkap polis kerana menghisap dadah).

Majlis bersanding telah berakhir. Kemudian, selepas waktu maghrib, ahli-ahli keluarga berkumpul di halaman rumah untuk berbual-bual dan makan-makan. Kami sebagai pengantin baru mengambil kesempatan ini untuk berkenal dengan saudara-mara dengan lebih dekat lagi.
Lebih kurang dalam pukul sembilan malam, ayah mertua memanggil kami berdua ke satu sudut. Kemudian dia berkata : “Sekejap lagi, abah akan memanggil kawan abah”. Saya dan isteri hanya berdiam diri. Saya pun menunggulah kedatangan kawan ayah mertua. Saya fikir, kawan ayah mertua ini tentulah agak istimewa kerana kami diajak ke satu sudut untuk menerima kedatangannya.
Kemudian saya melihat dan mendengar ayah mertua bercakap-cakap dalam bahasa yang tidak saya fahami. Nampaknya dia bercakap seorang diri kerana isteri saya juga tidak memandang kearahnya dan tidak bercakap sepatah pun. Saya agak, dia bercakap bahasa Siam.
Selepas habis bercakap Siam itu, ayah mertua berkata : “Sekejap lagi dia datang”. Saya pun tertunggu lagi.
Selang dua tiga minit, ayah mertua berkata lagi : “Haa, tu dia dah datang”. Saya tak nampak ada sesiapa yang baru datang atau sedang menuju ke rumah. Isteri saya kemudian bertanya : “Kat mana bah”. Ayah mertua menjawab : “Tu dekat pintu pagar”. Saya pun menoleh ke arah pintu pagar tetapi tidak nampak sesiapa pun disitu. Saya tidak pasti apakah reaksi isteri saya. Kemudian ayah mertua menyambung : “Ada tiga orang, pakai baju putih, pendek-pendek macam ni”, sambil menunjuk aras pinggangnya. Saya masih tak nampak sesiapa. Kemudian ayah mertua menyambung lagi : “Mereka ini akan menjaga awak berdua”. Saya masih tak faham. Isteri saya masih membisu. Selepas itu ayah mertua berkata : “Dah ye”, lalu beredar meninggalkan kami.
Saya tak tahu nak kata apa pada masa itu. Saya juga masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan tentang adanya makhluk tiga orang berbaju putih yang akan menjaga kami. Saya menyambung berbual-bual dan makan selepas itu.

Malam pertama ! Siapa yang tak tertunggu-tunggu malam pertama. Walapun penat sejak pagi dengan pelbagai acara, tapi kepenatan itu hanya menambah ‘kekuatan’. Patutlah para petani punya ramai anak, rupanya semakin penat, semakin bertenaga !
Tapi, bagiku, malam pertama ini begitu menyakitkan hati ! Sentuhan pada isteri seperti tidak menimbulkan syahwatku. Kulit tanganku seperti kebas. Aku menjadi tidak teringin untuk mencium isteriku yang sedang menunggu. Boleh katakan seluruh badanku tidak lagi ada aliran letrik yang mengejutkan bila tersentuh perempuan !
Kenapa jadi begini ? Apa dah jadi padaku ? Aku berkata pada isteri : “Kenapa ni Yang...”, merujuk kepada diriku sendiri. Dia hanya berdiam diri.
Selama ini nafsuku memang kuat. Tengok tumit perempuan pun aku dah terangsang. Tengok jari-jemari perempuan pun aku juga seronok dan naik nafsuku. Apa lagi bila melihat pangkal buah dada perempuan. Setiap kali, aku terpaksa berpura-pura buat tak nampak bila nafsu menyerangku dalam situasi seperti itu. Ikut nasihat agama : Jangan pandang dua kali.
Ah, malu aku mahu menceritakan hal ini dalam buku ini. Tapi aku percaya ada gunanya kepada pembaca tertentu.
Aku mula berpeluh. Aku terpaksa menggagahkan diri. Aku memaksa diri untuk mendapatkan semula berahiku. Aku menggunakan daya khayalanku dengan sekuat-kuatnya. Aku tidak mahu mengecewakan isteriku yang sedang menunggu. Aku menarik nafas dalam-dalam dan panjang beberapa kali. Aku cuba melupakan apa-apa saja yang cuba mengganggu konsentrasiku.
Akhirnya aku berjaya setelah dengan susah payah. Seksa macam nak mampus. Memenatkan.
Bagaimanapun, pada malam esoknya, segalanya berjalan lancar.
Untuk pengetahuan pembaca, dan meringkaskan cerita, keadaan ‘boleh’ dan ‘kurang boleh’ itu silih berganti. ‘Kurang boleh’ bermakna aku bersusah payah memaksa diriku untuk mendapatkan berahiku. Bagaimanapun, yang pasti, apa yang terasa sangat ialah, sentuhan-sentuhanku kurang membawa berahi pada diriku sendiri. Lapisan kulit badanku seperti kebas-kebas.
Satu ketika, aku terasa seperti dipermainkan. Ada sesuatu yang suka mempermainkan aku. Selama dua belas tahu berkahwin, begitulah keadaannya. Aku tidak dapat mencari jawapan yang jelas kenapa berlaku demikian yang bertentangan sama sekali dengan naluri berahi yang ada pada ku sebelum berkahwin.
Ada banyak ketika, bila berlaku ‘kurang boleh’, ketika aku hendak ‘menanam’, tiba-tiba ia jadi lembik. Tapi kemudian dengan sendirinya naik kembali. Semuanya seperti diluar kawalan aku sendiri. Ada sesuatu yang sedang mengawal dan bermain-main dengan naluriku.
(Selepas dua bulan berkahwin, aku berjumpa dengan Tabib Norjaee yang selalu keluar iklannya di suratkhabar. Aku datang ke pejabatnya di Chow Kit. Disana alat kelaminku dibelek-belek. Dia kata : “Tak ada apa-apa masalah”. Lega aku mendengarnya, tapi apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya, ada masalah).
(Empat bulan kemudian, aku bertemu pula dengan Dr Ismail Thamby di kliniknya di Damansara. Dia juga membuat pemeriksaan keatas alat kelaminku. Dia kata : “Normal”. Aku percaya pada kata-katanya kerana semasa memeriksa dia tidak ada memeriksa satu-satu bahagian berulang-ulang. Ini bermakna, tidak ada bahagian yang menimbulkan ‘saspek’. Bagi saya, kalau ada kawasan bermasalah, dia akan tertumpu dan memeriksa dengan lebih terperinci pada bahagian itu. Situasi ini sama seperti yang dilakukan oleh tabib Norjaee dahulu. Saya percaya tabib itu pun tidak menemui kawasan yang boleh disyaki bermasalah, sebab itu dia memeriksa dengan lancar.)
(Selepas aku bercerai, sekali lagi aku membuat pemeriksaan. Kali ini di Pusat Perubatan Selangor di Seksyen 20 Shah Alam. Sekali lagi alat kelaminku dibelek-belek oleh seorang doktor lelaki. Kali ini pemeriksaannya nampaknya lebih rapi kerana ada menggunakan mesin. Selepas habis memeriksa, doktor itu memberitahu : “Semua normal”. Kali ini aku lebih puas hati kerana dia memberikan sijil pengesahan... ada lebih kurang enam atau tujuh item pemeriksaan, dan semuanya di komen ‘normal’).

Selang seminggu, majlis bersanding diadakan pula di Muar. Sepanjang majlis itu kepala saya memang berpinar dan badan masih tetap panas. Pada masa itu memang saya tidak perasan bahawa gejala itu bukan sesuatu yang biasa. Hanya setelah berlaku perceraian barulah saya merasai perbezaan ketara berkenaan keadaan kepanasan badan dan keselesaan dalam kepala saya.
Majlis berjalan lancar. Dipendekkan cerita, dalam pukul sembilan malam, kami mula masuk beradu. Hampir semua orang telah balik ke rumah masing-masing, hanya tinggal beberapa orang yang rapat dengan makcik saya masih berbual-bual di dapur.
Mungkin kerana terlalu penat, kami tidak dapat melelapkan mata.
Kemudian dalam pukul sebelas malam, ketika saya berbaring dan mata menghadap keatas siling, saya terpandang beberapa ekor burung punai berada pada palang-palang angin diatas pintu bilik. Saya cuba membilang, antara lima atau enam ekor. Yang peliknya, mereka tidak mengeluarkan bunyi. Mereka berada rapat-rapat antara satu sama lain, seperti berbaris, walaupun badan mereka bergerak-gerak. Yang hairannya lagi, semua memandang kearah kami yang sedang berbaring di katil. Tidak ada yang menghalakan paruh mereka ke arah lain atau membelakangkan kami. Terfikir oleh saya seolah-olah burung-burung itu sedang memerhati kami ! Yang hairannya juga, burung-burung itu berada di atas pintu yang menghala ke bahagian sebelah dalam rumah, bukan dibahagian tingkap yang menghala ke luar rumah. Apa burung punai buat ditengah malam begini ?
Saya kemudian bangun dan cuba menghalau burung-burung itu. Saya libas-libaskan tangan saya kearah burung-burung itu sambil mengeluarkan bunyi Syoooohhh beberapa kali tapi burung-burung itu tidak berganjak. Memang tangan saya tidak dapat mencapai ke kedudukan burung-burung itu, ada lebih kurang tiga kaki lagi. Saya tidak terfikir pula untuk menggunakan penyapu atau kayu untuk menghalu mereka. Saya kemudian membiarkan mereka berada terus disitu dan saya baring semula.
Saya kemudian terfikir untuk memberitahu Pak Long saya yang sedang duduk di ruang tamu. Saya keluar dari bilik lalu duduk di depan Pak Long saya. Saya menceritakan padanya ada beberapa ekor burung punai diatas jejari angin di atas pintu, dan berkata saya rasa pelik dengan kehadiran burung-burung itu. Mungkin kerana kepenatan, Pak Cik tidak melayan apa yang saya cakapkan. Saya pun masuk semula ke bilik dan membiarkan burung-burung itu. Bila saya bangun pagi, mereka telah tiada lagi disitu.
Dari peristiwa kehadiran burung-burung punai itu, fikiran saya mula cuba menghubungkaitkan antara beberapa hal terdahulu. Dari saat saya mahu membatalkan pernikahan, hingga tentang makhluk yang dipanggil oleh oleh ayah mertua, kemudian terjumpanya tangkal-tangkal dalam baju pengantin saya, kesukaran saya untuk bermesra dengan isteri, beras yang tak mahu tanak, badan yang panas dan fikiran berpinar. Tentu ada kaitan Bagaimanapun, syak cuma tinggal syak tetapi saya tiada bukti saintifik ! Tinggallah perkara itu dalam benak saya.
Sebulan sebelum berkahwin, saya telah mencari sebuah rumah untuk didiami selepas berkahwin nanti. Saya memperoleh sebuah rumah teres tiga tingkat di Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur. Saya telah membawa bakal isteri (pada waktu itu) untuk melihat keadaan rumah itu dan dia setuju untuk tinggal disitu nanti.
Di Muar, kami tinggal selama tiga hari, kemudian kami pulang ke rumah sewa di Sentul itu.
Sebenarnya, semasa saya membooking rumah di Sentul itu, rumah itu masih diduduki oleh penyewa lain iaitu sepasang suami isteri. Mereka telah berjanji untuk keluar dari rumah itu sebelum kami masuk selepas kami berkahwin nanti. Lagi pun mereka ada masa lebih sebulan untuk keluar dari rumah itu, satu tempoh yang mencukupi.

Apabila kami pulang ke Sentul, kami pergi dahulu ke rumah tuan punya rumah untuk mengambil kunci. Apabila sampai disana, kami diberitahu bahawa penyewa yang dahulu belum keluar lagi. Walaupun saya tidak berasa puas hati, namun kami terpaksa juga masuk ke rumah sewa itu.
Penyewa itu memberitahu bahawa mereka belum mendapat rumah sewa baru dan meminta kami membenarkan mereka tinggal selama beberapa hari lagi. Kami tiada pilihan, ditambah dengan perasaan kasihan kepada mereka kerana suaminya bekerja sebagai buruh binaan. Lagi pun mereka berjanji untuk membayar sewa kepada kami.
Isteri saya tentulah tidak puashati dan mula menunjukkan muka masam, kepada saya dan suami isteri itu.
Selepas seminggu, mereka masih belum keluar lagi. Saya masih dapat bersabar, tetapi isteri saya sudah mula mengeluarkan ayat-ayat kesat kepada pasangan itu. Saya takut apa-apa terjadi, jadi saya mengingatkan isteri supaya jangan mengeluarkan ayat yang melukakan hati orang lain sebegitu rupa. Ini masa mereka susah, nanti mana tahu tiba masa kita pula.
Selepas dua minggu, mereka masih belum keluar lagi. Apa lagi, isteri saya makin bertambah marah. Pada satu pagi Isnin, sebelum kami pergi ke tempat kerja, semasa saya berada di tingkat atas, saya terdengar isteri saya bertengkar dengan isteri penyewa tadi di tingkat bawah. Suami perempuan tadi telah keluar ke tempat kerja awal-awal pagi lagi. Saya sudah dapat agak punca pertengkaran, jadi saya tidak begitu mahu mengambil tahu, lagi pun saya sedang bersiap untuk pergi kerja. Bila saya turun ke tingkat bawah, sudah tiada pertengkaran lagi.
Saya kemudian menghantar isteri ke tempat kerjanya di Petaling Jaya dengan kereta saya. Dalam perjalanan, isteri memberitahu dia sudah tak tahan lagi dan dia berterus-terang bahawa dia sudah memaki wanita itu. Saya sentiasa meminta isteri supaya bersabar dan beri masa beberapa hari lagi.
Pada petangnya, seperti biasa saya balik dari pejabat dalam pukul 5.30 petang dan sampai ke rumah dalam pukul enam petang. Sesampainya di rumah, saya dapati wanita penyewa itu sudah ada di rumah. Dia berada di ruang tamu, duduk bersila sambil berbual dengan seorang perempuan. Saya tidak menyapa mereka, hanya senyum sedikit, kemudian terus naik ke bilik saya di tingkat atas. Semasa saya masuk tadi, perempuan yang seorang lagi itu duduk membelakangkan saya, jadi saya tidak dapat melihat wajahnya. Dia memakai baju kurung berwarna cerah, bercorak-corak. Semasa saya melintasi mereka untuk naik ke atas, saya sempat memandang ke arah perempuan itu. Saya agak terkejut, kerana belum pernah terpandang perempuan yang berwajah seperti itu. Saya bukan mahu menghina, tetapi setakat mahu menggambarkan kepada anda. Pada fikiran saya, wanita berwajah seperti itu tidak akan berani keluar menunjukkan wajahnya di tempat awam, kerana malu, kecuali ia jenis wanita yang bersemangat kuat dan berfikiran kental, sebab itulah kita jarang atau tidak pernah menemui wanita berwajah seperti itu. Wajahnya berwarna hitam. Kalau anda ingat orang India berkulit hitam, ia lebih hitam dari itu. Hitam legam. Maafkan saya. Ditambah dengan jerawat batu yang pun kelihatan hitam juga. Matanya galak, dengan mata hitamnya juga berwarna hitam. Dia memandang saya sebentar, tanpa senyum. Saya terus naik keatas. Saya tidak turun semula. Apabila isteri saya pulang dan naik ke bilik lebih kurang setengah jam kemudian, saya bertanya samada perempuan itu masih ada dibawah. Isteri saya memberitahu dia tidak nampak sesiapa. Mungkin mereka berdua telah beredar dari rumah.
Pemandangan sekejap pada wanita itu membuat saya mengsyaki sesuatu yang kurang baik. Saya terfikir, ini ada kena mengena dengan sikap kasar isteri saya terhadap penyewa rumah kami. Saya takut wanita ini adalah bomoh jahat yang akan melakukan sesuatu perbomohan jahat terhadap isteri saya.

Selang dua hari, penyewa kami itu berpindah keluar dari rumah.
Seminggu selepas itu, berlaku peristiwa ini.
Pada suatu pagi ahad, seperti biasa saya terbangun dari tidur sekitar jam 6 pagi. Bila saya tersedar, saya dapati isteri saya sedang duduk berteleku sambil merenung kearah tingkap bilik. (Bilik kami ditingkat 2. Rumah sewa itu 3 tingkat - tingkat bawah, tingkat 1 dan tingkat 2). Saya tidak terus bertanya tapi saya perhatikan dulu kedua-dua arah iaitu arah tingkap itu dan keadaan isteri saya. Saya tidak nampak apa-apa. Selepas 2 atau 3 minit, isteri saya membaringkan semula badan tapi masih tetap merenung pada tingkap itu. Saya bertanya “You nampak apa ?”. Dia mendiamkan diri. Saya biarkan dulu. Saya bukan suka memaksa dengan bertanya bertubi-tubi. Selang beberapa minit saya bertanya lagi. Barulah isteri saya memberitahu : “Saya nampak kepala orang kat tepi tingkap”. Saya mendiamkan diri kerana saya tak nampak apa-apa. Saya lihat pada wajah isteri. Saya tidak nampak beliau takut atau terkejut. Saya tahu dia seorang yang berani dan tidak percaya pada benda-benda tahyul. Selepas itu kami saling mendiamkan diri, saya dengan perasaan heran dan isteri saya mungkin sedang memikirkan perkara itu. Kami mula membaca apa-apa saja ayat Quran yang kami ingat terutamanya ayat Kursi, berulang-ulang, hingga perasaan kami reda. Saya kemudian bangun untuk solat Subuh.
Apa yang mengherankan disini ialah betapa tingginya ‘orang’ itu. Kepalanya boleh sampai ke tingkap di bilik kami di tingkat 3, sedangkan tiada apa-apa yang boleh dipijak dari paras tanah.

Peristiwa ini berlaku selang beberapa hari selepas isteri saya terlihat kepala orang di luar tingkap bilik kami di tingkat 3. Kali ini, saya pula yang menjadi mangsa. Hal ini berlaku dalam pukul 11 malam.
Ketika itu kami sedang berbaring bersedia untuk melelapkan mata. Tingkap bilik kami itu berada disebelah kiri katil. Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti sebuah steamroll sedang lalu di jalan didepan rumah. Anda tahukan apa steamroll tu ? Itulah mesin yang diguna oleh JKR untuk meratakan jalan yang baru diturap. Mula-mula bunyinya perlahan. Apa hal ada steamroll ditengah malam, saya fikir. Bunyinya bermula dari arah kanan tingkap. Semakin lama bunyinya semakin kuat dan menuju kearah tingkap. Akhirnya bunyinya betul-betul berada didepan tingkap, bukan diatas jalanraya. Begitu bising dan bingit hingga meliputi ruang bilik kami. Saya fikir, jika betul-betul ada steamroll sedang bergerak di jalan di depan rumah sewa kami, bunyinya tidak sepatutnya sekuat itu. Dengan keheranan saya bertanya kepada isteri saya : “Ada dengar apa-apa tak ?”. Dia tidak menjawab. Saya rasa dia ada mendengar sebab mulutnya komat-kamit mungkin sedang membaca ayat-ayat tertentu. Saya kemudian memberanikan diri dan bangun kearah tingkap. Saya lihat kearah jalan didepan rumah kami, tiada apa-apa yang bergerak, apatah lagi steamroll. Saya beranikan diri lagi, terus membuka tingkap dan mengeluarkan kepala keluar tingkap untuk melihat dengan lebih jelas lagi keadaan diluar. Sebaik saya membuka tingkap tadi, bunyinya menjadi kurang kuat dan seakan-akan bergerak kearah kiri. Pada satu ketika, bunyinya membayangkan seolah-olah steamroll itu berada dalam lima atau enam kaki dari dari tingkap dan berada di awangan, bukan diatas jalan. Saya hayati bunyi itu yang bergerak kearah kiri dan semakin lama semakin hilang. Bagaimanapun, yang mengherankan lagi, bunyi itu bukan menghilang mengikut arah jalan, tetapi menuju kearah kawasan setinggan didepan rumah kami. (Pada masa itu, kawasan setinggan itu dipanggil Kampung Chubadak. Sekarang kawasan ini telah dibangunkan). Bunyi itu membayangkan seolah-olah ada steamroll ‘bergerak di awangan’, bukan diatas jalanraya. Saya sempat membaca ayat Kursi berulang-ulang sehingga bunyi itu hilang sama sekali.
Saya tidak terus menutup tingkap kerana masih memikirkan fenomena tadi. Selepas beberapa minit dan puas dengan rasa heran, saya pun menutup tingkap dan berbaring semula. Saya hanya saling pandang memandang dengan isteri. Tak tau apa nak cakap lagi.

