Hairan..
hairan, proses nak kahwin lebih menyusahkan dari proses nak bercerai.
Hairan, ada kalanya yang menuduh ditangkap, tetapi ada kalanya yang dituduh kena tangkap.
Hairan, ramai pekerja Nepal dan Bangladesh, selepas baru 3 atau 4 bulan berada di malaysia, sudah pandai bercakap Melayu, tetapi ramai orang Cina dan India walaupun pun dah tinggal berpuluh tahun di Malaysia, tidak pandai bercakap Melayu.
Hairan, penternak babi yang terkena JE menyaman kerajaan minta gantirugi sedangkan mereka yang mahu menternak babi-babi tu. Apa kata kita ternak harimau, lepas tu saman kerajaan kalau harimau tu baham anak kita ? Atau, kita ternak nyamuk, lepas tu saman kerajaan kalau kena aedes ?
Hairan, ada orang buat jahat tanpa takut apa orang kata, tapi takut apa orang akan kata kalau dia buat perkara baik,
Hairan, kerajaan sanggup berbelanja RM19.77 sehari (RM593 sebulan) kepada penagih-penagih dadah di pusat-pusat serenti seluruh negara (the Star 18 Julai 07 ms N51) tapi masih ramai pekerja halal yang dibayar gaji lebih rendah dari itu dan kerajaan buat selamba aje. Lebih baik masuk pusat serenti nampaknya.
Hairan, kerajaan sanggup berbelanja RM23 sehari kepada penghuni-penghuni penjara seluruh negara (the Sun 7 Sept 07 ms 17) tapi masih ramai pekerja halal yang dibayar gaji lebih rendah dari itu dan kerajaan buat selamba aje. Lebih baik masuk penjara dari keje macam dalam penjara.
Dalam kilang-kilang yang ada pekerja Hindu, kantin-kantin menghormati pekerja Hindu dengan tidak menjual masakan berdaging lembu, tetapi pekerja-pekerja Hindu ini pula selamba makan depan pekerja muslim di bulan puasa.
Hairan, kerajaan sanggup berbelanja RM563 sebulan keatas seorang penagih di Pusat Serenti, tetapi enggan membenarkan skim Gaji Minima kepada pekerja swasta, sedangkan ramai pekerja swasta berpendapatan kurang dari itu.
Hairan, orang-orang dewasa menyalahkan remaja yang melakukan gejala yang tidak sihat, tetapi orang dewasa tidak sedar bahawa mereka lah yang mengetengahkan perkara-perkara yang yang mendorong remaja mempelajari dan melakukan gejala yang tidak baik.
Biasanya pihak bank akan mengenakan kadar faedah yg lebih tinggi jika risiko pinjaman dianggapnya lebih tinggi, tetapi mengapa pinjaman untuk membeli rumah yg tidak owner-occupied tetapi akan disewakan akan dikenakan faedah yg lebih tinggi dari pinjaman membeli rumah yang owner-occupied, sedangkan rumah yang disewakan itu tentunya berisiko lebih rendah ?
Hairan, pembedahan di Singapura yang membawa
kematian keatas kembar Siam dari Iran itu dianggap sebagai pembedahan yang bersejarah (historic). Lainlah kalau pembedahan itu berjaya...
Apabila kerajaan PAS membuat undang-undang mewajibkan rakyatnya berpakaian berciri Islam, ia dianggap sebagai menentang human-rights, tetapi sebenarnya terdapat berpuluh-puluh undang undang yang telah diamalkan yang menghadkan manusia daripada berpakaian mengikut apa yang mereka mahu tetapi tidak pulak digembar gemburkan sebagai 'against human rights'. Begitulah sensitifnya manusia terhadap apa saja yang berciri Islam.
Apabila tentera Amerika membunuh orang awam, ia tidak mengapa tetapi bila 'suicide bomber' membunuh orang awam, ia tidak pula tidak mengapa.
Apabila kerajaan Perancis mengharamkan pemakaian tudung, ramai sekularist malaysia yang menyokong, tetapi apabila kerajaan PAS mengharamkan tidak memakai tudung, mereka menentang. Bukankah ini jelas bahawa apa yang berlaku ialah pertentangan antara Islam dengan Bukan-Islam. Soalnya, anda disebelah mana ?
Apabila remaja bercium dikhalayak ramai, masyarakat mengecam, tapi bila TV menyiarkan adegan bercium, ia tidak pulak dikecam. Pelik , kan ?
Ada sorang menteri tu, bila Mahathir suruh utamakan bahasa Inggeris dia diam. Tapi, bila sekarang Bahasa Melayu merosot, dia bising pulak. Pelik kan ?
Bila orang awam Amerika kena sembelih, menteri menteri Islam dengan pantasnya terus mengutuk penyembelih, tapi masa askar Amerika membunuh orang awam dengan sewenang-wenangnya, menteri menteri Muslim ni senyap pulak. Pelik kan ?