Entahlah ! Saya tidak menyedari bahawa ini adalah gangguan kapada rumahtangga kami sehinggalah kami bercerai bilamana saya dapat mengimbas semula apa yang berlaku pada setiap kali kami belakukan senggama. Hanya setelah bercerai barulah timbul kesimpulan bahawa ini adalah gangguan. Sebelumnya saya tidak menanggap perkara ini sebagai serius. Mungkin kerana masa itu saya tidak percaya kepada perkara-perkara ‘tahyul’.
Saya memang sedar bahawa setiap kali saya dalam posisi diatas isteri saya, bulu roma di bahagian bahu dan tengkuk saya berdiri ! Saya rasa seram-seram, seperti ada sesuatu duduk disitu ! tapi saya tak pasti apa sebab saya tak nampak apa-apa ! Kadang-kadang saya tarik selimut menutupi belakang badan hingga ke kepala saya dengan harapan gangguan ini akan hilang, tetapi biasanya tidak hilang. Saya terpaksa memfokuskan fikiran pada persenggamaan. Dalam kebanyakan masa, saya berjaya mengatasi perkara ini, dan selesai melakukan senggama dengan isteri, sebab itulah mungkin saya percaya saya tidak perlu berjumpa mana-mana bomoh atau tukang ubat untuk berubat. Bagaimanapun, sebenar-benarnya adalah satu siksa jiwa dan fikiran bila terpaksa memfokus fikiran pada persenggamaan sedangkan sepatutnya kita melakukannya dengan relaks tanpa tekanan.

Mula-mula aku tak sedar perkara ini, sehinggalah lebih kurang dua minggu selepas kakak yang duduk di rumah kami itu berpindah. Perkara ini begitu jelas berlaku setiap kali pagi ahad, iaitu pada setiap pagi ahad sekitar jam 8 pagi biasanya saya akan keluar rumah untuk mencari sarapan dengan berjalan kaki sahaja. Semasa saya bangun pagi sebelum subuh, saya langsung tak ada nafsu. Keinginan itu ada, dimana saya biasanya akan menyentuh-nyentuh isteri dengan harapan dapat satu pusingan di pagi-pagi hari, tapi kote tak tegang pun ! Nafsu tarak ! Akhirnya saya membiarkan masa berlalu menunggu matahari naik.
Bila matahari dah naik sekitar jam 8 pagi pada hari ahad, saya mula terfikir untuk mencari sarapan dan sayur-sayur seta ikan atau daging untuk dimasak. Pada masa ini biasanya isteri saya masih tidur lagi (Ini adalah satu hal yang saya sering lahirkan perasaan tak puas hati dan merungut pada isteri tapi kerana sering bangun lambat tetapi tak pernah diendahkan).
Mula-mulanya saya tak perasan, tetapi bila telah berlaku dua atau tiga kali, saya mula menangkap satu trend iaitu sebaik saja saya melangkah keluar dari kawasan rumah sejauh 10 meter, dengan sendirinya kote saya menjadi tegang. Saya menjadi lelaki normal. Terasa nikmatnya bila kote tegang, maklumlah tergesel-gesel dengan seluar yang saya pakai. Seringkali saya longgarkan seluar dan membetulkan kedudukan seluar dalam saya. Maka berjalanlah saya ke pasar dengan seluar tertonjol. Tenggelamlah saya dalam nikmat kote tegang ini. Seronok. Nampak aje perempuan, timbul keinginan yang kuat untuk menyentuh mereka. Kadang-kadang saya sengaja menggeselkan badan atau tangan pada badan mana-mana perempuan yang berjalan-jalan dipasar pagi, tak kira mak orang atau anak orang. Tengok tumit perempuan saya merasa nikmat dan berahi. Apa lagi kalau tengok payu dara atau alur payu dara perempuan dan ketiak perempuan ! Tapi, apakan daya, saya tak boleh buat lebih dari itu. Ini kawasan awam, kena jaga maruah dan undang-undang. Tapi badan memang rasa segar dan mata memang tegar tak kuyu langsung ! Phew !
Berjalan-jalan dipasar pagi tu biasanya mengambil masa sekitar sejam, kemudian saya akan berehat di mana-mana warong untuk minum, maklumlah haus banyak berjalan.
Sekitar jam 10 pagi biasanya matahari mula agak terik, jadi saya mulalah beredar untuk balik ke rumah. Tentunya terfikir untuk dapat satu pusingan dengan isteri. Tetapi, malang sungguh malang….. sebaik saja saya berada sekitar 10 meter dari rumah, kote saya yang tegang tak berhenti-henti tu tiba-tiba jadi kendur lalu tidur ! Nafsu pun hilang ! Bila sampai rumah, tidak adalah apa-apa yang berlaku.
Gejala-gejala ini berlaku selama kami tinggal di rumah di Sentul itu selama lebihkurang empat bulan.
Selama itu, memang saya merasa pelik dan heran tapi saya tidak mengsyaki apa-apa kerana saya pun tidak percaya kepada perkara-perkara tahyul walaupun ianya sedang menyerang ! Difikirkan kembali, memang saya bersikap bodoh. Mungkin kerana pada masa itu, saya terfikir bahawa oleh kerana pada ketika-ketika tertentu saya masih berupaya melakukan senggama dengan isteri dengan menanamkan semangat yang tinggi melawan ‘musuh’ yang tak kelihatan itu. Jadi, saya fikir, tak mengapalah kerana saya masih ‘boleh’ dan isteri pun tak pernah komplen.
Ini satu lagi gejala yang mengherankan saya tetapi saya lambat menanganinya, kerana saya fikir saya boleh mengatasi masalah gangguan hanya dengan kekuatan semangat dan kekerapan membaca ayat Kursi dan ayat-ayat lazim yang lain. Saya lambat bertindak untuk pergi berubat dengan segera. Bila perceraian berlaku, barulah saya menyedari dengan jelas dan bertindak segera tetapi telah terlambat betapa saya telah dinafikan hak untuk menikmati alam seksual dan kebahagian rumahtangga dengan sepenuhnya.
Gejala ini lama-kelamaan begitu jelas, hingga apabila tiba-tiba alat kelamin saya tegang dengan sendirinya, fikiran saya dapat mengagak bahawa isteri saya telah datang haid. Beberapa kali bila gejala ini berlaku, sebelum isteri saya memberitahu, saya terus bertanya pada isteri : “You datang haid ?”. Angukkan isteri positif.
Saya sering tidak tertahan keinginan walaupun isteri dalam keadaan haid kerana nafsu saya begitu memuncak pada waktu itu. Biasanya saya terus menggaulinya tanpa melakukan senggama kerana isteri tentulah enggan dalam keadaan dia begitu.
Yang mengherankan lagi, bau badan isteri begitu wangi ketika itu, sedangkan diwaktu tidak haid, badannya seperti berbau busuk (walaupun tidak begitu ketara) dan kemaluannya juga agak hanyir. Sepatutnya, perkara yang sebaliknya berlaku iaitu wangi ketika biasa dan berbau ketika haid.
Pada ketika haid inilah saya terangsang untuk menciumi seluruh badan isteri dari hujung kepala hingga ke ketiak dan seterusnya ke jari-jari kaki dan tangan. Tapi malangnya saya tidak dapat menyalurkan puncak nafsu ke tempat yang sepatutnya kerana waktu itu waktu terlarang. Bayangkan terseksanya saya.
Dari saat ini, timbul rasa marah, bukan marah pada isteri tapi pada keadaan. Walaupun begitu, saya dapat meredakan kemarahan dengan menerima apa yang berlaku seadanya.
Saya telah ceritakan di bab sebelum ini bahawa kote saya selalu tegang bila berada diluar rumah dan ketika isteri datang haid. Oleh kerana terasa sakit setiap kali berlaku demikian, maklumlah ada seluar dalam yang menghalang kote dari tegang bebas, maka timbul idea untuk melakukan sesuatu. Sebelum timbul idea berkenaan, biasanya apa yang saya lakukan ialah saya seluk seluar saya dan pegang kote saya lalu saya halakan keatas dan longgarkan sedikit tali pinggang. Bagaimanapun, langkah ini masih kurang memuaskan
Idea yang timbul ialah saya membuat lobang pada seluar dalam saya dikawasan dimana kote berada. Dengan itu apabila kote tegang, dia dapat lebih bebas dan lurus sepenuhnya. Tak mengapalah seluar nampak terbonjol. Mula-mula rasa segan jugak, maklumlah kalau ada orang ternampak bonjolan, tapi kerana dapat mengelak rasa sakit dan sedap pulak, saya buat tak tahu saja, buat selamba kata orang.
Bila isteri saya membasuh pakaian, tentulah dia perasan keadaan itu. Mula-mula dia bertanya : “Buat apa ni bang”. Saya senyum aje. Dia pun senyum sahaja. Sama-sama faham. Selepas itu dia tak bertanya lagi.
Contoh gambar seluar dalam yang dilubangkan : (belum)

Masa mandi adalah masa dimana kerapkali kote menjadi tegang. Pantang tersentuh, naiklah dia. Kadang-kadang tanpa tersentuh, dek kerana membayangkan satu keadaan yang menyeronokkan, naiklah dia. Phew ! Sedapnya.
Bila mandi, saya pakai seluar pendek yang longgar. Rupanya longgar pun masih tak memuaskan, jadi saya potong bahagian seluar yang memisahkan antara dua peha. Maka jadilah seluar itu seperti satu kain sarong pendek… ingat tak kain yang dipakai oleh orang Scotland ? haa… macam tu lah lebih kurang. Dengan seluar macam tu, kote tentulah bebas terpacak dan bebas bergoyang-goyang semasa mandi.
Bila isteri sedar tentang keadaan seluar pendek yang dijadikan kain sarong pendek, dia hanya bertanya sikit sambil tersenyum.

Gambar hiasan
Pada satu hari, kira-kira sebulan selepas kami menduduki rumah sewa itu, selepas maghrib, tiba-tiba kami didatangi oleh seorang nenek. Rupanya nenek itu datang bersama ayah dan emak mertua. Sebelum ini saya memang belum diperkenalkan dengan nenek yang seorang ini, sebab itu saya terkejut bila saya dapati ada seorang nenek didepan pintu, maklumlah waktu tu sudah gelap. Nenek itu hanya tersenyum pada saya. Selepas saya memandang-mandang ke kawasan depan rumah, barulah saya sedar ayah mertua sedang mencari tempat letak kereta. Barulah saya terfikir nenek ini tentu ada kena mengena dengan keluarga isteri saya. Isteri saya kemudian turun dari bilik ditingkat atas dan mempelawa nenek itu masuk. Saya masa itu masih tertanya-tanya hubungan antara nenek ini dengan keluarga isteri tapi saya tidak pula bertanya, biarlah isteri menjelaskannya nanti. Tidak lama kemudian, ayah mertua dan mak mertua masuk ke dalam rumah.
Selepas mereka masuk, ketika kami berlima masih berdiri, saya dapati isteri saya, nenek itu, mak dan ayahnya berbincang sesama mereka sambil berdiri (Sebenarnya rumah kami belum ada kerusi meja). Saya tidak pula diajak berbincang. Saya berada tidak jauh dari mereka (maklumlah sama-sama diruang tamu) tetapi saya tidak jelas dengan apa yang mereka bincangkan. Jadi saya buat hal saya sendiri sambil sesekali memandang mereka.
Selepas beberapa minit, nampaknya perbincangan mereka habis. Saya perhatikan nenek itu mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Rupa-rupanya sebuah mangkuk Mangkuk itu diletakkan diatas lantai. Nenek itu kemudian menyeluk begnya, rupa-rupanya mengambil ketulan kemenyan dan beberapa helai daun kering, lalu dimasukkan kedalam mangkuk. Kami berempat tidak berkata apa-apa, cuma memandang setiap perbuatan nenek itu.
Nenek kemudian membakar kemenyan itu dan asap mulalah keluar. Dia seperti membaca sesuatu, lalu mengangkat mangkuk itu dan dibawa mengelilingi rumah, dari depan ruang tamu kemudian kedapur, kemudian ke tingkat satu dan ketingkat dua, lalu turun semula. Sepanjang proses ini, kami tidak bercakap sepatah pun, hanya memerhati sahaja.
Selepas itu, nenek memadamkan kemenyan dan memanggil ayah mertua. Tidak tahu apa yang mereka cakapkan. Kemudian nenek itu seperti berkemas dan memasukkan mangkuk dan isinya kedalam begnya semula. Ayah mertua kemudian berkata : “Dah siap dah.”. Ayah mertua kemudian meminta diri untuk pulang. Maka nenek dan ayah mertua serta mak mertua pun balik selepas itu.
Isteri saya kemudian memberitahu bahawa nenek itu ada hubungan keluarga dengan sebelah ayahnya tetapi agak jauh. Saya diberitahu juga nama nenek itu. Nenek itu ada datang semasa majlis pekahwinan tetapi nampaknya saya tidak diperkenalkan dengannya.
Saya sebenarnya agak terkilan dengan apa yang berlaku tadi. Pertamanya saya sebagai suami tidak diberitahu bahawa ada tamu akan datang. Saya pasti tentu isteri saya tahu tentang kedatangan nenek dan ibubapanya. Bagaimanapun saya memilih untuk berdiam diri.
Keduanya, saya tidak dapat melayan kedatangan mereka seperti sepatutnya sebagai tuan rumah. Mereka datang, buat hal mereka dan balik begitu sahaja. Bukan salah saya rasanya tapi merekalah yang bersikap seperti merekalah tuan rumah.
Ketiga, saya sebagai tuan rumah dan suami tidak diminta izin untuk mereka mengasap rumah. Saya diketepikan sama sekali, walaupun pada mereka itu adalah perkara untuk kebaikan kami, tapi memang tidak wajar mereka sebagai orang yang lebih tua bersikap begitu.
Dalam bab xxx saya menceritakan peristiwa ayah mertua memanggil mahluk tertentu. Peristiwa ini berulang lagi.
Sehari selepas nenek mengasap kemenyan pada rumah kami, ayah mertua datang lagi ke rumah seorang diri selepas waktu maghrib. Selepas beliau masuk ke rumah, kami duduk bersila. Ayah mertua bercakap-cakap tentang kisah semalam iaitu kisah nenek mengasap rumah kami.
Selepas itu, beliau berdiri dan memanggil kami berdiri dan rapat kepada beliau supaya mendengar apa yang akan dikatakannya. Setelah kami berdiri dan bersedia mendengar, beliau berkata : “Macam ni. Rasanya apa yang nenek buat malam tadi mungkin tak mencukupi. Jadi, ayah akan panggil kawan ayah untuk menjaga rumah ini.”. Saya hanya berdiam diri kerana saya kurang percaya dan kurang faham apa yang akan dilakukannya.
Setelah itu, saya dengar dia berkata-kata sendiri dalam bahasa yang saya tidak faham - saya agak seperti bahasa Siam. Tidak lama, mungkin tak sampai seminit, dia kemudian berkata : “Haaa kawan abah dah datang.”. Dia kemudian menunjuk pada satu arah diatas tangga yang menghala ke tingkat satu. “Tu dia, dua orang. Mereka akan menjaga rumah ini.”. Saya tak nampak apa-apa pun ! Jadi saya berdiam diri untuk menghormati ayah mertua sebagai seorang yang lebih tua. Isteri saya juga tidak berkata apa-apa.
Selepas itu juga, dengan segera ayah mertua meminta diri. “Baiklah, ayah balik dulu. Jangan bimbang, rumah ini dah ada yang menjaga.”. Beliau kemudian keluar dari rumah dan menghidupkan enjin kereta lalu pergi. Saya tidak sempat bertanya-tanya dimana ayah mertua tinggal malam tadi dan dimana emak mertua sekarang. Saya cuma mengagak mereka bermalam dan tinggal sekejap dirumah saudara mara di Petaling Jaya, kerana tidak mungkin mereka balik ke Melaka semalam dan kemudian datang lagi ke Sentul malam ini kemudian kena balik lagi ke Melaka malam ini jugak.
Peristiwa ini juga membuat saya terkilan kerana ayah mertua melakukan apa yang dia mahu tanpa menghormati saya sebagai suami kepada anaknya dan saya sebagai tuan rumah.

Seperti hari-hari biasa, saya sampai lebih dulu ke rumah dari isteri saya apabila kami habis kerja. Saya bekerja di Jalan Duta sementara isteri berdekatan hotel Hilton di Petaling Jaya.
Pada satu hari, selepas sampai ke rumah dalam pukul 5.30 petang, saya pun mengambil wuduk untuk bersembahyang Asar. Selepas wuduk, saya tidak naik ke bilik untuk solat disana. Entah kenapa saya ada perasaan takut untuk naik ke bilik di tingkat atas. Saya tidak pun mengambil sejadah untuk bersolat. Saya memposisikan badan betul-betul hampir dengan pintu gelongsor (sliding door) kaca di ruang tamu. Pintu itu disebelah kanan saya. Saya singkap langsir supaya cahaya lebih terang. Mungkin orang dari luar boleh nampak saya pada masa itu. Saya dapati lantai bersih maka saya pun memulakan solat.
Ketika saya dalam rakaat kedua, tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat pada cermin kaca pintu gelongsor. Saya terkejut dan tergamam seketika. “Bunyi apa ni” saya terfikir. Saya memberhentikan bacaan solat untuk mengagak apakah yang berlaku. Timbul perasaan takut. Saya tidak boleh menoleh kekanan kearah pintu kerana tak mau batal solat. Setelah memberanikan diri, saya teruskan solat sampai habis dalam keadaan berdebar-debar sepanjang solat.
Setelah habis solat, saya segera memeriksa cermin kaca pintu dari dalam. Saya dapati ada bekas terkopek seperti terkena benda keras seperti batu. Kedudukan bekas itu betul-betul paras pinggang saya. Andai kata saya membuka pintu itu sebelum solat, sudah tentu benda yang mengopek kaca itu terkena pada saya, dan berdasarkan kuatnya bunyi tadi, kesannya tentu agak parah juga.
Saya buka pintu gelongsor dan memeriksa dari luar pula. Saya masukkan jari telunjuk saya pada bekas terkopek itu. Saya kemudian cuba mencari-cari ketulan batu yang mungkin menjadi punca bunyi tadi. Saya memerhati setiap bahagian, dari depan pintu hingga ke pintu pagar. Jarak dari pintu hingga ke pagar adalah standad iaitu muat sebiji kereta dan ada lebih sedikit. Saya tidak nampak ada apa-apa batu yang boleh disyaki. Tak mungkin batu itu masuk kerumah jiran kerana separuh sempadan dengan rumah jiran di kiri dan kanan adalah dinding batu.
Saya kemudian memandang kearah kawasan setinggan Kampung Cubadak didepan rumah. Saya cuba memasang telinga untuk mendengar-dengar kalau-kalau ada budak-budak bermain lastik. Tapi, terfikir pulak, masakan dicelah-celah kawasan rumah setinggan ada budak main lastik.
Setelah beberapa minit tiada apa-apa berlaku lagi. Saya pun makin lega dan masuk semula ke dalam rumah.

Gambar hiasan
Pada satu pagi, dalam pukul 7.30, ketika saya hendak keluar dari pintu pagar untuk pergi kerja, saya dapati ada seorang tua lelaki berdiri tercegat diluar pagar. Saya dapati dia asyik memandang kearah sebelah atas rumah, agak-agak kearah bilik kami di tingkat 2. Oleh kerana saya agak lewat untuk ke tempat kerja, saya hanya sempat bertanya : “Kenapa pakcik ?”. Beliau tidak menjawab pun, seolah-olah tidak mendengar pertanyaan saya kerana terlalu asyik memandang kearah bilik di tingkat 2. Saya pun terus berlalu untuk ke tempat kerja.

Mula-mula aku tak begitu perasan dan tak ambil endah. Seringkali terdengar anjing menyalak pada waktu siang atau malam dari arah belakang rumah sewa kami di Taman Dato Senu Sentul. Anjing memang suka menyalak, fikirku.
Tapi pada satu hari, saya terasa nyalakan anjing terlalu kuat dan seolah-olah menghala kedalam rumah, dan cara nyalakannya seperti menyalak dengan sekuat-kuat hati. Pada masa itu waktu hampir maghrib. Saya pada masa itu berada di ruang tamu di tingkat bawah. Kerana kuatnya nyalakan anjing itu, membuatkan saya teringin untuk mengetahui apa yang berlaku.
Dari ruang tamu, saya pun pergi ke dapur. Dari tingkap dapur saya dapat melihat anjing itu. Memang benar, anjing itu sedang menyalak dengan menghadap mukanya kearah bilik rumah sewa kami di tingkat satu atau dua. Patutlah bunyinya begitu kuat. Bila menyalak, badannya bergegar-gegar. Saya mula terfikir, mungkin anjing ini nampak sesuatu. Saya ada terdengar orang berkata anjing boleh nampak hantu atau makhluk halus. Saya Cuma terfikir tapi tak pula cuba memeriksa apa yang ada di tingkat atas, sebab saya pasti tiada sesiapa diatas sana. Saya ternampak seorang lelaki Cina agak tua berada di dapur rumah yang bertentangan dengan dapur rumah sewa kami. Dia memandang-mandang pada anjing itu dan sesekali kearah saya. Saya bertanya padanya : “Anjing awak ke”. Dia menjawab : “Ya”. Saya bertanya lagi : “Kenapa dia”. Dia kata : “Tak tahu lah”. Saya pasti dia pun tak nampak apa-apa pada arah yang disalak oleh anjingnya. Saya pun masuk semula ke dalam ruang tamu dan membiarkan anjing itu terus menyalak. Akhirnya ia berhenti selepas lima belas minit dan maghrib pun masuk waktunya.
Dari hari itu, anjing itu terus menyalak tetapi bukanlah setiap hari. Selang tiga atau empat hari, mesti anjing itu menyalak lagi begitu. Walaupun saya mengsyaki ada ‘sesuatu’. tetapi saya tidak lagi mengambil peduli.

Mula-mula saya tidak perasan atau sedar gejala ini. Lengan kiri saya selalu terasa sedikit lenguh-lenguh dan lemah-lemah, terutamanya pada sebelah pagi. Kerana keadaannya terlalu sedikit, mula-mula saya tidak begitu perasan. Tetapi pada satu hari, ketika duduk-duduk berehat di rumah, saya terasa ada denyutan yang agak kuat di bahagian atas lengan kiri saya (orang putih panggil bahagian itu bicep). Bila saya lihat pada bahagian yang sakit itu, rupanya terdapat lebam biru sebesar duit siling lima sen. Lebam itu tidak membengkak atau menonjol tapi sama paras dengan kulit lengan, seolah-olah lebam itu datang dari dalam, bukan kerana hentaman dari luar. Memag tiada apa-apa pukulan pun pada bahagian itu. Sapa pulak nak pukul, hehe… Bila saya picit, terasa sakit.
Lama-lama saya perasan, bila saya terasa lenguh, pasti lebam itu ada. Maknanya ada kaitan antara lebam itu dengan rasa lenguh di lengan.
Kedudukan lebam itu tidak sama setiap kali berlaku. Satu hari di bahagian atas sedikit, di lain kali di bahagian bawah sedikit, begitulah sentiasa berubah setiap kali ia datang.
Biasanya serangan lebam itu datang seminggu sekali. Mula-mula saya biarkan saja, cuma terasa pelik. Lepas tiga hari, biasanya lebam itu akan susut sedikit demi sedikit dan hilang sendiri. Lama-lama, entah macamana, timbul idea untuk mengusap lebam itu dengan air liur. Pada fikiran saya, hantu tak suka pada air liur. Macamana saya dapat idea itu saya pun tak tahu. Tetapi memang terdapat perbezaan kesannya. Jika saya biarkan lebam itu susut sendiri, warnanya tetap kebiruan, tetapi bila saya sapu dengan air liur, dalamasa sepuluh minit lebam itu bertukar kepada kekuningan sehinggalah ia hilang.
Bila lebam itu hilang selepas tiga atau empat hari, rasa lemah dan sengal di lengan pun turut hilang.
Gejala lebam dan sengal pada lengan itu berlarutan bertahun-tahun. Ia hilang bila kami bercerai. Sekarang gejala itu tidak ada lagi.
Semasa saya baru-baru mengalami gejala lebam biru di pangkal lengan, seorang rakan sekerja di pejabat telah menegur saya : “Awak ni macam lesu je, ada masalah ke”. Namanya Ainon, duduk di meja sebelah kiri saya. Saya kata : “Memang”. Saya rasa ini memang peluang untuk meluahkan masalah. Lagi pun pagi tu saya memang rasa cukup lemah terutamanya di tangan kiri dari atas lengan hingga ke jari-jari dan kepala pun berpinar sedikit.
Saya pun menarik kerusi dan duduk menghadap Ainon. Saya pun tunjukkan lengan saya yang lebam. Pagi tu memang saya baru kena lagi. Saya beritahu dia : “Tengok ni, bila ada lebam ni, aku jadi lemah”. Dia pun tengok lebam tu. Dia tak kata apa-apa tapi dia memanggil dua lagi rakan setugas kami, seorang bernama Azali Bandi (nama benar) dan seorang lagi perempuan (dah lupa nama). Mereka pun tengok. Sorang tu berkata : “Ini kena gigit hantu”. Kemudian saya perasan seperti ada tiga bekas lubang jarum dalam kawasan lebam itu. Saya kata : “Tengok ni macam bekas kena gigit”.
Saya kemudian menceritakan kejadian-kejadian anih yang berlaku : Lelaki tua memandang rumah, bunyi stimrol, isteri nampak orang tinggi dan sebagainya. Rakan perempuan tu kemudian berkata : “He seramnya”. Dia pun beralih semula ke tempat duduknya. Lepas tu Azali berkata : “Mungkin juga ini gigitan makhluk halus. Cuba-cubalah cari jalan ubatkan”. Lepas tu Azali pun beredar ketempat duduknya. Ainon pula berkata : “Eh seram aku, tengok ni bulu roma aku pun naik. Dah lah”. Aku pun tarik semula kerusi aku ke meja aku.
Selang beberapa minit, aku sedari bahawa tangan kiri aku tak lagi lenguh. Aku dapati lebam biru hampir hilang, tinggal sedikit sangat. Ajaib !
Tiba-tiba Ainon berkata : “Eh tangan kiri aku rasa lenguh ni”. Entah macamana, aku saspek sesuatu lalu aku menoleh padanya dan berkata : “Cuba tengok lengan awak”. Ainon pun menyengseng lengan bajunya hingga ke pangkal lengan. Rupa-rupanya lebam tu ada kat situ. Ainon pun berkata : “Eh tak kan pindah kat aku pulak !”. Dia berkata lagi : “Boleh pindah-pindah ke”.

Dalam bab sebelum ini saya menceritakan tentang lebam biru yang saya alami dari semasa ke semasa. Sebenarnya, isteri saya juga mengalami gejala yang sama, malah lebih teruk lagi. Saiz lebamnya melebihi saiz duit siling lima puloh sen malah kadang-kadang hingga tiga kali ganda besarnya. Lebamnya lebih biru dari lebam saya.
Lebam pada isteri saya biasanya berada pada pehanya yang sebelah dalam. Bila saya bertanya kenapa, dia enggan menjawab, malah berkata ‘tak tahu’ pun tidak. Saya cuba memikir bahawa ini mungkin alahan ubat tetapi bila difikirkan bahawa lebam itu timbul bukan selepas menelan ubat, saya rasakan alahan bukan puncanya. Isteri juga nampaknya tidak mahu berjumpa doktor untuk mempastikan gejala apakah itu, sedangkan dia biasanya segera berjumpa doktor jika ada sakit-sakit biasa seperti demam dan selsema.
Saya juga pernah bertanya samada dia ada mengalami masalah ini sebelum berkahwin tetapi dia tidak mahu menjawab. Berkata ‘tak perasan’ pun tidak.
Satu hari saya perhatikan betul-betul lebamnya. Saya dapati ada beberapa bekas seperti cucukan-cucukan jarum tetapi lebih besar dari bekas yang ada pada saya. Saya selepas itu terfikir mungkin itu bekas siung hantu yang menghisap darahnya ! Tapi saya tak berkata begitu padanya kerana takut nanti dia menjadi ketakutan.
Satu perkara yang saya sedari ialah, lebam pada lengan saya dan lebam pada peha isteri saya berlaku berselang-seli. Jika lebam pada saya hilang, isteri saya pasti terkena. Selepas lima enam hari lebam pada isteri saya hilang, saya pula terkena.
Isterisaya berkata dia tidak merasa sakit walaupun lebam itu nampak jelas bertompok-tompok biru dengan saiznya yang besar.
Satu lagi perkara yang saya sedari ialah, semasa isteri saya datang haid, lebam itu tidak terkena pada isteri dan juga pada saya. Malah pada saya, serangan lain pulak yang datang iaitu nafsu seks sangat memuncak, lebih dari hari-hari biasa.
Lebam-lebam pada isteri juga berlangsung bertahun-tahun. Sehingga sebelum bercerai, saya sedar bahawa lebam-lebam itu masih menyerangnya. Bagaimanapun, saya tidak pula bertanya-tanya samada dia masih mengalami masalah itu selepas bercerai.
Sekarang saya teringat bahawa semasa baru berkahwin, isteri kadang-kadang memakai balutan ‘bandage’ di peha kirinya. Dia akan memakainya bila hendak pergi kerja di waktu pagi. Kadang-kadang dia tidak memakai dan meninggalkan kain balutan itu di rumah. Lama kelamaan, selepas lebihkurang 3 tahun berkahwin, saya dapati dia tidak lagi memakai balutan itu sama sekali. Sekarang saya syak, dia mengalami lenguh-lenguh di kaki kiri bila lebam itu menyerangnya, sama seperti lenguh-lenguh yang saya alami bila lebam ada pada saya. Dan balutan itu tujuannya ialah untuk mengelak dari rasa lenguh. Entahlah, saya bukan doktor.
Setelah menyewa rumah di Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur selama lebih kurang empat bulan, kami berpindah ke rumah flet sendiri di Taman Sri Muda, Shah Alam. Keputusan ini dibuat bukan kerana untuk mengelakkan daripada gangguan-gangguan yang diceritakan di bab-bab terdahulu, tetapi disebabkan faktor mengapa harus menyewa kalau sudah ada rumah sendiri dan ia pula tidak akan mengganggu perjalanan kami ke tempat kerja, walaupun saya akan berperjalanan lebih jauh dari Shah Alam ke Jalan Duta, sebaliknya ia lebih baik kerana saya dapat menghantar isteri ke tempat kerja di Petaling Jaya dan mengambil isteri bila pulang kerja.
Semasa lori yang mengangkut barang-barang kami bergerak dari Sentul ke Shah Alam, saya sempat berkata dalam hati moga-moga benda-benda halus (jika ada) yang menganggu itu tidak akan mengikut kami ke Shah Alam. Harapan saya ialah gejala ini hanya berlaku di rumah di Sentul itu.
Selepas kami berpindah ke Shah Alam, saya berharap tiada perkara-perkara aneh akan berlaku. Memang benar, perkara-perkara aneh yang berlaku di Sentul tidak berlaku di Shah Alam, tetapi perkara-perkara lain pula yang berlaku. Disamping itu, gejala lebam pada lengan saya dan peha isteri terus berlaku, malah lebamnya semakin kuat dan lenguh yang diakibatkannya juga semakin kuat sehingga begitu terasa. Kalau dulu saya tidak merasa perlu untuk memicit-micit bahu, sekarang saya berbuat begitu kerana lenguhnya begitu terasa bila lebam-lebam itu menyerang. Saya tidak tahu apakah isteri juga mengalami sengal-sengal kerana dia tidak pernah mengadu, cuma yang pasti dia suka membalut pehanya dengan kain balutan yang dibeli di farmasi. Bila saya tanya kenapa, dia enggan memberi jawapan yang memuaskan hati saya, tetapi saya tidak bertanya bertalu-talu kerana setakat ini tiada akibat yang buruk berlaku.
Kami tinggal di flet Valencia, Seksyen 25 Shah Alam selama hampir sebelas tahun.
Sebelum kami menduduki rumah ini, saya telah sewakan kepada seseorang. Dia menyewa selama hampir tiga tahun, dan selama tempoh ini dia tidak pernah mengadu kepada saya samada dia ada mengalami kejadian-kejadian aneh. Lagi pun, jika ada kejadian-kejadian pelik, tentu dia tidak tinggal sampai tiga tahun. Jadi, kejadian-kejadian pelik yang kami alami adalah berkaitan dengan kami, bukan penyewa terdahulu.
Selepas kami berpindah ke rumah lain pula, sekali lagi saya sewakan rumah itu kepada satu keluarga. Sehingga buku ini ditulis, keluarga tersebut telah menyewa selama hampir tiga tahun. Begitu juga, penyewa tidak ada memberitahu tentang adanya perkara-perkara aneh yang berlaku kepada beliau dan keluarga. Pernah saya terfikir untuk bertanya tapi saya lupakan hasrat itu. Saya yakin memang peristiwa-peristiwa pelik itu berkaitan dengan kami sahaja, bukan dari orang lain. Ada sesuatu yang mengekori kami…….

Pada suatu hari ahad, semasa saya baru balik dari pasar, sekitar jam sebelas pagi, saya dapati isteri sedang duduk di sofa di ruang tamu tapi saya lihat air mukanya berlainan dari biasa seperti sedang memikirkan sesuatu dengan mendalam.
Saya pun spontan bertanya : “Kenapa ni..”. Dia segera menjawab : “Tadi nampak kaki berbulu”. Saya bertanya lagi : “Kaki berbulu ?”. Dijawab : “Ya, berjalan dari sini ke bilik air. Saya nampak dari paras peha kebawah.”. Meremang jugak bulu roma saya. Isteri saya menambah : “Dah dua tiga kali macam ni”.
Oleh kerana saya tidak nampak apa-apa dan isteri saya kembali normal selepas itu, peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Isteri saya pun nampaknya boleh menangani hal ini, dia tidak pun mengajak pindah atau sebagainya.
Rumah flet pertama yang kami duduki di Shah Alam itu adalah di tingkat empat iaitu di atas sekali. Pada tingkat ini, terdapat siling kadbod sebelum bumbung. Pada mula-mulanya tiada apa-apa yang berlaku pada siling dan saya tidak pernah pun terlintas untuk melihat apa yang ada di ruangnya. Kita boleh mengagak isinya ialah palang-palang kayu dan batang konkrit yang menjadi sebahagian struktur bangunan.
Selepas lima tahun, mula terdapat bunyi seperti orang mengesot diatas siling. Bunyinya berlaku tidak kira siang atau malam. Tidaklah kerap tetapi dalam seminggu biasanya berlaku sekali. Bila berlaku, ia berlangsung agak lama, lebih sepuluh minit.
Bila berlaku, saya akan cuba mengenal pasti arah dari mana bunyi itu datang. Mula-mulanya saya cuma mendengarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa. Isteri pun tidak ambil peduli. Lama kelamaan, saya cuba mencari arah bunyi, kemudian dengan menggunakan sebatang kayu, saya sondol pada arah itu. Bunyinya akan berhenti sekejap, tapi kemudian akan mula kembali. Saya pasti ia bukan manusia kerana jika manusia, tentu siling kadbod itu sudah runtuh. Saya juga pasti ia bukan tikus kerana jika tikus ia akan segera berlari.
Anda bayanagkan bunyi orang mengesot-ngesot diatas siling ! Seram kan ? Tapi pada masa itu saya tidak merasa seram, cuma rasa pelik dan hairan dan cuba memikirkan apakah bendanya itu !
Suatu hari saya beranikan diri. Saya keluarkan sekeping kadbod (empatsegi) yang lebarnya sekitar satu setengah kaki dan panjangnya pun satu setengah kaki. Saya gunakan tangga untuk sampai ke siling. Selepas sekeping kadbod saya keluarkan, saya pun menjengukkkan kepala saya kedalam kawasan siling itu. Alamak gelapnya, memang tak nampak apa-apa. Saya meminta isteri menghulurkan lampu suluh. Bila saya suluh-suluh sekitar kawasan itu, memang tiada apa-apa selain struktur kayu-kayu dan batang konkrit. Tiada orang, tiada tikus.
Suatu hari, bunyi orang mengesot itu datang. Masa itu petang sabtu. Saya pun segera mengambil tangga dan lampu suluh dan mula menjenguk ke dalam kawasan siling. Masa itu saya bimbang kalau betul ada orang diatas sana, tentu dia akan pukul kepala saya dulu yang menjenguk dari lubang kadbod itu. Bunyi itu berhenti. Saya suluh-suluh ke arah datangnya bunyi tadi, tapi tak nampak apa-apa objek. Saya bercadang nak memanjat dan naik keatas siling tetapi takut kerana tak cukup mahir dengan kawasan itu, lagi pun kawasan itu memang cukup gelap pekat. Oleh kerana tak nampak apa-apa, saya pun turun semula dan membiarkan perkara itu.
Sejak itu saya dan isteri tidak peduli dengan bunyi orang mengesot diatas siling itu. Ia terus berlaku hingga kami berpindah ke apatmen isteri saya yang baru dibeli, lebihkurang lima tahun kemudian.

Baru-baru ini, dalam bulan Januari 2010, saya terbaca satu laman web, disitu ada dinyatakan bahawa salahsatu tanda kita kena sihir ialah bila kita sering terdengar bunyi guli jatuh. Selepas saya terbaca, serta merta saya teringat bahawa semasa saya tinggal di flat di Shah Alam, saya kerap terdengar bunyi guli jatuh, tak tahu dari arah mana. Masa itu saya terfikir bahawa bunyi guli itu adalah guli yang dimain oleh budak-budak yang menghuni mana-mana unit di blok yang sama. saya tidak menyangka apa-apa. Kadang-kadang bunyinya agak kuat hingga rasa terganggu terutamanya disebelah malam. Ada satu ketika saya merungut kepada anak dan isteri saya "sapa lah yang main guli tengah malam ni". Saya tidak memperdulikan gejala ini sehinggalah saya terbaca artikel di laman web itu.

Pada satu hari, semasa aku berada di dapur untuk mengambil air minuman, tiba-tiba aku ternampak ada sesuatu jatuh di depan mata, diikuti dengan bunyi benda jatuhlah. Aku membongkok dan mengambil benda itu. Aku dapati ia adalah sebatang paku yang telah berkarat dan bengkok 45 darjah. Aku pun melihat keatas siling untuk mencari punca datangnya paku itu. Aku dapati siling elok. Siling dapur dibuat dari simen dan tiada bekas lubang paku di situ. Aku mula heran. Aku letakkan paku itu di satu sudut, tidak mahu membuangnya kerana merasa sangat pelik dengan kejadian itu. Aku kemudian dengan bodohnya memandang-mandang ke dinding di kiri kanan depan dan belakang kerana berfikir paku itu mungkin datang dari situ. Tapi memang tiada bekas lubang paku di sekeliling dinding dan dinding dibuat dari simen. Kalau ada pun macamana ia boleh terpelanting keluar, lebih-lebih ia akan menggelunsur jatuh di tepi dinding, bukan di tengah ruang dapur.
Aku kemudian memberitahu isteriku tentang kejadian itu. Dia masuk ke dapur dan melihat-lihat, tapi tidak berkata apa-apa. Selepas itu aku lupakan perkara itu.
Seminggu selepas saya mengalami kejadian paku bengkok berkarat jatuh dari siling, kali ini siteri saya pula yang mengalaminya.
Pada satu hari, ketika saya berada di ruang tamu dan isteri saya berada di dapur. Tiba-tiba dia memanggil saya supaya datang ke dapur. Saya pun masuk ke dapur dan bertanya kenapa. Isteri saya menunjuk pada sebatang paku bengkok berkarat yang terletak di atas lantai dapur. Paku itu serupa dengan paku yang jatuh di depan saya minggu lepas. Saya tanya kenapa. Dia menjawab paku itu jatuh entah dari mana. Saya pun membongkok dan mengambil paku tersebut. Saya perhatikan betul-betul paku itu dan sekali lagi melihat-lihat ke atas siling dan dinding mencari punca dari mana datangnya paku tersebut. Tidak ada punca yang manasabah yang dapat saya fikirkan. Saya pun meletakkan paku tersebut di sebelah paku yang saya simpan minggu lepas. Kemudian saya berkata kepada isteri : “Ini boleh buat koleksi”. Isteri tidak berkata apa-apa. Saya kemudian mengambil sebiji gelas plastik dan memasukkan kedua-dua batang paku tersebut kedalamnya dan meletakkan gelas itu di satu sudut di dapur.
(Malangnya dalam proses kami berpindah lagi beberapa tahun kemudian, kami tertinggal gelas tersebut dan tidak dapat memperolehinya semula).