Telekom sering menurunkan caj panggilan ke luar negara, tapi caj panggilan dalam negara tak pulak turun malah diluar bandar naik sedikit. Pelik kan ?
Banyak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) (boleh katakan majoriti Melayu) bila melihat satu kawasan perniagaan yang dimulakan itu maju dan ramai pelanggan, maka mulalah gatal tangan nak memindahkan kawasan perniagaan itu ketempat lain yang tak ramai orang datang. Akibatnya merosotlah perniagaan peniaga peniaga tu. Malah ada jugak yang tak dapat tempat di tempat baru tu. Pelik tak ?
Kita marah bila Amerika memaksa pertukaran pemimpin dan kerajaan sesebuah negara. Tapi cuba lihat apa yang ada dekat dengan kita : 1. Kita memaksa Orang Asli mengikut cara hidup kita walaupun mereka tak suka, kita memindahkan mereka kononnya untuk memajukan mereka. 2. Kita memaksa setinggan berpindah dengan pelbagai cara, kita melabelkan mereka 'setinggan', sedangkan mereka sedang selesa dengan cara hidup mereka sendiri. Hasilnya ialah kita memindahkan 'setinggan' mereka dari atas tanah ke atas angin (flet flet yang tinggi). 3. Kita memaksa peniaga peniaga berpindah dari kedudukan yang strategik dari hasil idea mereka sendiri ketempat tempat yang kurang strategik hasil dari idea kita. 4. Banyak lagi....... apa beza kita dengan Amerika ? Pelik tak kita ?
Bila Amerika menuduh Saddam mengguna human shield, ramai pemimpin Muslim yang cepat mengiyakan, tapi bila tentera Amerika sendiri menggunakan human shield, mereka ini buat tak tahu dan diam. Pelik ke tak ?
(tak pelik dgn perangai munafik)
Salah seorang penerima anugerah ' Tun Dr Siti Hasmah Award ' ialah seorang pengidap HIV/AIDS. Beliau menerima trofi, wang tunai RM5,000 dan ' Certificate of Excellence ' dari Majlis AIDS Malaysia. Beliau dikatakan banyak berusaha untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya HIV/AIDS. Walaupun begitu, kita masih terasa pelik, kan ...?
Semasa berlaku bangunan runtuh di Highland Tower, berlumba-lumba stesen TV menyiarkan secara langsung peristiwa itu selama beberapa hari, kononnya kerana inilah perkara dahsyat seumpama itu berlaku di Malaysia, tetapi bila berlaku serangan Tsunami yang juga pertama kali tapi lebih dahsyat tidak pula ada usaha untuk melapurkannya secara langsung walaupun untuk sehari. Seluruh negara tentu ingin melihat dan merasai sendiri kemusnahan jiwa dan harta itu. Nampaknya stesen TV ada beza membeza antara nahas yg berlaku kpd org kaya di Highland Tower dengan nahas yg berlaku kpd org miskin yg jadi mangsa Tsunami.
Biasanya orang yang 'instigate' tidak disalahkan tetapi orang yang membalas pula disalahkan.
Ramai orang bermati-matian mempertahankan cinta, tapi tidak pula begitu dalam mempertahankan perkahwinan.
Jika ada pilihan nak anak lelaki atau perempuan, kaum ibu akan memilih anak lelaki. Heran, kenapa orang perempuan tak suka dengan kaum mereka sendiri ?
Bila orang Islam mahu melaksanakan pemisahan jantina dalam urusan sosial, maka heboh lah orang-orang sekular. Tapi bila sesetengah negara seperti Jepun melaksanakan pemisahan jantina dalam urusan sosial mereka seperti kaunter khusus untuk wanita, tak pulak orang-orang sekular ni buat kenyataan itu ini.
Hairan kenapa tak ada orang hantar santau kat Bush, Blair atau Sharon ?
Wanita malu untuk berkata mahu kawin tapi tak malu untuk meminta cerai.
Kerajaan Amerika memberi subsidi yang banyak kepada sesetengah industrinya tetapi tak pulak ada gelaran subsidi mentaliti kepada rakyatnya, tapi kalau di Malaysia, rakyat ditakut-takuti dengan gelaran itu.
Iklan minuman keras berlambak-lambak di akhbar tapi iklan makanan segera cuba diharamkan...
Ada orang berkata "saya tidak bermaksud demikian" tetapi telah melakukan yang 'demikian'.
Hairan, caj panggilan telefon ke luar negara lebih murah dari caj panggilan dalam negara.
Hairan, orang 'berdarah campuran' dipanggil demikian sedangkan asalnya yang bercampur bukanlah darah dengan darah...
Hairan, kucing dan binatang lain makan benda-benda kotor dan tidak berkhasiat, tapi sihat juga...Subhanallah.
Lagi lihat..
hairan (link)  .
..pautan berkaitan..