Lebih kurang seminggu berikutnya, saya terjumpa satu lagi objek aneh. Ketika itu pagi dalam pukul lapan, saya sedang mula mahu mengemas bilik kecil. Kami tidur di bilik utama. Di bilik kecil itu terdapat sebuah katil dua tingkat. Di hujung katil ialah dua biji bantal di letak bertindih. Ketika saya menarik bantal yang di sebelah atas, tiba-tiba saya terlihat satu objek diatas bantal yang di sebelah bawah. Saya tidak terus mengambil objek itu tapi mengamatinya. Ia berupa sebuah kepala anak patung plastik, tetapi saiznya cuma sebesar ibu jari. Bentuknya bujur dan rambutnya berwarna hitam ditocang dengan reben berwarna-warni (ada merah biru kuning hitam) yang besarnya meliputi lehernya. Lehernya terpotong. Apa yang saya herankan ialah dari mana kah datangnya kepala anak patung itu, dan kenapa hanya kepalanya sahaja. Saya tidak pernah membeli anak patung, lebih-lebih lagi mahu meletakkan kepalanya sahaja diantara dua bantal. Isteri saya juga tidak ada membeli anak patung. Sebelum ini pun tiada sesiapa datang melawat rumah kami dan membawa kepala anak patung ke bilik kecil kami. Ini memang misteri. Saya kemudian memanggil isteri untuk melihat kepala patung itu. Dia masuk ke bilik dan melihat kepala patung itu. Saya bertanya : “Dari mana datang kepala anak patung ini. Kita mana ada beli anak patung”. Dia hanya mendiamkan diri. Rasanya dia pun tak tahu nak jawab macamana.
Selepas itu, saya pun ambil kepala anak patung itu dan masukkan ke dalam gelas plastik dimana saya telah menyimpan dua batang paku karat bengkok. Dengan ini sudah ada tiga objek aneh yang saya kumpulkan dalam gelas plastik itu. Saya cuma merasa heran tapi tidak sedetik pun menyangka buruk bahawa ini adalah satu perbuatan jahat dari sesiapa.

Perkara ini saya sedari dalam seminggu selepas bercerai. Selepas tempoh itu hingga sekarang, saya menyedari ada sesuatu yang ‘hilang’ iaitu sesuatu yang tidak lagi berlaku. Saya menyedari hal ini kerana saya dapati diri saya lebih fokus kepada apa-apa yang saya lakukan kerana tidak terasa diekori oleh sesuatu yang tak nampak dengan mata kasar. Rupa-rupanya, apa yang saya alami dahulu ialah saya ‘perasan’ ada lembaga sentiasa disekeliling saya dalam jarak empat atau lima kaki. Perkara ini jelas bila saya berada di rumah. Seringkali saya tertoleh kebelakang kerana seperti ada sesuatu disitu tapi saya tidak nampak apa-apa. Perkara ini saya diamkan dan tidak memberitahu sesiapa kerana tak ada bukti. Selepas bercerai dan saya tidak diekori lagi, saya pasti ada perbezaan yang jelas antara dahulu dan sekarang. Sekarang saya rasa lebih bebas dan tidak pernah merasa mahu menoleh kebelakang kerana tidak lagi terasa ada lembaga di belakang saya. Apakah lembaga ghaib itu adalah mahluk yang diarahkan oleh ayah mertua saya (masa itu) kononnya untuk menjaga saya seperti yang pernah dikatakannya (Sila lihat bab bertajuk Ayah mertua memanggil makhluk).
Selepas beberapa tahun tinggal di Shah Alam, satu lagi fenomena muncul. Fenomena ini ialah dimana isteri saya kadang-kadang ada menyatakan bahawa dia telah menyatakan sesuatu perkara kepada saya, bagaimanapun saya pasti bahawa dia tidak ada menyebutnya. Keadaan ini berlaku beberapa kali sehingga menyebabkan saya pernah memberitahu dia bahawa dia seolah-olah tertinggal ayat yang terakhir setiap kali memberitahu saya sesuatu. Saya mengingatkan dia bahawa dilain kali cuba bercakap sampai habis, jangan anggap saya boleh faham dengan sendirinya, sebab ini bukan soal am, tapi spesifik.
Sukar untuk saya mengingat kembali contoh yang boleh saya berikan, bagaimanapun saya dapat mengingat kembali satu peristiwa seperti ini secara kabur. Satu contoh ialah dia memberitahu saya bahawa dia akan melakukan kerja lebih masa di pejabat, jadi dia meminta saya mengambilnya malam itu. Saya menunggu dia memberitahu pukul berapakah saya harus datang, tapi dia tidak memaklumkan perkara ini sedangkan secara logiknya perkara ini harus diberitahu tanpa ditanya. Saya kemudian datang menjemput dalam waktu yang biasa saya datang menjemput jika dia melakukan kerja lebih masa. Bila saya sampai ke tempat kerjayna, saya dapati dia sudah sedia menunggu. Saya lihat wajahnya masam. Bila saya tanya kenapa, dia kata dia telah lama menunggu. Saya tanya dia, kenapa tak beritahu bila keluar awal. Dia menjawab :”Kan dah bagi tau pagi tadi”. Saya balas : “Mana ada. Awak mana ada cakap”. Dia berkeras bahawa dia ada memberitahu saya. Saya begitu pasti bahawa dia tidak ada memberitahu jam yang seharusnya saya datang menjemput dia. Saya terfikir, siapakah agaknya yang merampas ayat terakhir isteri saya pagi tadi.
Satu peristiwa yang serupa yang dapat saya ingat ialah ketika isteri saya memberitahu bahawa dia lewat balik kerja pada satu malam. Dia memberitahu bahawa dia sedang menaiki bas untuk pulang ke Shah Alam. Dia meminta saya datang mengambilnya di satu perhentian bas. Setelah mengagak tempoh bas itu akan sampai, saya pun memandu kereta dan menunggu di perhentian bas yang biasanya saya pergi menunggu jika kadang-kadang isteri saya pulang menaiki bas. Setelah lama menunggu, saya dapati dia tidak ada disana. Saya agak risau lalu menghubungi telefon bimbitnya. Dia bertanya kenapa belum datang. Saya memberitahu bahawa saya tunggu di perhentian bas yang biasa. Dia kemudian menjawab : “Kan saya dah kata tadi saya berhenti di stesen xxx”. Saya jadi keliru. Saya kata : “Awak mana ada cakap nak berhenti kat situ”. Dia berkeras bahawa dia dah cakap pada saya. Adohai, nampaknya memang ada sesuatu yang mengacau fikirannya.
Ada beberapa lagi hal yang serupa telah berlaku. Saya pasti benar bahawa dia tidak menyatakan sesuatu yang sepatutnya dia beritahu saya, tapi dia pulak pasti bahawa dia telah menyatakannya kepada saya.
Dalam dua belas tahun berkahwin, inilah satu-satunya peristiwa dimana saya menggunakan sedikit tindakan fisikal keatas isteri. Walaupun kehidupan suami isteri kadang-kadang diisi dengan ketegangan, tetapi kami tidak pernah menggunakan tindakan fisikal keatas satu sama lain.
Peristiwa ini berlaku dalam tahun ke enam usia perkahwinan kami.
Pada satu hari ahad, seperti biasa saya bangun awal waktu subuh untuk solat subuh. Isteri seperti biasa belum bangun lagi. Saya sebenarnya tertekan dengan keadaan ini. Sampai berapa tahun harus saya mengingatkan dia supaya bangun pagi dan solat subuh.. Saya rasa kecewa dan gagal dalam mendidik isteri. Ditambah dengan panduan agama bahawa suami yang gagal mendidik isteri akan terjerumus kedalam neraka bersama-sama isterinya. Pagi itu, kepala saya menjadi semakin panas. Panas. Solat subuh saya tidak dapat menenangkan perasaan saya yang mulai panas itu. Untuk mententeramkan diri, saya keluar rumah dan menuju ke pasar (masa tu sudah pukul lapan pagi). Saya berpusing-pusing dikawasan pasar. Rasanya lega sikit. Saya pun singgah di satu restoran dan sarapan di situ. Habis bersarapan, saya membeli apa-apa yang patut untuk sarapan pagi bagi isteri di rumah. Kemudian saya pun balik ke rumah.
Sampai dirumah, isteri belum bangun lagi. Sekali lagi perasaan marah menyirap ke kepala dan dada. Namun saya cuba tenteramkan diri. Saya letakkan sarapan di dapur kemudian duduk di ruang tamu. Beberapa minit kemudian, saya sedar isteri saya menuju ke dapur.
Saya cuba membuat komen diatas perangainya yang suka bangun lambat meninggalkan solat. Tetapi, komen saya dianggap seperti menghinanya walaupun saya tidak menggunakan bahasa yang boleh dianggap menghina sama sekali. Dia memasamkan muka. Sepuluh minit selepas itu dia mengeluarkan perkataan yang menempelak saya walaupun saya fikir isinya diluar sasaran. Dari hari ini, saya dapati isteri saya telah menghidap satu masalah baru iaitu nasihat saya dianggap menghina, kemudian dia akan mencari isu untuk menempelak saya semula.
Dari tengahari itu hingga ke malam, suasana sentiasa tegang. Kami saling berselisih pendapat dalam hal yang remeh-temeh. Saya menyalahkan dia, dia menyalahkan saya. Saya sebenarnya tidak dapat mengingat apakah ayat-ayat yang kami gunakan keatas satu sama lain. Yang pasti, kami bertegang urat. Perasaan tidak puas hati sentiasa menyelubungi benak saya. Dia pun nampaknya seperti itu juga. Tapi saya tidak dapat mengingat apakah bendanya yang menjadi kami tegang seperti itu.
Ketegangan berlarutan hingga selepas maghrib. Sembahyang zohor, asar dan maghrib saya cuma dapat mententeramkan keadaan sebentar saja. Selepas itu, ketegangan dalam kepala menyusup semula.
Lebih kurang dalam pukul lapan malam, saya menjadi tidak tertahan kerana setiap ingatan dan nasihat saya dibalas dengan ungkitan dan kata-kata pedas. Akhirnya, saya bertindak menolak punggung isteri saya dengan kaki kanan saya sehingga dia terduduk. Saya menolak, bukan menerajang. Itulah tindakan fisikal yang saya lakukan. Saya masih ingat untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh mencederakan dia. Selepas dia terduduk, saya berpaling dan duduk di ruang tamu. Dia tidak segera bangun tapi terus terduduk. Saya membiarkan dia disitu. Saya tahu dia tidak cedera dan berharap dia memikirkan secara serius apa yang saya telah beritahu dia, dan moga-moga dia sedar apa yang telah tidak dilakukannya. Hampir lima belas minit baru lah dia bangun. Dia kemudian melakukan kerja-kerja biasa dalam rumah seperti mengemaskan pakaian.
Kemudian dalam jam sebelas malam, saya terkejut bila tiba-tiba saya ternampak ayah dan emak mertua ada tercegat di pintu. Saya mempelawa mereka masuk. Mereka pun masuk. Saya tidak pasti samada kedatangan mereka di tengah malam ada kena mengena dengan ketegangan yang berlaku dalam rumahtangga kami pada hari itu, atau samada kedatangan mereka hasil pemberitahuan isteri saya tentang keadaan kami pada masa itu. Saya tidak tahu menahu bahawa mereka akan datang pada malam itu.
Setelah mereka duduk, nampaknya kami dapat berbual seperti biasa, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Emak dan ayah mertua pun tidak ada bertanya-tanya tentang hal yang berlaku. Saya tidak pasti samada mereka memang tidak tahu atau sengaja tidak mahu bertanyakan hal itu memandangkan kami telah berada dalam keadaan reda pada masa itu.
Oleh kerana malam agak larut, kami pun masing-masing tidur. Esok paginya, ayah dan mak mertua telah bangun awal, katanya mahu bertolak balik ke Melaka. Saya juga pergi ke tempat kerja seperti biasa. Isteri juga pergi bertugas seperti biasa kemudiannya.
Saya sebenarnya ragu untuk memasukkan cerita tentang hal ayah mertua, tetapi kerana tindak tanduknya yang menghairankan saya sepanjang perkahwinan dengan isteri saya, saya cenderung untuk mengaitkannya dengan pekara-perkara anih yang berlaku. Lagi pun identiti beliau saya pasti tidak akan di ketahui. Kalau ada yang mahu mengagak, saya minta usah berbuat begitu dan saya tidak bertanggungjawab diatas serkap jarang orang yang mahu membuat andaian.
Pertamanya, saya hairan kerana hasil desakan ayah mertualah yang menyebabkan saya menjatuhkan talak. Semasa menjatuhkan talak, saya tidak menyatakannya kepada isteri saya, tetapi saya menyatakannya kepada ayah mertua “saya serahkan semula isteri saya kepada ayah dengan talak satu” selepas ayah mertua mendesak saya.
Sebelum saya menjatuhkan talak, saya memandang tepat ke mata ayah mertua, kerana saya bagaikan kurang percaya. Saya rasakan saya menjadi lemah lalu menurut apa yang dimintanya iaitu menjatuhkan talak. Lama selepas perceraian, saya ada berbual-bual dengan kawan-kawan tentang hal ini, dan ada beberapa orang kawan yang berkata bahawa kalau seseorang itu ada mempunyai ilmu dalaman, dia memang boleh melemahkan hati kita jika kita memandang tepat pada matanya. Sepatutnya kita mengelak dari berbuat begitu, tapi manalah saya tahu hal semacam ini. Bagaimanapun, saya memang perasan bahawa bola-bola mata ayah mertua memang berlainan, seakan-akan sedang berpusar-pusar pada masa itu.
Satu lagi hal yang menghairankan ialah pada hari-hari yang dekat dengan lafaz talak itu. Semasa saya dan isteri sampai ke rumah mertua pada hari Sabtu tengahari, saya tidak ternampak kelibat ayah mertua pada hari itu, hingga saya balik semula ke Shah Alam pada hari esoknya (Ahad). Tetapi, pada masa isteri saya menyuruh saya datang ke Coffee Beans Petaling Jaya pada hari Isninnya, saya dapati ayah mertua ada disana dan mendesak saya bercerai. Apakah tindakannya ini dirancang tapi malu untuk menyatakannya kepada saya ? Apa sebenarnya alasan dia menyuruh saya bercerai ? Seperti yang saya katakn kepada emak mertua, saya tidak hisap dadah, tidak mabuk-mabuk, tidak memukul isteri, tidak pun merancang kahwin lagi, rumah saya adakan, belanja rumah saya siapkan dan tidak berkongsi pun. Apa silap saya ? Inilah yang menghairankan saya tentang sikap ayah mertua.
Saya juga hairan kerana ayah mertua tidak pernah berbincang atau memberitahu masalah atau menegur saya jika saya ada kesilapan. Apakah terus sahaja menyuruh cerai itu lebih baik dari berbincang ? Memang aneh jika beliau berfikiran begini. Saya berkata begini bukan bermakna saya mengaku saya ada melakukan kesalahan besar yang wajar diikuti dengan perceraian. Seperti yang saya katakan, saya bukan pencuri, bukan pemabuk, bukan pemadat, bukan penzina, bukan mahu kahwin lain, bukan pemukul isteri. Saya akui saya bukan seorang yang pandai atau banyak bercakap dan membosankan, tetapi ini adalah kelemahan saya. Kalau ini puncanya, memanglah pelik, kerana isteri saya dan emak mertua pun bukan tergolong dalam kalangan yang pintar berkata-kata atau banyak cakapnya.
Satu lagi yang menghairankan ialah ayah mertua sentiasa mengelak daripada duduk berbual dengan saya. Telah banyak kali saya menyatakan hal ini kepada isteri saya supaya dia bertanyakan kepada ayahnya kenapa saya dilakukan begitu, adakah saya telah menyinggung perasaan beliau atau bagaimana. Apa yang berlaku ialah seperti ini : Katakan ayah sedang makan didapur, apabila saya datang untuk makan bersama, dia terus berhenti makan dan beredar. Apabila dia sedang berada di ruang tamu, dia akan beredar sebaik saja saya duduk bersama. Begitu juga, semasa dia berada di beranda, dia akan segera beredar setelah saya duduk di beranda. Perkara ini bukan berlaku di rumah sahaja, malah melarat semasa kami mengunjungi rumah saudara-mara. Ayah mertua seperti enggan duduk berdekatan dengan saya. Dia pasti akan beredar jika saya berada dekat dengan beliau. Perkara ini berlaku begitu kerap sehingga saya sedar perkara ini berlaku. Beliau tidak ada menunjukkan wajah tak suka atau mendengus dan sebagainya, tetapi perlakuannya begitu anih. Saya tidak mengalami perkara seperti ini dengan orang lain, samada dengan kawan-kawan, saudara-mara, jiran-jiran, orang sekampung, rakan sekerja atau orang-orang yang baru saya kenali. Bagaimanapun, saya perasan beliau suka melirik saya dari jauh. Bagaimanapun lirikannya tidak menunjukkan kebencian tetapi selamba seperti biasa, seolah-olah mahu melihat sesuatu pada saya. Memang menghairankan perangai orang tua ini.
Saya perkara lain yang agak luar dari kebiasaan ialah cara ayah mertua bersalaman dengan saya, contohnya ketika saya baru sampai dari Shah Alam. Ayah mertua bila bersalaman tidak mesra. Dia tidak suka menggenggam erat seperti orang lain tetapi hanya melekapkan tapak tangannya kepada tapak tangan saya tanpa mengenggam, dan itu pun dia cepat-cepat menarik tangannya. Saya tidak pasti samada dia melakukan cara yang sama kepada orang lain tetapi cara ini memang saya rasa kurang ikhlas dan tidak menimbulkan kemesraan. Yang lebih teruknya ialah semasa hariraya, dimana saya tidak sempat menghabiskan kata-kata memohon maaf tetapi dia telah menarik tangannya dan berlalu.
Selepas beberapa tahun tinggal di Shah Alam (mungkin mulai dalam tahun ke 6), timbul satu gejala baru. saya lama-lama perasan, bahawa apabila saya duduk seorang diri di ruang tamu, atau berjalan dalam rumah, seperti ada sesuatu yang mengekori dibelakang saya, atau berada di tepi saya, dalam jarak 4 atau 5 kaki. Kadang-kadang disebelah kiri, kadang-kadang disebelah kanan. Kehadiran makhluk ini saya dapat rasakan kadang-kadang begitu kuat. Pernah sekali, saya cuba buat 'trik', iaitu saya menoleh secara tiba-tiba dengan harapan dapat melihat makhluk itu, tetapi seperti yang anda jangka, trik ini tentu tak menjadi. Kalau ada orang yang nampak saya buat pada masa itu, tentu orang itu anggap saya 'pelik'. Selepas itu, saya tidak mencuba apa-apa trik lagi. Saya terima keadaan itu seadanya, asalkan benda tu tak mencederakan saya.
(Gejala ini berlarutan walaupun setelah saya berpindah ke rumah baru isteri saya. Selepas bercerai, saya berpindah ke rumah saya yg lain, dan alhamdulillah, gangguan itu tiada lagi sehingga sekarang).
Pada satu hari, semasa saya memandu kereta dalam perjalanan balik ke Melaka dari Shah Alam. Saya ikut jalan lama, iaitu dari Shah alam ke Sendayan (LBJ), Rantau dan seterusnya ke Alor Gajah. Pada satu ketika selepas melepasi Rantau, tiba-tiba bulu roma tangan kiri saya berdiri. Saya merasa sangat hairan. saya tengok pada tangan saya yang sedang memegang stereng. Puh ! Apa hal ni, tiba-tiba bulu roma berdiri. Bukan ada rasa takut atau seram. waktu tu siang, dalam pukul 10 pagi. Saya tanya pada isteri : "Awak tengok ni, apasal tiba-tiba bulu roma naik ni". Seperti biasa, isteri memang kurang peduli. Dia buat tak tahu.'Serangan' bertambah kuat. Tengkok saya pula menjadi seram sejuk. Bulu roma terus mencacak macam dawai kokot. Saya rasa tak selesa. Kemudian saya terfikir, mungkin ada benda yang nak mengacau. saya kemudian menurunkan cermin tingkap kereta disebelah saya. Selepas itu saya menjerit dengan kuat : "Keluarlah kau ! Keluarlah kau ! jangan kacau aku!". hahaha, dah macam orang gila lagi. Isteri saya bertanya : "Kenapa ?". Saya jawab : 'saja, mana tahu 'dia' nak keluar". Anak saya di kerusi belakang cuma tersenyum. tapi, memang berkesan, Hampir segera bulu roma saya tidak meremang lagi. Dalam hati saya berkata : "Nak juga dia dengar cakap aku".
Selepas hampir sebelas tahun tinggal di flat di Taman Sri Muda, Shah Alam, isteri telah membeli sebuah apatmen berhampiran, lalu kami bersetuju untuk pindah ke situ, maklumlah nak rasa rumah baru. Sekali lagi hati saya berharap moga-moga tiada lagi benda-benda pelik atau aneh akan kami temui. Terfikir juga bagaimanakah cara berpindah yang menjadikan benda-benda itu tidak mengikut kami. Tapi saya tidak menemui jalan. Jadi, berharap sajalah. Tetapi, perkara-perkara seperti ada lembaga mengekori saya tetap berlaku, ditambah dengan beberapa kejadian lain.
Saya hampir pasti bahawa perkara-perkara ini ada kaitan dengan makhluk yang di suruh oleh ayah mertua kononnya untuk menjaga kami. Makhluk itu, pada pendapat saya, akan mengikut kami, dan dari semasa ke semasa akan ‘berjenaka’ dengan kami dengan melakukan perkara-perkara aneh. Saya pada masa kini terfikir bahawa makhluk seperti ini hanya setakat boleh mengganggu tetapi tidak akan dapat memberi bekas kepada manusia. Masalahnya ialah gangguannya berbentuk halus dan hampir tidak dapat kita sedari pada masa ia berlaku. Hanya setelah ia berlaku dan ia beredar untuk ‘berehat’, barulah kita sedar bahawa tadi ada gangguan.
Di rumah baru ini, kami tinggal hanya selama lebih kurang sebelas bulan sebelum kami bercerai. Pada ingatan saya, gangguan di rumah ini semakin kuat dan lebih kerap.
Pada satu hari Sabtu, lebih kurang dalam pukul tiga petang. Ketika itu isteri saya sedang tidur di bilik tidur, sementara saya sedang duduk di meja makan di ruang tamu.
Tiba-tiba saya terdengar isteri saya menjerit dengan kata-kata : “tak mau ! tak mau !” dalam tiga atau empat kali. Saya segera masuk ke bilik dan mendapati isteri saya telah tersedar tetapi dalam keadaan seperti keliru. Perlahan-lahan saya dekatinya dan bertanya kenapa, tetapi dia tak menjawab. Selepas itu dia tidur semula dan saya pun duduk semula di ruang tamu tanpa memperoleh jawapan. Saya tidak memperdulikan perkara itu sehinggalah selepas kami bercerai.
Selepas bercerai, saya ada bebual-bual melalui telefon dengan salah seorang makcik bekas isteri saya sebelah emaknya. Dalam perbualan itu, dia ada menyebut bahawa bekas ayah mertua saya ada menerima saka dari emaknya
Esoknya, ketika di pejabat di tempat kerja, saya membuat carian di internet tentang ‘saka’ menggunakan Google. Baris teratas hasil carian menunjukkan satu laman forum di www.cari.com.my yang berbincang tentang saka. Perbincangan sangat panjang, berbelas muka surat, tetapi kerana minat dengan isi kandungannya, saya baca sampai habis dan mencetaknya.
Salah satu peserta forum telah memberi maklumat yang berguna.yang boleh saya membuat andaian. Andaian saya ialah saka yang dibela oleh ayah mertua meminta izin dari isteri saya melalui mimpi untuk terus tinggal dengan isteri saya, tetapi isteri saya masih belum mau menerimanya, sebab itu isteri saya berteriak tak mau.

Pada suatu hari Sabtu juga, waktunya tengahari, saya sedang berbaring terlentang di katil di bilik tidur, sambil terkebil-kebil kerana tiada apa-apa yang mahu difikirkan secara serius pada masa itu. Tiba-tiba saya terdengar satu suara berbisik pada telinga kiri saya. Dia berbisik : “Abanggggg, abanggggg”. Bisikannya begitu jelas kerana seolah-olah berada di cuping telinga. Suaranya serupa perempuan tapi bukan seperti suara isteri saya. Saya menepis-nepis tiga empat kali pada telinga kiri saya dengan tangan kanan saya. Bila saya berhenti menepis, bunyi bisikan itu datang lagi. Saya terus bangun lalu duduk dan memandang pada arah bantal tempat saya meletakkan kepala tadi. Tiada apa-apa pun. Selepas itu tiada lagi bunyi bisikan seperti itu. Saya merasa sungguh hairan tetapi segera mahu melupakannya lalu saya pergi ke dapur untuk minum segelas air.

Pada suatu hari ahad, sekitar jam sebelas pagi, saya sedang berbaring terlentang di katil di bilik tidur, sambil terkebil-kebil kerana tiada apa-apa yang mahu difikirkan secara serius pada masa itu. Pada masa itu, isteri saya sedang menggosok baju di ruang tamu. Walaupun saya tidak boleh nampak isteri saya dari bilik tidur, saya tahu dia sedang menggosok baju. Tiba-tiba saya terdengar isteri saya memanggil : “Bang !” dari ruang tamu. Suaranya begitu jelas. Saya pun bangun dari katil dan keluar dari bilik tidur. Bila saya menjengah dari bilik tidur dan melihat wajah isteri saya, saya dapati dia dalam keadaan selamba, bukan seperti baru memanggil saya. Saya pun bertanya : “Awak panggil saya tadi ?”. Dia kata : ‘Tak ada.” sambil mengerutkan dahi. Dengan kehairanan, saya masuk semula ke bilik tidur dan menyambung berbaring.

Lebih kurang enam bulan sebelum kami bercerai, satu gejala baru telah timbul. Ia berupa satu perasaan sedih dan pilu menyerang saya setiap kali saya memberitahu isteri saya bahawa saya merancang untuk balik ke kampung. Biasanya kami akan pulang ke kampung untuk menemui ibubapa saya dan isteri sekali setiap bulan iaitu biasanya pada hari Sabtu petang atau hari jumaat malam sabtu pada minggu terakhir setiap bulan. Dan biasanya saya akan memberitahu isteri dalam masa dua atau tiga hari sebelum hari bertolak. Perasaan sedih bercampur pilu itu berada dalam kawasan dari dada saya hingga ke kepala. Perasaan itu terasa seperti seketul angin yang berpusar di dalam dada tapi disertai rasa pilu yang amat sangat. Perasaan pilu itu ialah perasaan yang kuat untuk menangis tetapi airmata tak keluar. Ia akan datang menyerang dalam masa dua atau tiga minit selepas saya memberitahu rancangan untuk balik kampung kepada isteri. Ia akan hilang apabila saya mula memulakan perjalanan. Jadi, dalam tempoh dua atau tiga hari, ketulan perasaan sedih pilu itu akan berada dalam dada saya.
Apabila sampai ke kampung saya sempat memberitahu kepada ibu dan makcik saya tentang ketulan perasaan pilu itu tapi mereka tidak memberi komen apa-apa, hanya mendiamkan diri, mungkin kerana mereka tidak memahami apa yang sedang melanda saya.
Setelah diserang dua atau tiga kali, saya cuba untuk lewat memberitahu isteri bila saya merancang untuk balik ke kampung, dengan harapan ketulan angin pilu itu tidak sempat menyerang. Sebanyak dua kali saya membuat keputusan segera, iaitu bila saya nak balik pada ketika itu, masa itu lah juga saya memberitahu isteri. Bagaimanapun, serangan tetap berlaku, malah lebih cepat. Sebaik saya memberitahu isteri, dalam bermula untuk berkemas-kemas, ia datang menyerang ! Angin yang membawa perasaan sedih dan pilu itu mula berpusar dalam dada.
Saya juga pernah memberitahu isteri tentang hal ini, tapi dia juga tidak memberi komen apa-apa.
Apa yang saya fikirkan ialah seperti ada makhluk ghaib yang mendengar perbualan saya dengan isteri tentang rancangan balik kampung, kemudian makhluk itu menimbulkan pusaran angin sedih untuk menghalang saya dari balik ke kampung. Mungkin makhluk itu ialah makhluk yang kononnya ditugaskan oleh ayah mertua untuk menjaga kami. Bagaimanapun andaian ini timbul setelah saya bercerai dan menoleh kebelakang untuk mengenang hal-hal yang berlaku dahulu.
Selepas kami bercerai, gejala ini tidak lagi berlaku kepada saya. Alhamdulillah.

Satu perkara yang saya sedari berlaku pada diri saya selepas perceraian ialah saya seperti memperoleh semula tumpuan apabila bercakap-cakap dengan orang lain. Sama keadaannya seperti air mandi yang tidak sampai ke kulit, dalam hal ini seperti ada sesuatu mengganggu tumpuan saya. Apabila saya bercakap dengan orang, saya tidak dapat memandang tepat pada mata orang yang saya bercakap dengannya, tetapi lama kelamaan situasi ini berubah dan sekarang ini saya merasa selesa apabila bercakap-cakap dengan orang kerana saya dapat melahirkan idea sepenuhnya, iaitu saya dapat menghabiskan ayat yang saya mahu cakapkan. Saya juga dapat memandang dengan tepat pada orang yang saya sedang bercakap, berlainan dengan dahulu dimana saya sedari bola mata saya seperti beralih dengan sendiri dari memandang orang yang saya sedang bercakap.

Biasanya, kami balik ke kampung sekali pada setiap hujung bulan, biasanya pada hari Sabtu. Dari Shah Alam, saya suka memandu melalui jalan Negeri iaitu dari Shah Alam ke Sepang ke Port Dickson ke Kuala Sungai Baru ke Masjid Tanah hinggalah ke Melaka. Saya mengelak dari menggunakan lebuhraya kerana mahu berjimat dari membayar tol. Selain itu dapat mengelak kesesakan trafik yang biasanya berlalu di persimpangan ke Seremban/PD (Pada hari Sabtu, kesesakan begitu teruk hingga mencapai lima hingga sepuluh kilometer. Banyak masa terbuang disini dan memenatkan). Menggunakan jalan lama, pemanduan selesa kerana jalanrayanya elok dan hampir tiada kesesakan panjang.
Seperti yang saya ceritakan dalam tajuk sebelum ini, perasaan sedih dan pilu menyerang dalam dada saya dalam perjalanan kali ini. Saya membaca ayat Kursi berulang kali tapi perasaan itu tetap tidak hilang. Seperti mahu menangis tapi tak keluar air mata.
Semasa sampai ke kawasan Kuala Sungai Baru, lebih kurang dua puluh kilometer dari rumah ibubapa mertua, dengan tidak semena-mena bulu roma kedua-dua tangan saya meremang. Heran betul sebab ini berlaku di waktu siang hampir tengahari, bukan waktu tengah malam. Saya suruh isteri melihat pada tangan saya yang meremang itu. Saya kata : “Kenapa ni, tiba-tiba bulu roma naik ni”. Dia melihat tapi seperti biasa tidak memberi apa-apa komen.
Saya mula membaca ayat Kursi lagi tapi tiada kesan. Dalam fikiran saya mula datang idea bahawa seperti ada sesuatu yang mengekori kami, dan syak saya ialah sesuatu itu ialah makhluk yang di panggil oleh ayah mertua untuk ‘menjaga’ kami. Saya pun menurunkan cermin tingkap sebelah saya lalu saya kata : “Balik lah engkau kepada tuan engkau. Jangan kacau aku. Balik lah, balik lah !”. Dengan tidak saya sangka, meremang bulu roma saya hilang hampir secara segera. Saya kata pada isteri saya : “Dah, dia dah keluar”. Saya senyum sendiri dan merasa nak gelak pun ada. Isteri saya berkata : “Apa abang ni cakap dengan sapa.”. Saya diam saja, susah nak terangkan pada dia kerana saya tahu dia bukan jenis orang yang percaya kepada keujudan makhluk halus.
Saya naikkan kembali cermin tingkap dan teruskan perjalanan. Sehingga sampai ke rumah mertua, gejala bulu roma berdiri dengan tiba-tiba itu tiada lagi.
Sepanjang perkahwinan selama dua belas tahun, inilah sekali sahaja kejadian seperti ini berlaku tetapi meninggalkan kesan dalam ingatan kerana ia memelikkan.

Saya ada menyebut tentang makcik sebelah isteri saya ini dalam tajuk Makcik disalahkan bila beras tak mau tanak diawal buku ini. Dia telah menghilangkan diri setelah berselisih faham dengan ayah mertua saya bila ayah mertua saya menuduh dialah yang menyebabkan berlakunya kejadian dimana beras yang dimasak tidak tanak-tanak pada petang majlis persandingan. Beliau dituduh tidak pandai membeli beras menyebabkan ayah mertua terpaksa membeli beras lain.
Kemudian pada satu hari, selepas lebih kurang sebelas tahun, isteri saya memberitahu bahawa makcik yang menghilang itu telah datang ke rumah mak mertua. Ini bermakna mereka telah berbaik semula.
Makcik itu juga telah datang ke rumah kami di Taman Sri Muda, Shah Alam sebanyak dua kali, selang seminggu, kerana dia bekerja memandu teksi. Jadi, bila ada masa, dia singgah ke rumah kami.
Sebulan selepas lawatannya ke rumah kami, berlakulah perkara yang tidak diingini iaitu kami bercerai. Saya tidak mahu mengaitkan lawatan makcik ini dengan perceraian kami, saya menganggap ia satu kebetulan sahaja. Bagaimanapun, isteri saya pernah memberitahu saya bahawa makciknya yang satu ini memang tidak sukakan dia (isteri saya) kerana dahulu neneknya (telah meninggal dunia) sangat memanjakan isteri saya dan menuruti banyak kemahuannya lebih dari anak-anaknya sendiri (termasuk makcik itu). Ini menyebabkan saya ada menaruh sedikit syak pada makcik ini bahawa dia ada ‘melakukan sesuatu’ untuk merobohkan rumahtangga isteri saya, tapi saya tiada bukti.
Makcik ini juga, dalam dua minggu selepas perceraian, ada menghubungi saya memberitahu bahawa dia boleh menolong saya untuk menyambung semula jodoh saya dengan memberi cadangan kepada saya supaya bertemu dengan seorang ‘bomoh’. Tetapi saya menolaknya kerana tidak suka dengan cara itu. Dari sini, saya tahu dia mempunyai ‘kontek’ dengan seorang bomoh samada untuk tujuan baik atau sebaliknya. Semasa saya menulis buku ini, saya masih menyimpan perasaan syak ini.

Alahai malu nak beritahu perkara ini, tetapi memandangkan adanya unsur-unsur pelik maka saya masukkan juga untuk melengkapkan misteri-misteri lain.
Lebih kurang dua minggu sebelum kami bercerai, saya mula merasa sakit-sakit pada alat kelamin saya, seperti di picit-picit. Rasa sakitnya tidak berterusan, tapi sekejap-sekejap. Sakitnya tidaklah begitu terasa, kadang-kadang saya boleh lupa bila sedang melakukan kerja-kerja. Ia terasa apabila saya sedang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa. Saya cuba mengingat-ingat samada ada kejadian dimana alat kelamin saya itu terpukul, terhantuk atau tersepit dan sebagainya. Saya juga cuba mengingat kembali apakah benda yang saya makan yang lain dari biasa yang mungkin boleh menyebabkan berlakunya gejala ini. Saya tidak peroleh jawapan.
Sebenarnya, semasa saya memeriksa alat kelamin saya, saya juga sedari bahawa warnanya bertukar menjadi pucat kebiruan dan saiznya mengecil. Senang cerita, kecut. Sentuhan-sentuhan padanya tidak menaikkan syahwat saya. Saya tidak terangsang seperti sebelum ini. Sebelum ini, sentuh sedikit, naik banyak. Walaupun begitu, saya belum mengesyaki apa-apa. Bagaimana saya mahu mengsyaki apa-apa kerana tiada berlaku perkara yang boleh menjadi punca, seperti salah makan dan sebagainya.
Rupanya, hal lebih teruk berlaku kemudiannya. Saya tidak terangsang bila berdua dengan isteri. Sentuhan pada isteri tiada ‘magik’ nya lagi. Hambar. Bagaimanapun, kerana isteri tidak komplen apa-apa, saya tidak rasa tertekan, sementara mencari jalan penyelesaian. Saya fikir dia tentu faham tentang keadaan seperti ini seperti yang kita boleh baca di buku-buku atau majalah. Lagi pun, selama dua belas tahun berkahwin, ini sahaja tempoh yang rasanya boleh dianggap ‘lama’ tidak bersenggama, jadi saya fikir dia boleh menerima buat seketika. Kata orang, tak kan pasal seminggu tidak bersenggama boleh jadi punca tidak puashati, tak kan boleh lupa masa-masa bersenggama sepanjang dua belas tahun sebelum ini.
Bagaimanapun, perkiraan saya salah. Dalam dua minggu selepas bermulanya gejala ini, isteri saya minta cerai. Bagaimanapun, saya tidak pasti samada hal ini adalah punca dia meminta cerai kerana dia belum komplen atau merungut. Lagi pun, seharusnya dia cuba prihatin dengan apa yang berlaku kepada saya.

Pada malam dimana isteri saya meminta cerai, alat kelamin saya terasa amat sakit. Pada masa itu kami berada di rumah mertua di Melaka. Waktunya ialah hari Sabtu malam Ahad. Saya ke bilik air dan memeriksa alat kelamin. Memang bertambah kecut dan biru pucat. Saya mula risau yang amat sangat. Saya masuk semula ke bilik tidur dan baring di sebelah isteri. Masa itu lebih kurang jam sebelas malam. Isteri saya menyentuh tangan saya dan cuba mengusap lengan saya. Tapi, perasaan saya satu macam. Saya tidak terasa nikmat bersentuhan dengan isteri, malah gersang dan hambar, ditambah dengan alat kelamin yang terasa sakit kerana seperti semakin kuat di picit-picit. Dari atas katil, saya turun lalu baring diatas lantai kerana badan mula terasa panas. Saya buka baju dan baring diatas lantai simen. Dengan rasa sejuk lantai simen, saya dapat tidur.
Saya terbangun dari tidur dalam pukul empat pagi sabtu. Ini satu waktu yang dikira awal sangat kerana saya belum pernah terbangun dalam waktu sepagi begini. Rupanya saya terbangun kerana lampu didapur telah dipasang. Oleh kerana bilik tidur kami bersebelahan dapur, dan ianya dipisahkan oleh tingkap cermin, cahaya lampu dapur itu masuk menerangi bilik tidur.
Saya bangun dan mendapati isteri tiada di atas katil. Saya kemudian mencarinya. Bila saya masuk ke dapur saya dapati isteri saya berada disitu, sedang duduk berteleku diatas kerusi, dengan wajah seperti sedang memikirkan sesuatu dengan serius. Saya bertanya : “Kenapa ni”. Dia tidak menjawab. Bila saya cuba menyentuh bahunya, dia menepis. Darah saya berderau kerana dia belum pernah berbuat seperti ini iaitu menepis sentuhan saya. Saya mula terasa kurang sedap. Saya bertanya lagi : “Kenapa, cakaplah”. Kali ini, dia menjawab dengan suara tegas : “Ceraikan saya”. Saya bertanya kembali : “Apa awak cakap ni”. Dia berkata : “Awak dengar kan cakap saya tadi”. Saya terus bertanya : “Kenapa”. Dia tidak menjawab. Saya merasa sungguh hairan dan terkejut. Memang ini satu kejutan. Saya tidak dapat memikirkan satu punca yang logik yang melayakkan dia meminta cerai. Kerana saya baring dilantai malam tadi dan membiarkan dia keseorangan diatas katil ? Sepatutnya dia prihatin dan cuba mengetahui masalah saya.
Saya cuba sentuh dia lagi, dia menepis lagi, kali ini lebih kuat tepisannya. Saya fikir saya akan biarkan dahulu. Mungkin dia sedang mengalami masalah yang mahu diselesaikannya sendiri dahulu. Saya pun bergerak ke beranda dan duduk disana sementara menunggu waktu subuh datang. Sambil-sambil tu saya melihat-lihat isteri di dapur. Keadaannya masih sama. Masih duduk berteleku diatas kerusi dengan wajah begitu serius macam nak pecah kulit pipinya, matanya memandang tajam kedepan.
Bila masuk subuh, saya solat subuh. Habis solat subuh, saya kembali duduk di beranda hingga keluar matahari. Keadaan isteri saya masih sama, masih duduk disitu.
Hari itu (sabtu pagi) memang saya merancang untuk balik ke Muar. Saya masuk ke bilik dan menukar pakaian. Selepas berkemas sedikit, saya masuk kedapur untuk mengajak isteri bersama balik ke Muar. Saya kata : “Jom kita balik Muar, malam nanti balik sini lagi”. Dia tidak menjawab. Kerana keadaannya yang begitu serius yang belum pernah saya lihat, saya tidak mahu berkata apa-apa lagi. Saya fikir, biarlah dia dan emaknya dan ayahnya cuba menyelesaikan masalah yang berbuku dalam hati dan kepalanya. Bagi saya, tiada masalah apa-apa antara dia dan saya.
Saya pun keluar dari dapur dan bergerak menuju ke kereta untuk memulakan perjalanan ke Muar. Selepas memasukkan beg ke dalam bonet kereta, saya pun membuka pintu kereta. Saya perasan, isteri sudah duduk di beranda. Dia melambai saya supaya datang kepadanya. Wajahnya masih begitu tegang. Saya pun datang dekat kepadanya dan bertanya : “Ok ke”. Tapi dia menjawab : “Saya dah tak boleh hidup dengan awak.”. Saya bertanya lagi : “Kenapa. Apa salah saya.”. Dia menjawab : “Saya tak suka awak”. Tentu saya tak puas hati dengan jawapan ini. Dasar apakah yang dipegangnya ini, bila tak suka minta cerai, tanpa sebab manasabah pulak tu, dan tak pernah memberitahu apa salah silap atau kekurangan saya. Ibu dan ayah mertua pun tak pernah memberi apa-apa petunjuk tentang apa yang mereka tak puashati. Bagi saya, ini betul-betul satu misteri dan memusykilkan saya. Saya cuba mengingatkan dia : “Awak tahu dosa minta cerai tanpa sebab ?”. Dia menjawab : “Saya tanggung”. Puh ! apa benda ni... kahwin cerai dibuat main, balasan dosa dah berani tanggung....
Saya masih tidak peduli dengan permintaannya, masih berharap keadaan akan kembali pulih. Saya terus masuk ke kereta dan mulakan perjalanan balik ke Muar.
Di Muar, saya tidak memberitahu emak atau ayah saya tentang apa yang berlaku. Saya buat biasa saja. Selepas bermalam di Muar, saya bertolak balik ke Melaka pada tengahari ahad.
(Bersambung ke tajuk selepas ini).

Pada tengahari Ahad, saya pun bergerak dari Muar untuk balik ke Melaka untuk mengambil isteri pulang ke Shah Alam. Fikiran saya pada masa itu agak bercelaru, walaupun hati saya agak jelas dengan apa yang saya akan buat. Saya fikir isteri boleh dibawa berunding atau dipujuk lagi.
Semasa melalui jalan Muar-Melaka tidak jauh dari bandar Merlimau, tiba-tiba ada sebuah kenderaan memotong saya. Dipotong kenderaan lain adalah perkara biasa. Dan kali ini juga saya tidak merasa apa-apa yang pelik. Cuma, selepas kenderaan itu hilang dari pandangan dek kelajuannya selepas memotong, saya terfikir tentang nombor pletnya. Nombornya ialah MAY47. Terlintas di kepala saya bahawa nombor ini boleh diterjemah sebagai MAYAT. Mula terlintas di fikiran saya adakah ini membawa petanda yang kurang baik. Bagaimanapun saya cuba menepis lintasan fikiran ini.
Kenderaan itu berwarna hitam berkilat, seakan-akan seperti Toyota Estima. Sebenarnya ia diikuti oleh sebuah kereta lain yang saya kurang mahir jenisnya dan nombor kenderaan yang satu lagi kalau tidak silap saya ialah MAY 437, berwarna hitam berkilat juga. Kedua-duanya dipandu laju dan hilang dari pandangan saya dalam beberapa ketika.
Saya fikir, kereta bernombor MAY 47 ini bukan salah satu perkara anih, ia cuma kebetulan, bagaimanapun keterbetulannya hadir ketika saya sedang mengalami masa-masa ujian ini.

Apabila saya sampai ke rumah mertua di Melaka, saya dapati isteri tiada di situ. Saya bertanya pada emak mertua dimanakah isteri saya. Emak mertua memberitahu ringkas bahawa isteri saya telah balik ke Shah Alam. Saya bertanya lagi : “Balik dengan siapa”. Dijawab selamba : “Entah”. Dengan jawapan seperti ini, saya rasa malas nak bertanya-tanya lagi. Saya kemudian mundar-mandir sebentar.
Saya terfikir untuk bertanya lebih lanjut kepada mak mertua kenapa isteri saya berkelakuan demikian. Saya pun menghampiri mak mertua di dapur dan bertanya : “Kenapa jadi macam ni”. Emak mertua menjawab : “Entahlah”. Saya berkata lagi : “Apa salah saya. Saya tak hisap dadah, saya tak mabuk, saya tak menduakan dia, saya tak ada pukul dia, kenapa dia minta cerai?”. Mak mertua menjawab : “Awak bincanglah dengan dia”. Saya fikir saya tak akan dapat jawapan dari emak mertua. Lalu saya bergegas untuk pulang ke Shah Alam. Waktu itu dalam pukul empat petang.
Setibanya di Shah Alam, saya dapati isteri tiada di rumah. Saya menunggu di rumah hingga pukul sembilan malam tapi isteri belum pulang lagi. Saya menalifon mak mertua di Melaka samada dia tahu dimana isteri saya berada, tapi jawapannya negatif. Saya cuba menalifon dua rakan perempuannya yang saya tahu, tapi mereka juga memberitahu bahawa isteri saya tidak ada bersama mereka. Saya sudah tidak tahu ke mana lagi saya harus bertanya.
Sehingga larut malam saya tidak menerima apa-apa panggilan dari isteri. Panggilan saya ke telefon bimbitnya tidak dijawab. Akhirnya saya tertidur.
Apabila bangun pagi, saya terasa begitu penat. Saya mengambil cuti segera pada hari itu (Isnin). Kemudian dalam pukul sepuluh pagi, isteri saya menalifon, menyuruh saya datang ke restoran Coffee Beans di depan Hotel Hilton, Petaling Jaya pada pukul empat petang, kerana katanya ada seseorang yang akan menjadi saksi saya melafazkan talak.
Pada waktu yang dijanjikan, saya sampai di Coffee Beans. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapati bahawa ‘seseorang’ itu ialah bapa mertua saya. Dalam hati saya beristighfar. Patutlah saya tidak menemui ayah mertua semasa di Melaka, rupanya dia seperti ada agenda sendiri seakan-akan mahu mengelak dari bertemu saya.
Saya bersalam dengan bapa mertua. Dia menyambut seperti hendak tak hendak. Huluran salam saya pada isteri tidak disambut sama sekali. Saya melihat sekeliling, ramai orang di restoran itu.
Sebaik saya duduk di kerusi, belum sempat untuik memesan makanan atau minuman, saya telah didesak oleh isteri supaya melafazkan cerai. Dia kata : “Cakaplah sekarang”. Saya bertanya : “Kenapa”. Dia jawab : “Jangan banyak soal”. Dia menyambung : “Dalam restoran ini ada kaki pukul. Kalau awak tak mahu lafazkan, saya akan panggil dia pukul awak”. Saya melihat sekeliling, tak nampak muka seperti kaki pukul, tapi rasa cuak ada jugak. Kemudian dia mengambil satu botol air minuman Coke dari atas meja kami dan mengancam untuk membaling kearah saya. Dia kata : “Cepatlah”. Saya bertanya : “Apa alasan awak”. Dia menjawab : “Saya dah tak suka awak. Saya benci awak. Saya takut tengok muka awak”. Saya rasa nak gelak lalu terlepas senyum kerana alasan itu betul-betul tidak manasabah. Mungkin senyuman saya menambah sakit hatinya lalu dia kata : “Anak kita itu awak ambillah”. Mendengarkan ini, saya terfikir dia memang serius. Saya memandang kearah ayah mertua yang berdiam diri setakat ini untuk mempastikan dia mendengar apa yang diucapkan oleh isteri saya tentang anak kami.
Saya berkata kepada isteri : “Awak tau berdosa minta cerai tanpa alasan manasabah. Bergegar arasy”. Isteri menjawab : “Saya tanggung dosa”.
Isteri saya menyambung : “Dengar sini. Saya dah kenal dengan seseorang yang kaya. Kaya sangat.”. Saya mencelah dan bertanya : “Kaya macamana ? Bos awak ke”. Dia menjawab : “Bukan. Kaya lagi. Bayangkan, minggu lepas dia baru meresmikan lebuhraya”. Fikiran saya mula mencari-cari kemungkinan siapakah orang itu tapi saya tidak memperoleh jawapan..
Kemudian ayah mertua mencelah : “Kalau saya lah, kalau perempuan dah tak suka, saya lepaskan”. Saya jawab : “Ini bukan boyfren girlfren boleh lepas-lepas”. Kemudian ayah mertua mendesak lagi : “Cepatlah cakap, lagi cepat lagi baik. Ayah dah nak balik Melaka naik bas malam ni, nanti tertinggal bas pulak”.
Kemudian saya merenung wajah ayah mertua. Dalam hati saya berkata “Bio betul orang tua ni”. Kemudian saya bertentang mata dengan ayah mertua. Saya lihat bola-bola matanya berpusing-pusing. Lalu saya berkata : “Baiklah, saya serahkan balik S kepada ayah dengan talak satu”. Ayahnya nampak tersenyum lebar lalu bertanya : “Ikhlas ?”. Saya angguk. Bekas isteri mencelah : “Macam ni kan senang”.
Kemudian kami masing-masing beredar. Saya balik ke Shah Alam. Bekas isteri dan ayahnya tidak saya ketahui beredar kemana, mungkin ke stesen bas Puduraya untuk mencari bas ke Melaka.
Apa yang menghairankan saya ialah seperti ada konspirasi antara bekas ayah mertua saya dan anak perempuannya, tapi kurang jelas apa matlamatnya.

Selepas saya melafazkan cerai lebih kurang pada pukul enam petang Isnin, bekas ayah mertua dan bekas isteri saya pun beredar dari restoran itu. Saya pun beredar juga dan balik ke rumah.
Lebih kurang dalam pukul lapan malam, semasa saya berada di rumah, saya menerima panggilan dari bekas isteri saya. Dia menyuruh saya keluar dari rumah malam itu juga kerana katanya rumah itu adalah miliknya. Memang benar, rumah itu adalah miliknya. Dia berkata lagi, oleh kerana kami sudah bercerai, kami tidak boleh lagi tinggal sebumbung, jadi dia mahu saya keluar rumah supaya dia dapat balik ke rumah.
Dalam hati saya berkata alangkah dangkalnya pengetahuan agama bekas isteri saya ini. Tidak kah dia tahu bahawa kami masih ada tempoh edah dan kami masih boleh tinggal bersama dan kami boleh rujuk bila-bila masa.
Saya bertanya kepada bekas isteri kemana harus saya pergi malam-malam begini. Dia kata dia tak peduli dan itu bukan urusan dia. Saya merayu lagi supaya dibenarkan tinggal hingga esok hari (Isnin) kerana saya perlu berkemas. Alhamdulillah dia bersetuju. Maka pada malam itu, saya mula berkemas. Saya bungkus pakaian dan peralatan yang perlu dan sumbatkan kedalam bonet kereta. Sebahagiannya saya masukkan di tempat duduk belakang kereta. Lebih kurang dalam pukul dua pagi, saya habis berkemas. Saya berharap-harap semoga barang-barang dalam kereta akan selamat hingga esok pagi. Saya perasan bahawa jiran-jiran tidak nampak apa yang saya sedang buat. Lepas itu saya pun tidur.
Pagi Isnin, saya pergi ke tempat kerja seperti biasa. Namun saya begitu susah hati memikirkan dimanakah harus saya bermalam selepas ini. Memang saya ada dua buah rumah flet tapi kedua-duanya saya telah sewakan. Saya tidak boleh beri notis 24 jam kepada penyewa supaya keluar rumah kerana kedua-dua penyewa sudah berkeluarga. Saya tak sampai hati untuk memberi notis sesingkat itu.
Selepas balik kerja dalam pukul lima petang, saya mula memikirkan untuk mandi dan membersihkan badan di surau atau masjid. Pada masa itu saya mula memikirkan betapa kejamnya sikap bekas isteri saya memperlakukan saya begini. Saya tidak pernah memperlakukan dia begini. Saya tidak pernah menghalau dia dari rumah flet saya semasa kami tinggal di sana selama sebelas tahun. Nampaknya dia juga tidak ingat bahawa sayalah yang bersusah payah mendapatkan rumah yang dimilikinya sekarang. Saya yang mencari rumah untuknya kerana dia kata dia nak beli rumah memandangkan majikannya ada memberi kemudahan pinjaman perumahan dalam bentuk membayarkan faedah pinjaman bank. Saya menolong membayarkan wang pengeras (booking) sebanyak RM1,000. Saya juga mendahulukan cagaran (deposit) RM10,000 kepada pemaju. Apabila pihak bank mengurangkan jumlah pinjaman, saya telah mendahulukan RM10,000 lagi. Saya juga yang berurusan dan berulang-alik menemui pemaju, bank, peguam dan sebagainya. Apabila rumah boleh diduduki, saya telah memasangkan geril keselamatan keliling tingkap-tingkap dan pintu rumah. Saya yang memanggil kontraktor untuk membasuh rumah dan membetulkan apa-apa yang perlu seperti lampu, paip air dan sebagainya. Entah mengapa, saya mampu tersenyum bila mengenangkan sikapnya yang lupa daratan ini.
Setelah keluar dari pejabat, saya singgah di sebuah restoran dekat dengan kawasan perumahan asal. Kemana lagi kerana itulah tempat yang saya rasa biasa dengannya. Saya minum secawan kopi.
Semasa saya minum, tiba-tiba saya terpandang satu iklan yang ditampal di dinding di luar restoran. Iklan itu berbunyi : “Bilik untuk disewa. Harian, mingguan , bulanan. Hubungi nombor xxx-xxxxxxxx.”. Saya pun segera menghubungi nombor itu. Alangkah terkejutnya saya bila pemiliknya memberitahu bahawa bilik yang dimaksudkan berada di sebelah restoran yang saya sedang berada. Saya segera menghabiskan minuman dan bergegas menemui tuanpunya bilik itu.
Rupa-rupanya tingkat satu rumah kedai itu telah dijadikan bilik-bilik oleh beliau untuk disewakan. Serupa hotel lah kiranya.
Beliau menjelaskan, sewa harian ialah RM10 sahaja. Congak-congak saya memberitahu saya mahu menyewa sebulan. Idea saya ialah supaya saya sempat memberi notis sebulan kepada orang yang menyewa rumah saya. Saya berbual-bual dengan tauke hotel itu yang berasal dari kelantan. Beliau juga menjalankan operasi pajak gadai di tingkat satu itu. Mungkin kerana dia heran melihat saya yang sudah berumur mahu menyewa bilik, dia bertanya-tanya tentang saya. Saya pun menceritakan apa yang berlaku. Dia memberi semangat supaya saya kuatkan iman dan bersabar.
Saya pun membayar deposit RM100. Kemudian saya ditunjukkan bilik. Rupanya bilik itu terlalu kecil : 6 kaki panjang dan 5 kaki lebar. Ada sebuah katil bujang dan sebuah kipas angin. Bagi saya, dapat tempat untuk berehat sudah memadai dan bersyukur. Saya mengambil sedikit barang-barang yang perlu sahaja dari dalam kereta dan meletakkannya di bilik. Dengan bilik yang begitu kecil, apalah yang dapat saya buat selain berbaring-baring. Bilik mandinya dikongsi dengan lain-lain penyewa. Semuanya ada tujuh buah bilik. Penghuninya ada orang bujang dan ada yang berkeluarga. Bagaimanapun, tiada orang tempatan, hanya saya seorang. Ada orang Bangladesh, Myanmar, Indonesia.
Selepas mandi, saya baring dan teringat untuk menelefon salah seorang yang menyewa rumah flet saya. Waktu itu lebih kurang jam sepuluh malam. Saya memberitahu dia apa yang berlaku kepada saya dan saya memberi notis kepada dia selama sebulan dengan rasa berat hati kerana dia penyewa yang baik. Dia berjanji untuk keluar secepat mungkin setelah dia dapat mencari rumah yang sesuai.
Setelah dua puluh hari tinggal di bilik itu, orang yang menyewa flet saya memberitahu bahawa dia sudah keluar. Dia kata saya sudah boleh masuk ke rumah. Saya pun memberitahu tauke bilik saya bahawa saya akan keluar secepat mungkin. Esoknya setelah saya membayar sewa bilik sepenuhnya, saya pun mengambil barang-barang dari bilik dan memasukkan ke dalam kereta. Kebetulan hari itu hari Ahad saya tidak bekerja. Jadi saya terus masuk ke rumah flet saya. Saya fikir masalah saya sudah selesai dan bersyukur kepada Allah banyak-banyak.
(Tiada apa-apa yang misteri dalam tajuk ini. Tetapi ada sedikit keluarbiasaan yang berlaku menyebabkan saya rasa ia boleh diselitkan dalam buku ini.)

Pada malam hari kedua saya tinggal di rumah saya, saya telah mengalami sebuah mimpi. Dalam mimpi itu, waktu dalam mimpi ialah malam juga. Saya telah membuka pintu rumah, kemudian keluar dalam jarak semeter lalu menutup semula pintu. Kawasan luar rumah berlainan dari yang sebenar. Ianya luas dan lapang, cuma bercahaya sedikit. Tiba-tiba datang deruan angin yang cuba menolak saya jauh dari pintu. Saya sempat memegang tombol pintu dan cuba membuka pintu untuk masuk semula kedalam rumah. Tolakan angin semakin kuat. Saya dapat membuka pintu tapi belum cukup besar untuk membolehkan saya masuk kedalam rumah. Saya berlawan dengan tolakan angin itu beberapa saat. Timbul idea dalam fikiran saya untuk menerjah atau melompat saja kedalam rumah. Pada masa saya sedang cuba membuat lompatan, mimpi saya tamat. Saya tersedar. Dada saya berdebar sedikit. Apa yang terfikir pada masa itu ialah bahawa mimpi itu membayangkan suasana perceraian saya. Keluar dari pintu melambangkan perceraian. Gagal masuk semula ke dalam rumah melambangkan saya tidak akan dapat rujuk semula. Angin yang menolak melambangkan ada unsur lain yang menghalang saya dari menyambung semula perkahwinan.

Pada hari Sabtu berikutan hari lafaz cerai (Isnin), saya balik ke kampong di Muar dengan tujuan menenangkan fikiran dan memberitahu keluarga tentang apa yang berlaku. Saya tiba pada tengahari Sabtu dirumah Pakcik dan Makcik saya (Sebenarnya dari umur saya 3 tahun, saya tinggal dan dibela oleh makcik dan pakcik saya. Rumah mereka hanya bersebelahan dengan rumah ibubapa kandung saya). Selepas sampai saya berehat sebentar dan bercakap-cakap dengan pakcik. Makcik pada masa itu berada dirumah emak saya.
Selepas berbual sebentar, saya pun mandi dibilik mandi. Sungguh mengejutkan ! Siraman air ke badan saya, saya terasa airnya betul-betul mencecah kulit badan saya ! Saya merasa sungguh nikmat dengan mandian kali ini. Saya tidak pernah terasa nikmat air mandi sesedap dan senyaman ini. Rupa-rupanya, selama ini, bila saya mandi, air mandi seolah-olah tidak betul-betul sampai kekulit badan, seolah-olah ada satu lapisan plastik melapisi kulit badan yang menghalang saya dari menikmati air mandi ! Saya terus menjirus air kebadan, menjirus lagi, dan lagi dan lagi sambil terus menikmati kesedapan air mandi…. Selepas setiap jirusan saya berhenti dan menarik nafas kerana menikmati air yang melekat dikulit badan. Nikmatnya air mandi kali ini….. baru saya sedar selama ini saya kehilangan nikmat mandi dan baru hari ini saya dapat menikmatinya semula. Mulut saya berkali-kali mengucap syukur Alhamdulillah dan hati saya juga turut berkata-kata mengucap syukur kehadrat Allah SWT kerana memberikan saya peluang menerima semula nikmat air mandi ! Saya tidak dapat mengukur sejak bilakah saya kehilangan nikmat ini tapi kedatangannya semula memang begitu terasa perbezaannya. Terasa air mandi melekat dari hujung kepala hingga hujung kaki. Selama ini saya tidak terfikir untuk mengurut-ngurut hingga ke telapak kaki, tapi pada hari ini saya mengusap air mandi dari badan hingga ke jari-jari kaki. Sekarang terasa jari-jari kaki seperti terlepas dari satu balutan plastik yang menghalang air dari sampai kesitu.
Selepas puas mandi, saya mengelap badan dan naik ke rumah. Selepas memakai baju saya duduk semula diruang tamu bersama pakcik. Saya masih terasa nikmatnya mandi tadi. Setelah duduk dikerusi beberapa minit tanpa berkata apa-apa, akhirnya saya memberitahu pakcik (saya panggil Pak Long) : “Pak Long, tadi saya mandi rasa nikmat betul, tak pernah rasa macam ni. Air mandi betul-betul terkena kulit”. Pakcik hanya tersenyum dan berkata “Apa ya”. Huh.. dalam hati saya memang tak puashati dengan jawapan pakcik, tapi saya sedar tidak ada sesiapa yang akan faham kecuali saya sendiri. Saya memilih untuk berdiam diri beberapa minit. Kemudian saya bercerita hal perceraian dengan pakcik.

Dari hari saya merasa air mandi sampai ke kulit badan hingga seminggu selepas itu, saya merasa kelainan pada suhu badan saya. Dulu saya rasa badan sentiasa panas dan hangat, tetapi kali ini terasa sejuk dan nyaman, seolah-olah ada sesuatu nuklius yang telah terbang keluar dari badan.
Selepas balik ke bilik sewa di Shah Alam, saya memegang-megang tangan dan badan saya untuk mempastikan badan saya sejuk, tetapi saya tidak merasa apa-apa perbezaan. Rasa sejuk itu dirasai hanya di dalam badan, bukan di kulit badan. Saya rasa ada kelegaan dan kebebasan dari sesuatu. Saya terasa suka dan nikmat dengan keadaan ini. Timbul rasa gembira. Terfikir di benak saya bahawa ini adalah kemungkinan makhluk yang dihantar oleh bekas mertua saya kononnya untuk menjaga saya telah terbang lari dari badan saya. Selama ini ada kemungkinan dia duduk dalam badan saya dan menjadikan badan saya terasa panas. Jadi, bila peranannya telah tercapai dalam meruntuhkan rumahtangga saya, maka dia balik semula ke tempat asalnya, iaitu ke pada bekas ayah mertua saya. Wallahua’lam.
Dalam tempoh seminggu itu badan saya betul-betul merasa sejuk, nyaman dan ringan. Kemudian, selepas habis seminggu itu, keadaan seperti kembali normal, tetapi tidak sepanas dahulu, dan rasa nyaman dan sedap dalam badan tetap ada. Kalau dulu selama hampir dua belas tahun saya suka membuka baju semasa di rumah, kini saya sudah suka pula memakai singlet atau baju-t untuk memanaskan badan.
Saya merasa sungguh bersyukur dan terfikir inilah agaknya kebaikan yang Allah tunjukkan dengan berlakunya perceraian ini. Saya tidak menyesal langsung dengan perceraian selepas saya merasa nikmat yang saya rasa dalam badan saya ini. Seolah-olah sesuatu yang menumpang di badan saya telah pergi dan tidak mengacau saya lagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bila saya balik ke kampung dalam bulan-bulan berikutnya, abang dan emak saya ada memberitahu saya bahawa wajah saya tidak lagi seperti tegang dan seperti orang marah-marah seperti dahulu. Saya pun memberitahu mereka bahawa memang saya sekarang merasa lega dan tenang dan tidak merasa kepanasan dalam badan.
Dua minggu selepas saya bercerai, makcik bekas isteri saya yang saya ceritakan dulu telah menghubungi saya menyuruh saya datang ke rumah bekas mertua kerana katanya ada sesuatu nak dicakapkan. Pada hari yang ditetapkan, saya pun datang. Disana ada makcik itu, makcik E, seorang pakcik, bekas ayah mertua dan bekas mak mertua.
Diperjumpaan ini, makcik bertanya kenapa bercerai. Dalam hati saya sedikit terkejut kerana pada fikiran saya tentulah dia telah diberitahu oleh bekas mak mertua dan ayah mertua. Saya kata saya tak tahu kerana perceraian ini bukan kehendak saya. Saya tidak pulak memberitahu bahawa perceraian adalah atas desakan kuat dari ayah mertua kerana saya tidak mahu menjatuhkan airmuka ayah mertua yang ada disitu. Hairan juga, makcik tidak pula bertanya kepada mak mertua dan ayah mertua yang ada disitu kenapa perceraian ini berlaku, sedangkan merekalah yang sepatutnya lebih arif. Bekas mak mertua dan ayah mertua juga tidak cuba menjelaskan. Mungkin mereka tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sepanjang pertemuan ini, mak mertua dan ayah mertua mendiamkan diri. Sebenarnya saya juga ingin mengetahui kenapa ayah mertua begitu beriya-iya menyuruh saya melafazkan talak. Bagaimanapun, saya tidak memperoleh jawapan, sehinggalah ke hari ini. Jadi, pertemuan pada hari itu tidak menghasilkan apa-apa yang lebih baik.

Lebih kurang dua bulan selepas bercerai, semasa saya balik ke kampung, seorang jiran telah menemui saya kerana bertanyakan hal samada benar saya telah berpisah. Dia mempelawa saya datang ke rumahnya, lalu kami pun berbual-bual disana. Saya sempat menceritakan masalah saya kepadanya, terutamanya masalah alat kelamin saya. Walaupun saya dapati tiada lagi kesakitan seperti dipicit-picit pada alat kelamin tapi keadaannya masih kecut biru pucat dan tidak sensitif. Saya juga menceritakan saya merasa kadang-kadang seperti ada percubaan oleh benda yang telah keluar dari badan saya untuk masuk semula. Ini dapat saya rasakan bila kadang-kadang bulu roma di kedua-dua lengan naik dengan sendirinya tanpa sebab-sebab tertentu. Saya syak, bila bulu roma saya naik, benda itu ada berdekatan dan cuba melekat semula.
Jiran saya itu mencadangkan saya pergi berjumpa seseorang di Serom. Namanya Wak Atan (Panggilan sebenar) di Serom 3. Beliau sanggup menunjukkan tempatnya. Dengan itu pada esok harinya kebetulan hari Ahad, kami pun pergi berjumpa dengan Wak Atan. Alhamdulillah, dia ada di rumah ketika itu. Saya menceritakan masalah kepada Wak Atan. Dia kemudian menyuruh saya menyediakan bahan-bahan untuk tujuan perubatan itu. Bahan-bahannya ialah seketul gambir, tiga helai daun sireh, kapur putih dan enam biji telur ayam kampung. Saya berpatah semula ke kampung untuk mencari bahan-bahan itu sambil menghantar jiran saya balik ke rumah. Setelah memperoleh bahan-bahan, saya pergi semula ke rumah Wak Atan untuk menghantar bahan-bahan tadi. Dia meminta saya datang semula esok pagi untuk mengambil bahan-bahan dan amalan yang perlu saya buat.
Pagi esoknya saya pun datang ke rumah Wak Atan. Dia sudah bersedia rupanya. Tanpa berlengah, dia menyuruh saya meminum segelas air lalu memberitahu apa yang harus saya buat dengan bahan-bahan itu pada setiap subuh selama tiga hari berturut-turut. Setelah memberi beliau sedikit saguhati, saya pun beredar.
Satu perkara yang ajaib dan menyeronokkan berlaku sebaik saja saya beredar dari rumah Wak Atan. Alat kelamin saya tiba-tiba pulih. Saya mula-mula merasa dia bergerak-gerak dalam seluar. Sensitivitinya mulai muncul semula. Ia mulai tegang. Sepanjang perjalanan dari Serom 3 ke kampung saya yang jaraknya lebihkurang enam puluh kilometer, alat kelamin saya tegang hingga memaksa saya membetulkan seluar beberapa kali. Senyum saya sendirian. Bayangkan satu perbezaan yang nyata, dari keadaan kecut boleh menegang seperti dahulu.
Sesampainya di rumah saya segera ke bilik air. Saya membuka seluar dan melihat alat kelamin saya. Walaupun dia mulai turun tapi saya dapati tiada lagi tanda-tanda kecut. Alhamdulillah saya betul-betul bersyukur.
Kemudian pada tiap-tiap pagi berikutnya selama tiga hari, saya melakukan amalan seperti yang disuruh oleh Wak Atan. Setiap pagi, sambil membaca tiga surah Al-Quran, saya melurutkan daun sireh pada alat kelamin dan berdehem. Ini diulang sebanyak tiga kali. Memang nyata dan segera kesannya. Alat kelamin menjadi bertenaga sehingga keluar urat-uratnya.
Saya benar-benar bersyukur kepada Allah dan berterima kasih pada jiran saya itu kerana menunjukkan jalan. Dan lagi, saya dapati amalan yang disuruh oleh Wak Atan nampaknya bersih dari unsur-unsur syirik.

Selepas beberapa minggu berpisah, saya ada dihubungi melalui telefon oleh makcik bekas isteri saya bertanyakan khabar. Dalam perbualan kami, saya mendapat tahu bahawa bekas ayah mertua ada membela saka yang diperturunkan dari neneknya. Makcik tidak menceritakan secara terperinci, cuma dia kata dia pernah terdengar yang bekas ayah mertua ada menerima saka dari neneknya. Dari sini, semakin kuat syak saya bahawa gangguan yang saya dan bekas isteri alami semasa berkahwin dahulu ada kaitan dengan saka yang dia simpan, lebih-lebih lagi seperti yang saya ceritakan sebelum ini dia pernah dua kali memanggil makhluk kononnya untuk menjaga kami berdua.

Beberapa bulan selepas bercerai saya ada menghantar anak ke rumah bekas ayah mertua di Melaka untuk menemukan cucu dengan atuk dan neneknya. Masa itu anak saya sudah keluar dari kereta dan menuju ke pintu pagar rumah bekas ayah mertua. Saya berada di dalam kereta di luar pagar rumah dan belum menutup pintu kereta kerana sedang berbuat sesuatu dengan telefon bimbit saya. Tiba-tiba saya tersedar ada tangan sedang dihulur di depan mata saya dan diikuti dengan ucapan :” Maaf ya”. Secara spontan saya sambut salam tangan tersebut, tetapi sebaik saya menoleh untuk melihat wajah orang yang menghulurkan tangan itu, dia sudah menarik kembali tangannya. Rupanya bekas ayah mertua saya.
Saya betul-betul hairan dan pelik dengan sikap bekas ayah mertua ini. Pertamanya dia berkata maaf tapi saya tak pasti kenapa walaupun saya syak ada kena mengena dengan dia meminta saya menceraikan anaknya, atau mungkin ada kaitan dengan dia memanggil makhluk untuk kononnya menjaga saya tapi sebenarnya makhluk itu banyak menganggu kehidupan kami dulu. Kalau lah benar itu sebabnya, sepatutnya dia berterus terang dan memberi penjelasan. Dia seorang tua yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada saya. Seperkara lagi ialah dia menghulurkan tangan secara mendadak. Kalau ikhlas dia mahu memohon maaf, dia boleh memanggil saya untuk bercakap-cakap dengan lebih bertatacara. Dan lagi, dia menarik tangannya begitu cepat dan beredar tanpa saya mendapat penjelasan. Tentu saya terpinga-pinga kenapa dia memohon maaf.
Selang tiga bulan selepas perceraian, saya telah bertemu dengan seorang kawan lama sekampung. Rupanya dia baru berpindah ke kawasan berdekatan dengan rumah saya.
Apa yang hendak saya ceritakan disini ialah sebaik saja saya bersalam dan bertanya-tanya kabar, dia terus berkata : “Aku rasa ada benda nak ikut kau”. Saya agak terkejut. Mula-mula rasa ragu dan malu untuk menceritakan kisah rumahtangga saya kepada kawan, maklumlah saya rasa gagal dalam rumahtangga. Tetapi bila memikirkan bahawa kawan saya ini agak istimewa dapat menghidu sesuatu, saya pun ceritakan masalah yang saya sedang hadapi. Selepas dia mendengar masalah saya, kawan saya itu pun menjelaskan bahawa memang benda yang selalu duduk dalam badan saya itu sudah keluar dan balik ke tempat asalnya tapi benda itu masih sering cuba datang kerana katanya maklum saja benda itu dah biasa dengan badan saya. Kawan saya kata pada masa kami berbual-bual itu benda tersebut ada berdekatan. Saya memang merasa bulu roma tangan saya meremang. Memang kadang-kadang saya merasa bulu roma saya meremang secara tiba-tiba, agaknya pada masa itu benda itu ada berdekatan dengan saya tapi tak dapat masuk dalam badan.
Kawan saya kemudian memberitahu bahawa dia boleh menolong saya tanpa apa-apa pengeras atau bayaran. Saya pun bersetuju tentunya. Dia meminta saya membaca satu ayat Quran selama tiga hari berturut-turut selepas solat maghrib. Saya pun melaksanakan apa yang disuruh. Seminggu kemudian dia memberi saya sebotol air dan meminta saya merenjis air itu sekeliling rumah, katanya sebagai pendinding dari makhluk itu masuk kedalam rumah. Dia juga memberi saya sebalut tangkal untuk dipakai. Alhamdulillah, lama kelamaan saya tidak lagi mengalami fenomena bulu roma naik secara tiba-tiba. Agaknya makhluk itu tidak mau lagi menghampiri saya.
Beberapa bulan selepas bercerai, timbul minat saya untuk mencari maklumat tentang saka. Saya mencari maklumat-maklumat ini melalui perbualan-perbualan dengan kawan-kawan, orang-orang yang saya kenali, saudara-mara dan orang-orang kampung. Saya juga mencarinya dalam internet samada dalam forum-forum atau rencana-rencana. Walaupun tiada bukti saintifik keujudan saka ini, tapi keujudannya memang sah berdasarkan apa yang diceritakan, dialami atau di lihat tanda-tandanya oleh sumber-sumber itu.
Saya sendiri pasti bahawa makhluk ghaib yang dipanggil oleh bekas ayah mertua adalah ujud dan dia dapat melihatnya. Makcik bekas isteri saya juga ada memberitahu tentang bekas ayah mertua saya ada menerima saka dari neneknya. Kemudian gangguan-gangguan yang kami dulu alami adalah tanda-tanda kehadiran makhluk tersebut.
Sesungguhnya banyak yang boleh saya catitkan disini tentang saka berasaskan sumber-sumber yang saya peroleh hingga boleh rasanya dikumpulkan dalam sebuah buku khusus tentangnya.

Selain dari berubat dengan Wak Atan di Serom 3 Muar, saya juga diperkenalkan oleh keluarga terdekat supaya berubat dengan seorang bernama Makcik Zaleha di Pontian Kecil, Johor. Saya diberi air dalam botol untuk dibawa pulang dan diminum, dan juga sebuah tangkal. Apa yang ingin saya kongsi disini ialah Makcik Zaleha dapat memberi gambaran tentang bekas ayah mertua saya dengan tepat walaupun saya tidak ada memberitahu beliau sebelum ini. Contohnya dia dapat mengetahui peranan bekas ayah mertua saya dalam perceraian saya. Dia juga memberitahu tentang bekas ayah mertua ada menyimpan saka, satu makluman yang sama seperti yang diberitahu oleh Wak Atan. Adakah ini kebetulan ? Wallahu-A’lam.
Selepas perceraian, terutamanya sekarang (pada masa buku ini ditulis), gangguan-gangguan luaran dan dalaman boleh dikatakan hilang sama sekali, dan keadaan fikiran semakin tenang dari hari ke hari. Cara mata saya memandang orang lain juga lebih stabil dan lebih terasa yakin bahawa saya yang memandang bukan ada halangan lain. Aliran darah dalam badan juga terasa semakin baik dan lancar dan lebih normal atau tidak panas seperti dahulu.
Sekitar Januari tahun 2007, saya terjumpa dengan seorang jiran lama saya semasa saya berkahwin dahulu. Rupanya dia baru berpindah ke kawasan yang saya diami sekarang. Kami bertanya-tanya kabar dan berbual-bual. Semasa berbual-bual dia cuba mengingat kembali tentang anak saya. Dia ada menyebut bahawa nampak saya ada dua orang anak. Saya jelaskan padanya bahawa saya hanya ada seorang saja anak. Dia seperti tidak percaya dan menekankan lagi bahawa saya ada dua orang anak. Dia kata : ‘Eh bukankah awak ada dua orang anak ?”. Saya menekankan kembali bahawa saya hanya ada seorang. Saya kata : “Tak lah, mana ada, sorang saja lah”. Saya lihat matanya terkelip-kelip macam kurang percaya. Perbualan kami kemudian bertukar ke tajuk lain.
Beberapa bulan selepas itu (mungkin sekitar Mei 2007), saya terjumpa pula isteri jiran saya itu di sebuah pasaraya. Kami memang sekaranag tinggal di kawasan perumahan yang sama tapi jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan hidup. Masa itu saya membawa anak saya ke pasaraya tersebut. Kami berbual-bual sekejap. Semasa berbual-bual, isteri jiran saya itu menyebut bahawa saya ada dua orang anak. Saya menafikan tapi dia macam kurang percaya . “Ia ke ? Kakak nampak awak ada dua orang !”. Saya membalas : “Mana pulak. Kakak tersilap nampak agaknya. Saya ada sorang ni aje.”. Nampaknya dia masih kurang percaya. Bagaimanapun perbualan kami bertukar subjek lain sebelum saya beredar mencari barang untuk dibeli.
Selang beberapa minggu, muncul dalam fikiran saya satu rasa pelik setelah teringat kembali betapa kedua-dua susmi dan isteri jiran saya itu berkata saya ada dua orang anak dan mereka beriya-iya mengatakannya dan nampak kurang percaya bila saya mengatakan saya hanya ada seorang anak. Saya terfikir, ini bukan kebetulan. Lalu saya memasang niat dan berdoa kalau saya terjumpa lagi salah seorang dari mereka, saya akan bertanya betul-betul.
Alhamdulillah, selang beberapa hari, saya terserempak dengan jiran saya itu di kawasan perumahan kami. Saya masa itu bersama anak saya. Saya memanggil dia lalu dia datang mendekati saya. Selepas bertanya kabar, saya terus mengajukan pertanyaan. Saya bertanya : “Ingat tak Bang Kasim dulu ada kata saya ni ada dua orang anak ?”. Dia menjawab : “Ya, memang”. Saya menjelaskan : “Saya ada terjumpa kakak dan kakak pun kata dia nampak saya ada dua orang anak.”. Dia tidak menjawab tapi seperti menunggu saya memberi penjelasan lanjut. Saya berkata lagi : “Masa Bang Kasim nampak saya ada dua orang akan, Bang Kasim nampak betul-betul ada dua orang atau Bang Kasim cuma perasan ada dua orang dalam hari yang lain-lain ?”. Dia segera menjelaskan : “Nampak betul-betul ! Satu awak pimpin tangan, dan yang satu lagi ikut belakang awak.”. Saya tanya lagi : “Laki-laki atau perempuan yang ikut saya tu ?”. Dia jawab : “Perempuan.”. Saya tanya lagi : “Besar tak budak tu ?”. Dia jawab : “Tak, kecik sikit dari dia ni”, sambil menunjuk pada anak saya yang berumur 8 tahun pada masa ni. Saya tanya lagi : ‘Selalu ke Bang Kasim nampak ?”. Dia jawab : “Selalu jugak bila awak berjalan kaki di depan rumah bila awak ambil anak dari Taska.”. Saya terus berkata : “Baiklah Bang Kasim, kalau macam tu, memang sah yang Bang Kasim nampak tu bukan anak saya.”. Dia terdiam. Saya menjelaskan lagi : “Dulu bekas mertua memang ada kata dia ada menghantar budak kecik untuk menjaga kami. Agaknya budak tu la yang bang Kasim nampak.”.
Saya benar-benar yakin bahawa Bang Kasim dan isterinya bercakap benar. Dari itu saya yakin bahawa budak kecik itu adalah salah seorang dari tiga orang yang di hantar oleh bekas ayah mertua kononnya untuk menjaga saya dan isteri.
Saya sebenarnya ada berdoa meminta Allah tunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh bekas ayah mertua bahawa dia ada menghantar tiga budak kecik untuk menjaga rumahtangga saya adalah benar. Selama ini saya dan isteri hanya meneima gangguan-gangguan tetapi kurang jelas puncanya. Tetapi penglihatan oleh mata kasar Bang Kasim dan isterinya adalah pengesahan adanya makhluk kecik itu di persekitaran kami. Bang kasim ada ternampak satu orang saja budak kecik, jadi ada lagi dua orang yang saya belum kenalpasti.
Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa saya dalam tempoh yang cepat.
Semalam petang, Isnin, sekitar pukul 7.00, 13 August 2007, semasa berada dalam kereta dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah, anak saya tiba-tiba berkata : “Ba, selalu tau Sabela dengar suara panggil-panggil Bela. Dia panggil nama Bela. Kadang-kadang suaranya macam suara ibu, tapi kadang-kadang macam suara orang lain. Suara tu macam datang dari atas rumah tapi bila Bela tengok atas, Bela tak ada nampak apa-apa. Biasanya suara tu panggil sekali atau dua kali saja. Suara dia jelas Ba, betul-betul macam suara ibu. Kadang-kadang masa Ba mandi dan Bela sorang-sorang. Kadang-kadang masa Ba sembahyang dan Bela sorang-sorang. Bela takut. Kadang-kadang Bela tutup telinga dengan kain atau bantal.”. Saya terdiam bila mendengar apa yang anak saya katakan itu. Tidak dapat membuat jawapan dengan segera. Saya teringat, patutlah sejak dua tiga bulan ini, anak saya ini berkelakuan anih sedikit. Dia tidak mahu di tinggal seorang, walaupun masa saya pergi mandi atau bersolat, dia sentiasa mahu berada dekat dengan saya. Kadang-kadang masa saya pergi ke dapur pun dia mahu ikut sama. Bila saya nak mandi, dia nak mandi sama-sama. Bila saya suruh dia mandi sendiri, dia enggan malah suruh saya mandikan dia. Kadang-kadang saya naik geram tapi saya masih dapat menahan marah memikirkan dia masih budak-budak sangat. Dulu saya boleh tinggalkan dia sekejap di rumah bila saya ke kedai sekejap, tapi sekarang ni dia tak mahu di t8nggalkan seorang diri. Rupanya dia takut sebab terdengan suara suara ibunya memanggil namanya. Kadang-kadang saya bertanya dengan nada tinggi :”Kenapa dengan Bela ni ? Ada nampak apa-apa ke ?”, tetapi seringkali dia menjawab : ‘Tak ada apa-apa”. Mungkin pada masa itu dia belum mempunyai idea tentang apakah gejala yang dialamainya itu.
Saya tanya : “Kenapa Bela tak beritahu Ba ?”. Dia jawab : “Takut nanti Ba jawab suruh lupakan je”. Saya tanya lagi : “Masa Bela kat sekolah atau kat rumah ibu atau kat rumah nenek di kampung, ada tak dengar suara macam tu ? “. Dia jawab : ‘tak ada. Kat rumah ni saja ada.”.
Saya mendiamkan diri dan mengingat kembali. Seingat saya, selepas bercerai dan masuk ke rumah baru ini, keadaan di rumah ini begitu aman. Pandangan mata saya dan fikiran saya begitu jelas dan tiada gangguan. Kemudian segalanya berubah selepas pada suatu hari bekas isteri saya berjaya menemui rumah saya dan meminta berjumpa anak. Saya membuka pintu dan membebarkan anak berjumpa ibunya. Saya fikir, sejak dari hari itulah, gangguan bermula lagi. Rasanya bekas isteri ada melakukan sesuatu keatas anak saya atrau dia ada menghantar ‘budak (setan) kecik’ ke rumah saya untuk mengganggu anak saya, walaupun pada pendapatnya perbuatannya itu adalah untuk menjaga anak saya itu. Menghantar setan untuk ‘menjaga’ orang ! Sedangkan setan itu lebih jahat dari sejahat-jahat manusia.
Saya cuba jelaskan pada anak saya bahawa inilah ‘hantu’ yang dihantar oleh ibunya kononnya untuk menjaga anak tapi sebenarnya membuat gangguan-gangguan. Saya rasa dia percaya dengan penjelasan saya. Dia berkata : ‘Betullah Ba, ibu ada bela hantu”. Saya pernah katakan padanya dulu bahawa bekas ayah mertua dan ibunya ada membela hantu.
Selepas ini, nampaknya saya perlu berusaha pula untuk membuang gangguan-gangguan yang dialami oleh anak saya.
Selepas beberapa tahun sendirian, saya berkenalan dengan seorang janda, ada 2 anak, berumur 29 tahun, hitam manis, saya namakan Esya (bukan nama sebenar), berasal dari Kedah, tinggal di Puchong. Kami bertemu beberapa kali, samada siang, malam atau larut malam. Perkenalan berjalan dengan baik, saya suka wajahnya yang manis dan budi bahasanya yang tinggi. Walau semasa ber-sms sekalipun, dia tidak menggunakan bahasa short-cut, tetapi menulis dengan penuh, dan bila menulis nama saya, dia pastikan pangkal nama saya dieja dengan huruf besar. Ayat-ayat ‘terima kasih’, ‘miss you’, ‘apa kabar’ dan sebagainya sentiasa dilontar pada saya. Saya sangat menghormatinya.
Semuanya berjalan dengan baik sehingga tiba saat kami bercerita kisah-kisah peribadi yang terdahulu. Kami bertemu di satu restoran di Subang Parade. Saya bercerita padanya tentang hal dimana saya merasa lenguh dilengan kiri dan ada bekas lebam biru di situ. Juga kisah dimana lebam dan lenguh itu pernah berpindah ke lengan kawan sekerja, kemudian berpindah semula kepada saya.
Selesai saya habis bercerita hal itu, kami teruskan makan, dan masing-masing diam kerana mungkin menunggu apa nak diceritakan selanjutnya. Tiba-tiba dia mengadu lenguh di lengan kirinya. Saya syak sesuatu tapi saya diamkan diri. Semasa dia tunduk untuk menyuap makanan, saya menyelak lengan baju kiri saya, dan saya dapati lebam biru yang tadi ada dilengan kiri saya telah hampir hilang. Saya syak ada kemungkinan, lebam itu berpindah kepada Esya. Kemudian saya minta dia menyelak lengan bajunya yang kiri. Betul ! Lebam itu ada disitu. Dia terkejut. “Eh apa ni ?”. Memang dia terkejut kalau dia tak pernah mengalami lebam seperti itu. Saya jawab : “Mungkin ada kena mengena dengan cerita saya tadi”. Saya beritahu dia, selepas empat atau lima hari nanti, lebam itu akan hilang dengan sendiri, tapi akan muncul semula bila-bila masa.
Selepas pertemuan di restoran itu, saya hanya dapat berhubung dengan dia selama satu hari sahaja. Selepas itu dia tidak menjawab sms atau panggilan saya. Selepas sebulan, nombornya langsung tidak dapat dihubungi sehingga sekarang.
Mungkin dia takut dengan saya atas apa lebam dan lenguh yang dialaminya. Saya kesal kerana menceritakan hal itu kepadanya, kerana saya terlalu membuka segala rahsia. Saya juga berharap lebam dan lenguh itu hanya menimpanya sekali itu sahaja, dan akan hilang terus darinya dan tidak membawa kemudaratan dalam hidupnya.
Selepas peristiwa dengan Esya, saya ada pergi berubat dengan seseorang (saya namakan Pakcik M) untuk membuang gejala lebam dan lenguh itu.
Pakcik M menanyakan masalah saya. Kebetulan masa itu saya sedang mengalami lenguh dan lebam di lengan kiri, tetapi saya sengaja tidak mahu memberitahu apa masalah saya kerana saya bercadang untuk menguji Pakcik ni. Saya kata kepadanya “Saya tak tahu apa masalah saya yang tepat, tapi Pakcik tengok-tengoklah”.
Dia kemudian pergi kesatu sudut di rumanya untuk membuat persiapan dan membaca sesuatu. Selepas itu dia datang kepada saya dengan membawa tiga keping beg plastik yang biasa kita bawa balik dari kedai.
Dia kemudian menyuruh saya menyelak baju lengan kiri saya. Dalam hati saya berbisik “Wah macam mana dia boleh agak”. Saya jadi agak yakin dengan pengetahuannya. Dia kata “Ini lah masalahnya. Awak jadi lemah disebabkan benda ni”.
Saya bertanya “Apa benda ni Pakcik”. Dia menjawab “Ada budak-budak kecik suka duduk kat sini, dah lama ni, dah macam jadi rumah dia”. Saya segera teringat apa yang bekas ayah mertua saya buat semasa majlis kahwin saya dengan anaknya dulu iaitu memanggil tiga budak kecik dan menyatakan satu daripadanya ialah untuk ‘menjaga’ saya. Agaknya budak kecik seekor ni lah yang duk kacau lengan saya.
Pakcik M kemudian berkata “Dah banyak ni, dah beranak-anak. Tapi tak pe nanti saya pungut dorang ni”. Pakcik meniup satu beg plastik bersaiz sejengkal panjang dan luasnya untuk menggelembongkannya. Dia kemudian seperti seolah-olah memungut sesuatu dari lengan saya dan memasukkan dalam beg plastik itu. Agaknya, bila dah penuh dia mengikat beg plastik itu lalu meletakkannya. Dia kemudian mengambil satu lagi beg plastik. Dia menggunakan ketiga-tiga beg plastik itu.
Setelah ketiga-tiga beg platik itu ‘penuh’, pakcik berkata dia akan membuang beg-beg plastik itu ke laut.
Dengan itu selesailah perubatan saya.
Saya dapati, selepas perubatan dengan pakcik itu, lengan saya memang tidak lagi ada lebam-lebam dan lenguh-lenguh, dan keseluruhan badan saya terasa lebih bertenaga, tidak lemah seperti dahulu.
Lama selepas berubat dengan pakcik M, saya tidak lagi mengalami lenguh-lenguh dan lebam pada lengan kiri. Saya merasa lebih bertenaga dan cergas. Saya terfikir mungkin makhluk yang menempel tu dah tak ada lagi.
Saya kemudian berkenalan pula dengan seorang ‘janda’ anak dua, tinggal di Gombak. Kita panggil dia ‘Ita’. Dengan dia ni, nafsu berahi saya lebih tinggi dari dulu-dulu. Kalau dengan Esya dulu, saya ada rasa menghormati, tapi dengan Ita ni, nafsu saya lebih mengatasi dari perasaan hormat saya. Dia pun respon ‘baik’....
Pada satu pagi, saya lihat ada lebam di kawasan atas sedikit dari lutut kirinya. Saya tanya “Lebam apa ni”. Dia kata “Biasa je. Kadang-kadang kat badan”. Lega saya. Nampaknya tiada kaitan antara budak kecik dengan lebam tu. Agaknya saya dah sembuh betul.
Pada satu hari, oleh kerana ada satu hal, saya betemu dengan bekas isteri. Dalam pertemuan itu, dia sempat bertanya satu perkara kepada saya. Tanyanya “Awak ada hantar apa-apa tak kat saya ?”. Saya kata “Tak ada. Hantar apa ?”. Dia jawab “Dulu ada sekali ada jin berputar-putar bawah siling rumah saya macam nak serang saya. Tapi saya lawan. Lama jugak baru dia pergi”. Saya cuma mendiamkan diri. Tak tau nak komen apa. Kemudian dia menambah “Agaknya jin yang dihantar oleh orang kat Pontian tu”. Terkejut saya kerana seolah-olah dia tahu saya pernah berubat di Pontian dan makcik yang mengubatkan saya tu memang ada bertanyakan nama bekas isteri saya. Makcik tu memang ada kata dia dah hantar sesuatu kepada janda saya. Saya nak berubat tapi bukan saya mintak dia hantar apa-apa. Tapi pasal dia dah buat, saya tak boleh buat apa-apa. Lagi pun, saya ketahui perkara ni lama lepas tu. Saya juga hairan macamana janda saya tu boleh tahu saya ada pergi berubat di Pontian.
Dalam jam 9 malam Ahad 25 Mei 2008, ketika saya keluar dari kereta selepas balik dari makan di kedai, saya terserempak dengan isteri seorang jiran saya. Jiran saya suaminya bernama K.
En K ini ada saya ceritakan di satu bab terdahulu iaitu beliau menyangka saya ada dua orang anak kecil kerana kerap melihat saya bersama dengan dua orang budak (semasa kami berjiran juga di apatmen lama), sedangkan sebenarnya saya hanya ada seorang anak dan tidak pernah membawa mana-mana budak seumur dengan anak saya berjalan-jalan sekitar rumah saya atau membawa masuk ke rumah saya.
Semasa saya bertemu dengan isteri En K, saya bertegur sapa sebentar. Kemudian saya teringat apa yang suaminya beritahu saya dahulu, jadi saya bertanya padanya samada dia juga terlihat hal yang sama.
Dia pun mengakui bahawa memang dia menyangka saya ada dua orang anak perempuan kerana dia kata selalu ternampak saya membawa dua orang anak perempuan bila saya menjemput anak saya balik dari Taska dan berjalan kaki melalui depan rumahnya.
Dia kata, budak tu kecik, katek, lebih rendah dari anak saya (catitan : masa itu, anak saya berumur dalam 4 atau 5 tahun), perempuan, memakai baju gaun, berambut pendek, tapi dia tak nampak muka budak itu kerana setiap kali dia nampak, budak itu menghalakan muka kearah lain.
Dia tanya saya : “habis budak yang saya nampak tu siapa kalau bukan anak awak ?”. Saya kata, anak saya cuma seorang. Kalau ada seorang lagi, ada kemungkinan budak itu adalah makhluk yang di beri oleh ayah mertua kepada kami kononnya untuk menjaga kami suami isteri (semasa belum bercerai dulu).
Masa saya bercerita, jiran saya itu sempat berkata : “Meremang bulu roma saya ni.”, sambil mengusap-ngusap lengannya kiri dan kanan bertukar ganti.
Saya bertanya lagi : “Sejak saya berpindah ke rumah baru ni dengan anak saya, ada tak kakak nampak budak kecik tu lagi ?”. Dia kata : “Tak ada. Sejak duduk sini, kakak tak pernah lagi nampak budak tu”.. Lega hati saya mendengarnya. Maknanya, pada fikiran saya, busak kecik tu tak mengikut saya tapi tinggal dengan bekas isteri saya di rumah bekas isteri saya.
Sekitar awal Julai 2008, adik perempuan saya bersama suaminya datang melawat saya. Semasa pertemuan, dia tercerita bahawa semasa dia tinggal dirumah saya yang dahulu untuk beberapa bulan (5 bulan), semasa dia hendak mandi pagi, dia pernah ternampak sebelah kaki berbulu masuk ke bilik air. Dia tidak ternampak badan kerana badan orang itu telah masuk ke dalam bilik air. Dia tidak mengsyaki apa-apa kerana dia mengagak orang yang masuk ke bilik air itu ialah saya. Bagaimanapun, dia merasa pelik setelah dia nampak saya belum mandi sebenarnya.
Di hari lain, dia perasan ada orang sedang mandi di bilik air, tetapi setelah dia tunggu-tunggu, tiada sesiapa yang keluar, hinggalah bunyi orang mandi itu hilang, dan dia dapati tiada sesiapa di bilik air.
Pada satu hari, sekitar awal Jun 2008, anak saya ada berkata kepada saya bahawa ibunya (bekas isteri) ada memberitahu anak bahawa ibunya boleh tahu apa yang saya buat.
Kalau benar apa kata anak, saya agak hairan mengapa dia masih berminat untuk mengambil tau hal saya, sedangkan dia sudah berkahwin semula. Lagi pun, ini hanya membuktikan bahawa bekas isteri ada mengamalkan amalan-amalan songsang.
Pada sekitar jam 6 petang Ahad 28 Sep 2008 (Bulan Ramadan), saya berbual-bual dengan seorang kawan saya bernama BasarXXXX didepan rumahnya. Semasa berbual-bual dia tercerita bahawa dia pernah ternampak satu budak kecil perempuan berada dalam rumah saya, lebih kecil dari anak perempuan saya. Saya terpaksa menerangkan kepadanya bahawa saya ada hanya seorang anak perempuan. Apa yang dia nampak itu mungkin jelmaan dari .....
Apa yang kawan saya nampak itu adalah serupa dengan apa yang jiran saya dan isterinya pernah nampak iaitu seorang budak perempuan kecil berada mengekori anak perempuan saya.
Siapakah yang harus saya syaki sebagai sumber kepada berlakunya kejadian-kejadian dan keadaan ini ? Hmmm. tidak mahu rasanya bersangka-sangka... tak baik. Tapi, kejadian tetap kejadian. Ia bukan mimpi. Ia adalah nyata. jadi, keingian untuk mengetahui tetap kuat. Sebelum pengetahuan datang, cuma andaian yang bleh dibuat.
Isteri lelaki yang dimarahi dan dimaki oleh bekas isteri saya kerana tidak menunaikan janji untuk keluar dari rumah yang kami sewa dalam waktu yang dijanjikan. Bahasa yang digunakan oleh bekas isteri saya memang kesat dan boleh mengundang kemarahannya hingga ke akar umbi. Mungkin sebab itu dia menggunakan khidmat seorang bomoh perempuan yang saya temui berada dalam rumah sewa itu untuk melakukan sesuatu keatas saya dan bekas isteri.
Makcik bekas isteri saya. Dia dimarahi oleh bekas ayah mertua kerana membeli beras yang tidak mahu tanak bila dimasak. Dia menghilangkan diri selama sebelas tahun selepas dimarahi dan muncul sebulan sebelum keadaan saya bertambah buruk. Dia juga mempunyai sejarah cemburu kepada bekas isteri kerana layanan berlebihan nenek bekas isteri saya kepada bekas isteri saya. Dia juga yang mencadangkan kepada saya untuk berjumpa bomoh yang dikenalinya kononnya untuk membaiki hubungan saya dan bekas isteri.
(Bekas) ayah mertua. Dia memang jelas menunjukkan kepada saya bahawa dia kononnya memanggil makhluk halus sebanyak dua kali kononnya untuk menjaga kami suami isteri. Dia juga berperangai anih terhadap saya, seolah-olah dia tahu apa yang dilakukannya.
Samada dia sengaja atau tidak, perbuatan mengganggu orang lain dengan cara menghantar syaitan atau jin yang tidak mendatangkan manafaat malah mendatangkan keburukan adalah perbuatan keji dan salah disisi agama. Moga-moga Tuhan akan mendatangkan balasan yang setimpal.
Kepada para pembaca, saya berharap hal-hal yang berlaku keatas diri saya tidak berlaku kepada anda. Anda mungkin dapat mengambil sedikit iktibar atau pengajaran darinya.
Kisah yang diceritakan dalam buku ini adalah benar-benar berlaku. Nama-nama tempat yang dicatitkan adalah benar. Ketepatan masa mungkin menjadi sedikit masalah kepada pencerita untuk mengingat kembali. Urutan kejadian adalah sebahagian besarnya benar.
Apakah pengajaran yang boleh saya perolehi dari hal ini ? Saya tidak dapat memikirkan satu pun. Perkara telah berlaku, dan datangnya peristiwa-peristiwa itu tidak dapat diagak atau dikesan. Cuma, semoga pisang tidak berbuah dua kali.
Apakah tidak ada peristiwa manis semasa hidup bersama isteri ? Tentu ada, tetapi peristiwa-peristiwa yang pahit lebih meliputi dan mengalahkan yang manis-manis.
SEKIAN